"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

21 January 2011

Apa susah..TERJEMAH je lah !

Assalamualaikum..

Apa susah..TERJEMAH je lah ! Tengok tu, awal-awal lagi aku dah ulang tajuk entri kali ni. Dah agak lama aku tidak mengupdate belog aku ni. Dah bersawang + reput dah belog aku ni. Bukan tak nak mengupdate belog cuma aura kebizian sedang melanda diri ini semenjak dua tiga menjak ni. Biasa lah kan..dah jadi budak tahun dua, sem depan dah boleh jadik super duper senior. Hohoho..tidak sabar menunggu saat itu ! Akan ku buli junior-junior. Cett...sila jangan percaya ! Itu hanya lah lakonan semata-mata. Saya ni baik orang nya..berbudi bahasa gitu ! Hahaha.

Mesti orang-orang ingat kerja penterjemah senang kan? Ya lah..apa susah, TERJEMAH je lah ! Tu dia...kalau lah kerja-kerja terjemahan ni semudah ungkapkan kata di atas tu. Mesti ramai yang boleh jadi penterjemah. Kalau lah mudah untuk menterjemah ayat, mesti tak de kursus TERJEMAHAN dan INTERPRETASI di USM ni. Ya lah..semua orang boleh jadi penterjemah, so penterjemah dah tak de guna kot.

Okay..untuk langkah pertama, apa kata korang cuba translate ayat ni  "I COULD EAT A HORSE".
Ayat tu senang je kan.  I=SAYA, COULD=BOLEH, EAT=MAKAN, A= SEEKOR, HORSE= KUDA. mudah kan? Simple vocab !

Amacam, boleh tak?? Mesti ada yang terjemahkan "SAYA BOLEH MAKAN SEEKOR KUDA". Kan?  Kan ? Sapa yang translate macam tu? Baik mengaku cepat !

Kalau lah ada yang translate macam tu..izinkan aku gelak dulu ya. Hahahahaha (gelak tergolek-golek atas simen).

Tu dia..."SAYA BOLEH MAKAN SEEKOR KUDA" ! Boleh ke? Logik ke nak makan seekor kuda yang besar gedabak tu? Kuda belang ke kuda apa cik kiah oi?

Okay-okay..meh sini nak kasi tahu sikit ! "I COULD EAT A HORSE" ada makna konotasi dia. Ayat tu kena terjemah berdasarkan konteks ayat. Okay..kalau kita terjemahkan kepada "SAYA BOLEH MAKAN SEEKOR KUDA". Agak-agak, kelakar tak terjemahan yang di hasilkan?

So, berdasarkan apa yang aku pelajari sepanjang setahun setengah lebih-lebih ni, ini lah terjemahan yang boleh di hasilkan "SAYA TERSANGAT LAPAR". See...itu lah terjemahan dia ! bukan nya 'SAYA BOLEH MAKAN SEEKOR KUDA".

Tak pa-tak pa..aku dulu pon terjemahkan macam tu jugak. Ya lah..masa tu kan baru first year dan tak tahu lagi pasal makna-makna konotasi kebende ni. Yang aku tahu..buat terjemahan literal je lah. Terjemahkan satu satu perkataan dia.

So, masih fikir yang kerja-kerja penterjemah ni senang ke? Tu baru ayat yang simple..pon dah pening nak pikir terjemahan dia. Kalau ayat yang lagi susah, macam mana? Kalau ada yang masih fikir kerja terjemahan ni senang...cuba lah korang masuk kos Terjemahan dan interpretasi. Kalau tak nak lama pon, cukup lah korang masuk belajar selama seminggu. Nak nak korang masuk kelas interpretasi spontan. Cuba lah korang rasa betapa senang nya kos kami.

So, selamat mencuba ^_^

hihihi.... "I COULD EAT A HORSE". Yummmmy...arggggh (kenyang)

16 January 2011

Sayangi MEREKA bukan sakiti hati mereka ! MEREKA lebih mulia daripada kita.

Assalamualaikum.

Wah..besar gedabak aku punya tajuk kat atas tuh. Eh eh..bukan semua lah but perkataan MEREKA itu sengaja di besarkan. Kenapa? Aku buat tu bukan saja-saja okay. Ini adalah supaya "reader" or "readers" (if ramai yang baca entri aku ni" nampak betapa pentingnya MEREKA dalam hidup kita. MEREKA ialah MEREKA yang  terdiri daripada gabungan huruf konsonan dan vokal dan terletak berselang seli. Maknanya MEREKA saling memerlukan antara satu sama lain. Tu dia...merepek sudah !

Okay-okay..cikalang aku bagitahu siapa kah MEREKA itu. Agak-agak siapakah? Semestinya IBU AYAH kita lah !

