"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

31 December 2010

selamat tahun baru

assalamualaikum

so, apakah gambaran awal tentang tajuk ni? diam tak diam, sekarang ni dah nak masuk tahun 2011. kejap je masa yang berlalu sehinggakan aku rasa macam tak puas lagi berada di tahun 2010. sempat lagi menulis entri yer~hi3. haruslah ! sementara menunggu nasi masak, apa kata aku menulis entri sebagai tanda menyambut kedatangan tahun baru plus aku teruja selepas menerima ym dari  Encik Hami Asraf (blogger yang aku kagumi) memaklumkan pasal pengupdatan entri terbaru beliau. so, apa lagi menggedixkan diri lah ! semestinya ! lepas je selongkar blog beliau, aku pon memula kan kerja-kerja menulis entri yang tak seberapa ni.

sememangnya banyak perkara yang sukar untuk aku lupakan sepanjang tahun 2010 ini. mungkin dalam hidup ni, aku banyak menyusahkan orang namun itu semua bukan kehendak aku sendiri. aku mempunyai pendirian dan cara sendiri. mungkin orang tak boleh terima cara aku yang agak menanoyyingkan namun apa aku nak buat..tapi aku akan cuba untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan, InsyaAllah.

okay, bercakap pasal tahun baru ni, tak lain dan tak bukan mesti kita akan kaitkan dengan azam tahun baru kan? so, apa azam anda? bagi aku, tak de azam baru sebab azam lama masih belum di capai. azam aku hampir di capai tapi masih belum sepenuhnya tercapai. namun, akan aku usahakan. tahniah kepada cik shera coz dah capai impian dia last sem dan aku, bila lagi? InsyaAllah..akan ada masanya nanti saya pon akan capai apa yang saya impikan. cukup lah hanya sekali sepanjang saya menjadi PELAJAR sebelum menjadi PEKERJA.

malam ni aku sambut tahun baru dalam bilik sorang-sorang. melayan tugasan terjemahan yang belum selesai plus layan lagu Bollywood plus mengupdate belog. hik3 3 in 1. berbaloi-baloi.

tengah-tengah duk layan hindustan ni, tetiba je aku teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. masa kecik dulu aku memang hantu Bollywood. kalo setiap hari minggu, mesti terpacak depan tv. nak tengok cite nustan. sekarang ni pon still lagi minat cuma tak de masa nak layan minat. bila di kenang-kenang balik, kelakar je.

meh sini aku cite apa yang kelakar. perasan tak korang kalau dalam lagu hindustan dulu-dulu, kalau time dorang nyanyi..mesti baju dorang bertukar-tukar, ada macam-macam kaler. kenapa erk? haaaaaa..itu lah yang menjadi tanda tanya aku masa aku kecik-kecik dulu. nak tahu apa yang ada dalam kepala otak aku dulu? aku pikir mungkin orang hindustan ni ada kelebihan. dengan kata lain "magic" la. magic tu lah yang bolehkan mereka tukar baju. ye lah..kalo nyanyi tempat ni, baju lain..bila nyanyi tempat lain lak, guna baju lain. boleh dikatakan dalam satu lagu tu, berpasang-pasang baju yang diorang pakai. aku selalu angan-angan nak ada magic cam orang nustan ! erm..mesti best kalau ada magic cam dorang. boleh selalu pakai baju cantik-cantik, tak payah shopping dan berhabis duit segala. hi3

hi3..masa kecik-kecik dulu memang la tak tahu apa. kapasiti otak sikit lagi. tak leh nak pikir secara realistik,plastik ada lah ! tapi sekarang ni, semenjak dah kenal dunia dan dah reti makan nasi kerabu..otak aku dah berkembang sepenuhnya. dah boleh berfikir~ape, dulu hang tak leh berfikir ke? *tetiba je soklan cam gitu muncul dalam benak aku. jawapannya : dulu pon dah boleh berfikir cuma apa yang aku fikirkan tu berdasarkan pengetahuan yang CETEK maknanya ILMU TAK CUKUP lagi la ! so, tak leh nilai apa yang baik or yang buruk ! aik..ape kaitannya pulak? ada..ada kaitan okay ! kalo takde jugak nanti kita kaitkan.

so, aku nak ucapkan :-
p/s : aku mintak maaf banyak-banyak kalau ada ada buat salah kat korang.  



