"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

07 December 2010

cara pemakaian cincin dalam Islam

Assalamualaikum.

malam ni aku nak kongsikan banyak benda kat sini. entah kenapa tetiba je aku rasa cam bersemangat giler nak mengupdate blog. adakah semangat tahun baru atau hanya hangat-hangat taik ayam? hik3..hopefully aku terus mendapat idea-idea untuk dikongsikan dan dapat dimanfaatkan oleh semua. malam ni aku nak kongsikan satu lagi artikel yang aku copy dari internet. harap kita semua peroleh manfaat daripadanya. artikel ni berkaitan cara pemakaian cincin dalam Islam. 

Islam itu indah. sangat senang untuk mendapat pahala actually tapi kita je yang tak tahu. seriously, sebelum ni aku sendiri pon tak tahu pasal benda ni. kalo sebelum ni, aku pakai cincin ikot suka je dan ikot situasi. tapi aku paling tak suka pakai cincin di ibu jari dan jari telunjuk. nampak macam tersangat pelik dan macam gangster. dat y lah aku tak pernah pakai cincin di ibu jari dan jari telunjuk. aku biasanya pakai di jari manis dan jari tengah.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kowang nnt mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kowang memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.



((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
                               

so, lepas baca artikel ni apa yang anda rasa? sangat senang kan kalo nak dapatkan pahala. Allah S.W.T tu maha pemurah kan? lepas ni aku dah tak boleh pakai cincin di jari tengah lagi..sebab cara tu adalah serupa dengan cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah S.W.T iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 



            ahaks..pakai cincin di jari manis ok ! baru dapat pahala..

         jangan pakai di jari ni. INGAT !! (sila baca dengan gaya upin ipin)
                               

sekian, wasalam.. 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...