Mood aku sekarang ni amat merindui MEREKA ! Rasa lambat sangat masa berlalu. Dah sebulan lebih tak menatap wajah- wajah MEREKA.

Kalau boleh aku nak je duk umah, menatap wajah MEREKA tiap-tiap hari. Menemani MEREKA di waktu-waktu petang. Menyesal rasanya aku tidak memanfaatkan masa-masa bersama MEREKA ketika aku kanak-kanak dulu. Seandainya aku tahu betapa siksanya kehidupan berjauhan daripada MEREKA, aku tak kan sia-siakan masa bersama MEREKA dulu. Tapi apakan daya..masa mana boleh di putar-putar kembali. Lain lah kalau aku ada poket doraemon. Kalau  aku ada poket doraemon, mesti aku pemes kan ! Ahaks..sepemes khairul fahmi gitu~wahh..sukanya  !

Eh eh.. berbalik kepada TAJUK diatas. Sayangi MEREKA bukan sakiti hati MEREKA ! MEREKA lebih mulia daripada kita. Tu dia...ambik sejibik sejibong. So, reti-reti lah ya sayangi IBU BAPA anda. Bukan apa, masa MEREKA ada bersama kita ni..jangan lah pulak kita sakiti hati MEREKA. Cuba kita ingat balik masa kita kecik pernah kah MEREKA sakitkan hati kita? Tak pernah kan..kalau MEREKA marah pon sebab MEREKA sayang kita. Ya lah kan..nakal sangat ! Kalau aku jadi MEREKA pon aku akan marah.

Jangan ingat kita ni hebat or pandai or whatsoever lah. Mentang-mentang lah dah boleh masuk "U" and dah dapat kerja bagus, rasa hebat lah? Kalau lah jawapan korang "ya..saya hebat", nak je aku sumpah seranah (eh eh..tak baik sumpah seranah). Tak hebat mana pon..MEREKA lagi hebat tau ! Walaupun MEREKA tak masuk "U" or tak study obersea dan kerja petani or nelayan, tapi MEREKA hebat sangat ! Boleh besarkan kita dan didik kita sampai kita berjaya seperti hari ni. So, jasa sapa lagi besar?

Tak payah bangga lah dengan kejayaan korang. Korang berjaya pon sebab doa-doa ibu bapa korang dan pertolongan ALLAH. Semua tu pinjaman je kot ! Bebila masa je kalau ALLAH nak tarik..haaa melopong lah kau ! Usaha macam mana pon, kalau IBU BAPA tak redha, tak kemana lah jugak. so, jagalah hati MEREKA masa MEREKA ada ni. Jangan tunggu MEREKA dah tinggalkan kita, baru lah nak nyesal. Masa tu dah tak dak guna okay !

Pada sesapa yang masih tinggal bersama IBU BAPA mereka, hargailah MEREKA. Tolong jangan tinggikan suara dengan MEREKA. Tolong lah tolong MEREKA..Tolong gembirakan MEREKA. Tolong lah ! Jangan nanti menyesal tak sudah. Walaupun kita tertekan or marah..jangan lepaskan geram dekat mereka. Hati mereka mudah tersentuh. Hargailah mereka..! Please..

12 January 2011

Merindui seorang insan bernama ADIK !

Assalamualaikum

Tajuk kat atas tu melambangkan situasi aku sekarang. Tersangat merindui adik aku ! Rasa macam nak je balik kampung, jumpa dia !

Walaupun kami selalu bergaduh namun pergaduhan itu lah yang menjadikan aku bertambah merindui dia. Tetiba je aku teringat kenangan-kenangan semasa kami bersama. Kenangan makan maggie pukul 1 pagi sambil menonton tv dengan beliau. Tersangat rindu saat-saat itu.

Adik aku sekarang ni mungkin tengah sibuk mentelaah pelajaran. Ya lah, tahun ni dia akan menghadapi peperiksaan PMR. Dah besar rupanya adik kan? Tapi panggilan "adik" masih lagi digunakan since dia adalah adik bongsu dalam keluarga kami.

Adik sangat manja dan suka merajuk. Kekadang tu agak geram dan tensen juga bila rajuk nya melanda. Pantang salah sikit. Adik ni lain sikit perangai dia. Sikapnya yang suka merajuk tu menjadikan kami adik beradik semakin rapat.Time rajuknya sedang melanda, biasanya aku tak kan kacau or tegur dia dah.Tapi bila rajuk nya dah reda dan dia sudah boleh bergurau, aku akan ungkit balik kisah-kisah rajuknya tu. Biasanya aku akan tanya soalan yang sama iaitu "kenapa dia suka sangat merajuk?". Hihihihi...Bila kami dah berbaik kembali, memang kami akan jadi macam belangkas. Pape hal pon kami akan buat bersama dan benda yang paling best tentang adik aku ni ialah dia ni pantang aku rayu. Hihihi..Kalau time menonton tv tu, bila aku pujuk rayu dia suh buat air, konpem dia buat punya. Alah..rilex la. Bila lagi nak bermanja kan. Bukan nya selalu pon aku duk umah.