30 December 2010

petua berguna dari Imam syafie.

assalamualaikum.

camat pagi ! good morning !  buenos dias !
hari ni awal-awal lagi aku dah mengadap encik lappy aku ni. lepas je solat subuh, aku terus je menjalankan kerja-kerja membuang masa. hi3 (ada gak ke kerja membuang masa?). apa yang aku buat? aku online mukabuku semestinya !

macam biasa lah..bila dah mengonline mukabuku ni, pastinya aku akan menstalker wall friend-friend aku. menstalker adalah satu senaman yang baik di pagi hari. boleh memecahkan lemak anda ! kalau setakat nak turunkan 2 kilo sehari tu tak de masalah. ramai dah cuba, anda bila lagi? hi3..

semasa aku menjalankan senaman menstalker tu, aku ada terjumpa lah satu artikel pasal ni. baca la erk..dan kalo boleh, cuba amalkan.

artikel ni aku copy sepenuhnya ! tak de benda pon yang tertinggal ! so, selamat membaca !

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

29 December 2010

sem baru, azam lama dan subjek baru !

assalamualaikum

ni lah subjek yang aku amik sem ni. walaupon tak de sape yang nak tahu, aku nak bagitahu jugak !




Kod kursus


tajuk

lecturer

HBT203

BAHASA UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN

PROF MASHUDI KADER

HBT206

MENGHASILKAN DAN  MENYUNTING TERJEMAHAN
DR ROKIAH AWANG DAN DR GOH SANG SEONG

HBT207

PERKAMUSAN DAN PERISTILAHAN

DR ANISWAL

HBT214


INTERPRETASI SPONTAN

DR LEELANY

CMM221


SISTEM MULTIMEDIA

PROF MOHAMMAD RAFIE

STU243


PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

DR ZARINA

So, inilah subjek-subjek yang bakal aku hadapi sem ni. subjek yang tersangat susah pada abad ini especially CMM221. subjek berkaitan komputer. dah la aku ni buta IT..

"Big Disaster or what? i dont know really"

assalamualaikum.

rajin kan aku update belog? hi3..macam ni lah aku. bila dah mula mengupdate, rasa macam rajin je nak update tapi bila dah hormon kemalasan tu tinggi dalam badan, jangan harap la aku nak sentuh encik belog ni. dah memang sifat daripada dulu lagi..buat sesuatu mengikut mood. sama macam study jugak, masa mood "kerajinan" ada, boleh la aku study tapi kalo dah mood tu takde, memang aku tak kan study.


hari ni aku agak nervous ! first meeting for hbt214 (interpretasi spontan) sangat memberi gambaran yang agak tidak enak di benak fikiran aku ni. apa yang ada dalam kepala aku sekarang ni adalah subjek ni memang mencabar keupayaan aku plus lecturer dah warning awal-awal. kata Dr Leelany, to get an A is not as easy as you think ! and after her briefing, i realize all that ! the things that automaticly came out on my mind is "can i do that?". i wish i do..frankly speak here, i feel like almost dying. with all sort of thing that come lately, the core paper and whatsoever~but i have to settle it down !

berdasarkan apa yang Dr. Leelany gitaw dalam kelas tadi, aku mengeluh dalam hati. mana tak nya, kami kena menginterprete teks secara SPONTAN. try to imagine..and the most bad thing is, we also cant use any "pen" or "pensil" during that recording. OMG ! cant imagine how it would be ! a big disaster or what?

macam mana la nak menginterprete teks daripada bahasa Inggeris kedalam bahasa Melayu secara spontan? tanpa menggunakan kamus or whatsoever which can help me. semestinya memerlukan pengetahuan vocabulary yang excellent dan daya pemikiran yang cekap. firstly, need to figure out the main point of text then translate it. what would happen if i stuck half way?  no  no~cant think negatively. apa yang aku perlu buat sekarang ialah, PRAKTIS ! cuba praktis supaya boleh menterjemah dengan cepat tanpa perlukan bantuan kamus. macam mana kalau teks dari bahasa Melayu kedalam bahasa Inggeris? hi3..have no idea yet ! but, surely have ! aku kena hadapi dengan senyuman je la ~dah la vocabulary ciput je ni. kan best kalau aku boleh hafal kamus ! nak nak kalau kamus dewan yang besar gedabak tu. maunya aku terus boleh jadi interpreter Perdana Menteri. tak pon, leh jadi PTD. wahhh...*aku dah mula berangan dah ni. ikot PM kita p buat lawatan di negara-negara then interprete perbincangan mereka ! wah...besarnya angan-angan ! ok, titik ! fullstop ! stop dreaming ! teeeeeeett~

sekian kot~nak siapkan tugasan pulak. bayangkan, minggu pertama dah dapat tugasan. bukan 1 but 2 skali. kedua-duanya kena hantar next week. tugasan apa? dah namanya penterjemah, mesti tugasan terjemahan. ye dak? harus lah ! tugasan pertama, teks berita yang agak panjang. jenuh aku nak membelek kamus mencari maksud perkataan yang aku tak tahu. teks kedua pulak, semalam Prof Mashudi bagi. teks undang-undang ! masak la kali ni. takpe2..kalo senior-senior sebelum ni boleh buat, kenapa aku tak leh kan? aku pon sama je macam dorang. yakin boleh ! 

sekian, terima kasih. selamat menterjemah~

YES ! YAKIN BOLEH !

28 December 2010

encik belog yang bersawang !

assalamualaikum~

agak lama aku tidak menjalankan kerja-kerja mengupdate belog aku ni. dah bersawang agaknya. kalo lah encik belog ni boleh bercakap..mau nya dia memaki hamun aku. mungkin dia akan kata kat aku camni " wei ziha, ko ni bela blog reti tapi nak bersihkan sesawang tak reti". hah ! hambik ko sejibik. wei..nasib baik la encik belog ni tak leh bercakap.

                      agaknya macam ni la kot sawang yang ada dalam blog aku ni. mesti encik lelabah dah buat bermastautin kat sini ~!!

agak kebizian sekarang ni. al maklum lah, sekarang ni dah bukak sem baru. hi3~im officially become a "second year student". next sem aku akan naik pangkat. kalo sekarang menjadi senior..so next sem super senior la jawabnya. mempunyai kuasa veto kot ! so, pada sape-sape yang ada terdetik dalam perasaan tu nak menjalankan kerja-kerja pembulian keatas aku, simpan je la niat suci tu ya. sebab aku dah jadi super senior next sem.

aku paling benci minggu pertama awal sem. nak tahu kenapa? every sem..have to face the SAME situation. im sick of it. setiap sem..bermula dari sem 1 sampai lah sekarang sem ke 4..benda sama je yang aku hadapi. orang lain pon hadapi jugak kan? SEMESTINYA ! aci potong kuku kot kalo ada orang yang tak pernah hadapi apa yang aku hadapi sekarang.

sampai saat aku menulis entri ni pon, masalah aku tak selesai lagi. semestinya masalah jadual CLASH ! encik jadual memang menguji kesabaran aku. dari hari first semester bermula, kepala dah pening nak susun jadual. yang tu clash..yang ni clash. pening kepala den.

tapi tak pe..setiap masalah tu ada penyelesaiannya. ye dak? "alah..small matter la bro ! benda boleh di selesaikan..kalo tak leh jugak, drop je la. " nak je aku sepak-sepak kalo ada yang cakap camni. cakap memang la senang tapi yang menghadapinya ni yang susah. pening kepada. kalo drop..terpaksa ambik sem-sem depan. kalo tak bernasib baik..kena extend ! adei..TAK NAK ! say NO to EXTEND SEM !

   
SAY NO TO EXTEND

sekian, terima kasih.

17 December 2010

~tak de tajuk~

Assalamualaikum..

tajuk entri aku kali ni adalah "tak de tajuk". kenapa? sebabnya aku tak tahu nak letak tajuk apa.

aku ngantuk actually but aku tak leh tidor. otak ni asyik memikirkan pasal result yang akan kuar 2 hari je lagi.
macam mana erk?

agak-agak aku dapat capai ke apa yang aku cita-citakan? apa yanga aku cita-citakan? biarlah aku sorang je yang tahu apa yang aku cita-citakan. aku dah usaha sem lepas dan aku harap, Allah s.w.t tidak menghampakan hambanya..Allah maha adil dan maha mengetahui..jika aku tak dapat capai apa yang aku nak sekarang, mungkin Dia telah sediakan yang lebih baik dari ni. mana tahu kan..sebab Dia tidak pernah menghampakan hambaNya.

Adei..macam mana nak buat niey. ngantok tapi otak ni asyik pikir sal result je. masyaAllah..macam mana nak buat ni. jam dah menunjukkan pukul 3.03 pagi.

oh encik result..tolong lah berbuat baik dengan saya. saya tak pernah menyakitkan hati encik result, so sila beri keputusan yang cemerlang kepada saya.

aku harap sangat prof Mashudi bagi markah yang baik ! hik3...subjek teras tu. "BAHASA UNDANG-UNDANG DAN PENTERJEMAHAN " dan "TATABAHASA BAHASA INGGERIS, BAHASA MELAYU DAN KAEDAH PENYUNTINGAN" memang menjadikan aku separuh ting tong. nasib baik tak ting tong sepenuhnya..kalo separuh, masih boleh sembuh.

tak pe ziha, usaha ! biasa lah..student ! mesti lah kena belajar. kalo tak nak belajar, tak yah jadi student. kan??

sekian, terima kasih.
selamat malam !

ni lah kamus yang aku gunakan!

aku  budak BATI !

pemuda dan harta karun~

Assalamualaikum..

malam ni aku nak cite satu cerita..

harap kita semua boleh ambik ikhtibar dari cite ni.

pada zaman dahulu..ada sorang pemuda miskin yang tersangat miskin. hidupnya diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. dia tinggal bersama emaknya dan seorang adik perempuan. ayahnya telah meninggal dunia. pada satu hari, dia terjumpa dengan seorang lelaki tua semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kebun. 

lelaki tua tu telah bagitahu pemuda miskin tersebut bahawa terdapat harta karun di hujung kampungnya. harta karun itu tertanam 6 kaki di bawah tanah dan ditanam di tanah gersang dimana tidak ada sebatang pokok pon yang boleh hidup di situ.

lalu, pemuda tersebut pon pergi mencari harta karun. akhirnya dia menjumpai tanah yang gersang itu. kemudian dia mula menggali tanah tersebut. 

gali punya gali, akhirnya sampai 1 kaki. semasa dia menggali, datang seorang pemuda bertanya kepada dia kenapa dia gali di tanah gersang tersebut sedangkan tidak ada pokok pon yang boleh hidup disitu. dia tidak menghiraukan pertanyaan pemuda tersebut dan terus menggali.

dia terus menggali lagi hingga 2 kaki..dan datang pulak sorang mak cik bertanya soalan yang sama seperti pemuda tadi. pemuda miskin tersebut juga tidak menghiraukan pertanyaan puan mak cik tersebut. dia teruskan menggali.

pemuda miskin itu teruskan menggali dan sampai ke 3 kaki, datang lagi seorang lelaki. juga bertanya soalan yang sama seperti encik pemuda dan puan mak cik tadi. namun pemuda miskin itu juga tidak menghiraukan pertanyaan encik seorang lelaki itu. dia terus menggali.

kerja-kerja menggali diteruskan hingga ke 5 kaki, datang lagi seorang insan, juga penduduk kampungnya. insan tersebut juga mengajukan soalan yang sama iaitu kenapa dia menggali lubang di tanah yang gersang tu. sedangkan tidak ada pokok yang boleh tumbuh di tanah tersebut. pemuda miskin itu pun menceritakan bahawa terdapat harta karun di bawah tanah tersebut. seorang insan itu berlalu meninggalkan pemuda miskin itu. dia sama sekali tidak percaya bahawa terdapat harta karun.

pemuda miskin itu meneruskan kerja menggali. bila sampai ke 6 kaki, datang lagi seseorang. kali ni seorang budak lelaki yang berumur 8 tahun menghampiri pemuda miskin itu. budak lelaki itu bertanya soalan yang sama seperti orang-orang yang sebelumnya. bila pemuda miskin itu bagitahu bahawa terdapat harta karun dibawah tanah tersebut, budak lelaki itu mentertawakan pemuda tersebut. budak lelaki itu menyatakan bahawa pemuda miskin itu sudah tidak waras lalu pergi meninggalkan pemuda miskin itu sorang-sorang.

bila budak lelaki tu pergi meninggalkannya, pemuda miskin tu mula berfikir. betul jugak kata orang-orang kampung tu. buat apa dia gali, buat penat je..baik dia balik berehat dirumah. lagipun, mana ada harta karun..mesti orang tua tu menipu dia. lalu pemuda miskin itu pon pulang kerumah tanpa meneruskan kerja menggali yang berbaki 1 kaki je lagi.

bila pemuda miskin tu balik, datang lah seorang pemuda cerdik menyambung kerja-kerja menggali yang berbaki 1 kaki je lagi tu. gali punya gali..akhirnya pemuda cerdik itu melihat satu kotak besar. itulah harta karun..

akhirnya harta karun itu menjadi milik pemuda cerdik itu. pemuda miskin tersangat menyesal kerana tidak terus menggali tanah itu. seandainya dia tidak mendengar kata-kata orang kampung, mesti kini harta karun tersebut telah menjadi miliknya.

moral of the story:
jangan cepat melatah dengan apa yang orang kata~
orang hanya mampu berkata-kata..yang penting kita tahu apa yang kita lakukan.
biaq p la mereka..janji kita dapat harta karun tu. 






15 December 2010

bola !

assalamualaikum..

apa kabar semua? selamat malam..semoga semua bergembira pada malam ni.

hohoho.hati gumbira ! hati mesti mau gumbira kan. kenapa ? semestinya sebab bola malaysia menang. acece..memang hebat la pemain-pemain malaysia malam ni terutamanya penjaga gol malaysia..khairul fahmi. memang tersangat cekap menangkis serangan. namun permainan tadi agak kotor..itu pendapat aku yang jujur la. tak taw orang lain pikir camna.

kenapa aku cakap camtu? sebabnya..semasa permainan, tersangat banyak kes-kes tersengaja langgar. macam tersengaja langgar la tapi tak tahu la kot-kot memang dia terlanggar. takpe la..lupakan saja~

kalo tengok dalam facebook, semua orang post status pasal bola~happy sangat. pape pon, malaysia memang hebat la. berbaloi-baloi aku sakit tekak tadi beri sorakan padu walaupon hanya depan tv.

secara peribadinya memang aku respek dengan gol keper malaysia. sangat cekap..seolah-olah bola tu melekat di tangan dia. mek aku pon memang minat giler kot dengan fahmi tu. Diharapkan pemain malaysia boleh buat yang terbaik lagi masa game di Vietnam nanti. Biar Vietnam kalah buat kali kedua. hik3

actually aku ni baru je berjinak-jinak dengan bola. frankly speak, aku pon tak kenal sangat pemain-pemain bola ni cuma tak tahu la, sekarang ni memang aku minat gile kot dengan bola. kalo dulu, aku anggap bola ni hanya membuang masa tapi sekarang baru aku sedar bahawa memang permainan bola ni berhantu. tadi lepas je tamat game..aku pon mula la mengesearch maklumat-maklumat pasal pasukan bola kebangsaan ni.
masa proses mengesearch tu, aku jumpa la maklumat ni dalam wikipedia..

Skuad Semasa

Senarai pemain untuk Piala AFF SUZUKI 2010.
Nama Tarikh Lahir Kelab Kaps (gol)
Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat 7 Febuari 1989 Bendera Malaysia Kelantan

1 (0)
Mohd Sharbinee Allawee Ramli 12 Disember 1986 Bendera Malaysia Terengganu

2 (0)
Pertahanan
Mohd Sabre Mat Abu 8 Ogos 1988 Bendera Malaysia Kedah

6 (0)
Mohd Faizal Muhammad 3 Mac 1989 Bendera Malaysia Harimau Muda

1 (0)
Mohd Asraruddin Putra Omar 26 Ogos 1988 Bendera Malaysia Selangor

12 (0)
Mohd Razman Roslan 14 Ogos 1984 Bendera Malaysia Selangor

0 (0)
Mohd Muslim Ahmad 25 April 1989 Bendera Malaysia Harimau Muda

8 (0)
Khairul Helmi Johari 31 Mac 1988 Bendera Malaysia Kedah

0 (0)
Mahali Jasuli 2 April 1989 Bendera Malaysia Harimau Muda

6 (0)
Mohd Fadhli Mohd Shas 21 Januari 1991 Bendera Malaysia Harimau Muda

1 (0)
Pemain Tengah
K. Gurusamy 20 November 1988 Bendera Malaysia Harimau Muda

1 (0)
Mohd Safiq Rahim 5 Julai 1987 Bendera Malaysia Selangor

7 (0)
Mohd Amri Yahyah 21 Januari 1981 Bendera Malaysia Selangor

11 (1)
Amar Rohidan 23 April 1987 Bendera Malaysia Perlis

3 (0)
S. Kunalan 15 September 1986 Bendera Malaysia Negeri Sembilan

5 (0)
Mohd Amirul Hadi Zainal 27 Mei 1986 Bendera Malaysia Selangor

16 (4)
Mohd Khyril Muhymeen Zambri 9 Mei 1987 Bendera Malaysia Kedah

17 (2)
Mohd Faizal Abu Bakar 20 September 1990 Bendera Malaysia Kedah

1 (0)
Penyerang
Mohd Safee Mohd Sali 29 Januari 1984 Bendera Malaysia Selangor

20 (8)
Norshahrul Idlan Talaha 8 Jun 1986 Bendera Malaysia Kelantan

7 (1)
Mohd Ashaari Shamsuddin 7 Jun 1985 Bendera Malaysia Terengganu

8 (2)
Izzaq Faris Ramlan 18 April 1990 Bendera Malaysia Harimau Muda

1 (0)

14 December 2010

siapakah aku?

assalamualaikum..

inilah aku~

Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat

amacam? dah tahu siapakah aku? ni lah ramalan berdasarkan bulan kelahiran aku yakni bulan oktober. benda ni aku copy dari blog kawan aku..cik shera. credit untuk dia ~

berdasarkan ramalan ni..ada yang tepat dan ada jugak yang tak tepat. ini hanyalah ramalan..so, jangan percaya 100% ye. tapi tang  menawan dan sopan santun tu aku rasa memang tak boleh pakai..langsung tak tepat. so, jangan percaya sangat okay..but kebanyakan nya agak tepat dan kena sangat dengan aku especially mudah terusik hati dan cemburu coz aku ni memang perasa orangnya. PERASA bukan perasan or perosak or whatsoever..but PERASA !! dat means aku ni cepat sangat terasa..bila aku dah terasa tu, mula lah aku akan mendiamkan diri. aku akan menjadi pendiam dan tak banyak bercakap. itu lah aku.. 

                                        

08 December 2010

aku tersentuh !

Assalamualaikum..

ni entri kedua untuk hari ni. pecah rekod kot sebab aku mampu hasilkan 2 entri dalam sehari. bukan apa..sejak akhir-akhir ni aku rajin ckit nak mengupdate blog aku ni.

hari ni aku tersangat tersentuh melihat pengorbanan kedua ibu bapa aku ! rasanya tak sabar nak kerja. aku nak tolong mereka..Ya Allah...hanya Engkau mampu membalas jasa mereka. mereka tersangat baik terhadap kami. janganlah kau jadikan kami anak yang derhaka. 

hati aku tersangat hiba sekarang ni. peristiwa ni berlaku bebarapa minit yang lalu dan kesannya tersangat mendalam dan menusuk kedalam hati aku. rasanya tak perlu aku catatkan disini apa yang berlaku. cukuplah aku catat peristiwa tu  dalam hati  dan memori aku. hampir menitis air mata aku tadi tapi aku cuba mencoverkan diri ini supaya segalanya tak ketara. 

ayah dan mek adalah segala-galanya bagi aku. tanpa mereka, siapalah aku sekarang ni. tak mungkin aku mampu menjadi segemuk sekarang tanpa mereka. dan tak mungkin jugak aku mampu mengenal ABC tanpa usaha mereka untuk menyekolahkan aku. aku berasal dari keluarga sederhana. aku berasal daripada keluarga petani. kehidupan kami bukan nya sesenang orang lain. pagi petang kami terpaksa bekerja keras membanting tulang untuk mencari rezeki terutamanya mek dan ayah aku.

ayah tetap dengan usahanya. ayah seorang lelaki yang berhati waja. dia tidak pernah menyerah. sebagai ketua keluarga, dia akan memastikan keperluan kami mencukupi. aku tersangat kagum dengan ayah. walaupun usia dia sekarang 50 lebih tapi semangat dan usahanya mengalahkan orang muda. walaupun kami dah dewasa dan abang-abang dan kakak aku dah bekerja..namun dia tetap bekerja. tak nak menyusahkan kami katanya. ayah aku seorang yang workaholic. kalo tak bekerja...memang tak boleh. ari tu dia selalu demam-demam sebab tak bekerja. dia jenis yang tak boleh duk diam. kalau duk diam..mula lah badan dia lemah. sekarang ni kami dalam proses untuk tanam tembikai, lada dan tembakau. bayangkan macam mana mereka nak uruskan tanaman-tanaman tersebut? hanya mek dan ayah je yang boleh uruskan semua tu. kami adik-beradik dah tak boleh nak tolong sangat. kakak dan abang aku kerja..dan stay kat johor. kakak aku sebagai pekerja di syarikat swasta..mana boleh cuti sesuka hati. abang aku lak seorang cikgu. sekarang ni boleh la dia balik sebab musim cuti sekolah. bila sekolah dah bukak nanti..macam mana? abang jie aku lak kerja..tugas dia sebagai pegawai farmasi di sebuah klinik di sini memerlukan dia bekerja dari pukul 8 hingga 5 petang. aku pulak..bila dah mula semester, sukar untuk aku pulang ke kampung. adik aku pulak..tinggal di asrama. jadi, sape yang akan tolong mereka? entah la..kami dah banyak kali larang tapi ayah aku tetap dengan keputusan dia. dia tak boleh kalo tak kerja..


aku berharap sangat usaha mereka diberkati Allah S.W.T dan mendatangkan hasil yang lumayan. aku teringin sangat melihat mek dan ayah aku menunaikan haji. sekarang ni aku tak mampu untuk merealisasikan impian tersebut. ye la..aku belajar pon tak habis lagi.

                         hanya ALLAH S.W.T mampu membalas jasamu ayah dan mek !

07 December 2010

berjanji sehidup semati?

Assalamualaikum..

Selamat pagi ya. ari ni adalah 2 muharam..hari kedua tahun baru hijrah. sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru rupanya. macam yang aku pernah cite dalam entri sebelumnya, aku tertunggu-tunggu kot orang buat suro. dah lama tak makan suro. ari ni, pagi-pagi lagi aku dah bangun. lepas bayar hutang aku kepada Allah S.W.T iaitu solat subuh, aku terus jalankan tugasan aku sebagai orang perempuan iaitu kemas umah dan basuh pakaian..kalo tang brekfes, bukan aku yang siapkan. aku biasanya akan tolong-tolong je mana yang patut. ye la kan..aku ni mana la pandai sangat masak-memasakan ni. setakat masak benda-benda simple macam nasik goreng tu boleh la..

entri aku kali ni adalah berdasarkan tajuk diatas. okay..kalo ada sapa-sape tak perasan tajuk di atas, sekali lagi aku sebut...ops bukan sebut tapi tulis. "BERJANJI SEHIDUP SEMATI". apakah? kenapakah aku tulis entri ni? adakah sebab ada orang nak sehidup semati dengan aku? atau aku yang janji nak sehidup semati dengan sapa-sapa? jeng jeng jeng..

berjanji sehidup semati konon..sebelom kawin boleh la cakap sehidup semati. konon-kononnya nak tunjuk la yang dia ni sayang girlfriend dia lebih. adei..kelakar kan ? memang kelakar ! berbaloi-baloi ! aik..apa kaitannya  pulak?  tak pe2..abaikan je kalo rasa takde kaitan.

mesti pelik je kan tetiba je aku tulis pasal ni? entah la..aku pon pelik. tadi aku ada terdengar satu lagu..entah la tajuk apa lagu tu. kononnya nak sehidup semati..macam la dia tahu bila dia nak mati. hak3...tak yah la kuarkan statement or janji camtu.. "I AKAN SENTIASA BERSAMA U..I JANJI NAK SEHIDUP SEMATI DENGAN U". ape da...macam la dia tahu bila dia dan girlfriend dia nak mati. kalo la ditakdirkan dia mati awal daripada girlfriend dia..tak kan la dia nak postpone kematian tu. "tunggu dulu..aku tak nak mati lagi..aku nak sehidup semati dengan si minah ni". boleh ke macam tu? semestinya tak boleh kan? so, ape gunanya janji nak sehidup semati..lebih baik janji macam ni "I nak sehidup je dengan u..bila u mati, i kawin lain". ye la kan..apa guna janji sehidup semati kalo dah sah-sah sukar untuk kita tunaikan janji kita tu. lebih baik janji macam tu.

Kematian ini merupakan salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh Allah swt kepada hambanya, dan alamat atau tanda kematian. 
 
Hadith al-Bukhaari (no:4627) dibawah ini menceritakan bahawa “kematian seseorang itu” adalah Rahsia Allah swt :

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( مفاتح الغيب خمس :
( إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ بِأَىّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلَيمٌ خَبِيرٌ )
Dari Abdullah ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :
Kunci lima yang ghaib/rahsia adalah : Sesungguhnya Allah mempunyai pengetahun mengenai waktu Kiamat, dia yang menghantarkan hujan, dia mengetahui apa yang didalam rahim [wanita], tiada siapa tahu apakan nasibnya esok, dan tiada siapa tahu dibumi mana ia akan mati” -
Tarikh kematian seseorang itu dirahsiakan oleh Allah swt adalah sebagaimana Allah merahsiakan HARI atau WAKTU (al-saa’ah) berlakunya kiamat. Sheikh Al-Alusi (Tafsirr al-Manaar) didalam komentarnya terhadap waktu Kiamat dan juga kematian, katanya :

وإنما أخفي سبحانه أمر الساعة لاقتضاء الحكمة التشريعية ذلك ؛ فإنه أدعى إلى الطاعة ، وأزجر عن المعصية ، كما أن إخفاء الأجل الخاص للإنسان كذلك . . . وتدل الآيات على أنه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لم يعلم وقت قيامها ، نعم علم صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قربها على الإجمال ، وأخبر صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ به
Allah telah merahsiakan Al-Saa’ah (hari Kiamat) kerana hikmah shar’i dan sebab kenapa ia begitu, kerana ia lebih berkesan didalam menyeru orang mentaatinya dan menjauhkan mereka dari melakukan maksiat, sebagaimana dia merahsiakam ajal seseorang itu…
..dan petikan kenyataan ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak mengetahui bila Al-Saa’ah bermula. BENAR, baginda mengetahui ia agak dekat didalam ertikata yang umum, dan baginda saw memberitahu kita yang itu”

Allah s.w.t merahsiakan tarikh kematian kita supaya kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kematian. cuba lah kita tahu bila kita akan mati..let say lah kita tahu 3 minggu lagi kita akan mati. mesti kita akan lakukan amal ibadat siang malam. makan pon dah tak dak selera kot coz dah nak mati. kalo lah dari kecik lagi kita tahu kita bila kita nak mati..mesti kita enjoy dulu. dah dekat-dekat tarikh kematian, baru lah kita pulun habis-habisan buat ibadat. betul tak?

so, bagi cik pakwe dan cik awek kat luar sana..jangan lah janji untuk sehidup semati okay..sebab kita tak tak tahu pon bila kita akan mati dan yang paling penting adalah kematian kita tu tak boleh nak postpone. walaupun sesaat kematian kita tu tak boleh nak postpone. ngerti kamo?

rasanya cukuplah setakat ni entri kali ni. harap dapat memberi manfaat kepada kita semua.





cara pemakaian cincin dalam Islam

Assalamualaikum.

malam ni aku nak kongsikan banyak benda kat sini. entah kenapa tetiba je aku rasa cam bersemangat giler nak mengupdate blog. adakah semangat tahun baru atau hanya hangat-hangat taik ayam? hik3..hopefully aku terus mendapat idea-idea untuk dikongsikan dan dapat dimanfaatkan oleh semua. malam ni aku nak kongsikan satu lagi artikel yang aku copy dari internet. harap kita semua peroleh manfaat daripadanya. artikel ni berkaitan cara pemakaian cincin dalam Islam. 

Islam itu indah. sangat senang untuk mendapat pahala actually tapi kita je yang tak tahu. seriously, sebelum ni aku sendiri pon tak tahu pasal benda ni. kalo sebelum ni, aku pakai cincin ikot suka je dan ikot situasi. tapi aku paling tak suka pakai cincin di ibu jari dan jari telunjuk. nampak macam tersangat pelik dan macam gangster. dat y lah aku tak pernah pakai cincin di ibu jari dan jari telunjuk. aku biasanya pakai di jari manis dan jari tengah.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kowang nnt mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kowang memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.



((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))
                               

so, lepas baca artikel ni apa yang anda rasa? sangat senang kan kalo nak dapatkan pahala. Allah S.W.T tu maha pemurah kan? lepas ni aku dah tak boleh pakai cincin di jari tengah lagi..sebab cara tu adalah serupa dengan cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah S.W.T iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. 



            ahaks..pakai cincin di jari manis ok ! baru dapat pahala..

         jangan pakai di jari ni. INGAT !! (sila baca dengan gaya upin ipin)
                               

sekian, wasalam.. 

 

hukum menyimpan kuku panjang

assalamualaikum..

hukum menyimpan kuku panjang? sebelum ni aku memang tak tahu apa hukumnya menyimpan kuku panjang sampai lah satu hari aku ada terbaca satu artikel dalam internet. sebelum ni memang aku tak suka simpan kuku panjang..kotor wei. kalo kuku panjang, macam-macam jenis kuman menetap dicelah-celah kuku tu. siap buat negeri lagi kot kat celah kuku tu. ni aku nak share artikel tu..aku copy semua ya. harap dapat ilmu yang bermanfaat daripadanya.

kowang nak tau?? dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

pada hakikatnya~

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang2 tu kowang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

info tambahan~

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..


                                      ni kuku terpanjang di dunia. kalo panjang macam ni..bukan setakat e-coli ada, virus  influenza A H1N1 pon ada ni. masyaAllah..

jadi, kepada sape-sape yang suka simpan kuku panjang-panjang tu..sedar-sedar la yer. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...