Adik aku ni adalah peminat tegar pelakon korea. Normal lah kan budak-budak zaman sekarang ni? Boleh katakan hampir 98% budak sekarang minat cerita + pelakon korea. Minat tu selalu kami kongsikan bersama. Aku ni tak de lah minat sangat cerita korea-korea ni tapi aku layan je as long as hero dia hensem dan heroin dia cantek. Aku biasanya akan copy cite-cite korea daripada kawan-kawan then bila cuti, laptop aku ni akan menjadi milik adik sepenuh masa. Haaa...bila dah dapat laptop tu, jawabnya pukul dua tiga pagi lah baru dia tido.

Baru-baru ni, kawan aku ada bagi souvenir dari korea. So, bila je dia tahu pasal tu terus je dia nak souvenir tu. Dan dengan bermurah hatinya aku dah janji nak bagi dia. Tak pe..melihat dia gembira adalah salah satu kepuasan yang aku rasakan. Best kan bila kita boleh mengembirakan keluarga kita?

Seriously, aku betul-betul rindukan dia. Masa tengah mengadap teks terjemahan tadi, tetiba je otak aku ni teringat adik. Dan aku terfikir nak tulis entri ni. Tak plan pon actually. Mungkin usia kami yang agak jauh bezanya menjadikan kami agak rapat. Erk..rapat ke? Huhuhu..tak lah rapat sangat. Ada lah jugak certain thing yang kami selalu berselisih pendapat especially dalam hal kemas umah. Hihihi..bila balik umah, aku akan selalu arahkan dia sapu sampah + basuh pinggan and so on la. Bukan apa, saja nak biasakan dia dengan kerja rumah. Nanti tak de la kekok bila terpaksa buat kerja-kerja macam tu. Takut nanti bila kawin, MERTUA tak suka coz PEMALAS dan tak reti buat kerja rumah.

Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12.09 a.m, rasanya agak lewat aku tido malam ni. Dah la besok kelas pukul 9 pagi. Nak sambung lakukan kerja-kerja terjemahan dan tito. Semoga masa cepat berlalu dan aku boleh balik kampung as soon as possible ! Nampaknya ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum cuti tahun baru cina + pertengahan sem. Tak sabar nak balik..menatap wajah-wajah kesayangan hamba !

Good night + have a sweet dream + wish all the best + SAYANGI KELUARGA ANDA !!

08 January 2011

Fenomena bukak tudung di facebook

Assalamualaikum.

Tengok tajuk pon dah tahu kan apa yang aku nak repek kan nanti. "Fenomena bukak tudung di facebook". Kenapa aku pilih facebook sedangkan banyak lagi laman sosial yang lain contohnya twitter dan friendster. Aku pilik facebook sebab aku ni hanya aktif dalam facebook je. Benda-benda lain aku kurang aktif. Friendster + Twitter aku tu dah berkurun kot tak jenguk. Dah jadi sarang jin dah agaknya. Tiang-tiang pon dah repot kot, tinggal nak roboh je.

Apa yang aku nak cakap ni adalah berdasarkan pemerhatian aku. Makin ramai kan yang paparkan gambar yang tidak bertudung? Aku semakin pelik...Kalau kat luar, tudung semestinya tak pernah tinggal. Mesti ada je atas kepala ni hah. Tapi kalau dalam facebook, boleh pulak dia bukak. Pelik kan?

Tak sedar ke erk dosanya sama je kalau dia free hair terus. Bukannya aku nak menggalakkan dia free hair tapi aku pelik lah. Cuba pikir-pikir balik kenapa dia letak gambar-gambar tak bertudung? Mungkin rambut dia baru lepas rebonding kot ! Ataupon baru lepas dikaler- kaler.

Bila cite pasal gambar tak bertudung ni, aku teringat satu cite yang berlaku pada diri aku sendiri. Aku lupa bila kejadian tu. Macam ni al-kisahnya.. Aku ada sorang kawan lelaki non-muslim. Dia ni selalu tanya pasal Islam. Apa yang boleh dalam Islam dan apa yang tak boleh dalam Islam dan macam-macam lagi la. Aku cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan dia berkaitan Islam dan cuba ringkaskan sebaik mungkin supaya dia dapat memahami Islam dengan baik.

Ada sekali tu, dia tanya aku berkaitan pemakaian tudung. Macam ni la kira-kira soalan dia. "U masa dalam bilik pakai tudung tak?" Aku pon agak sentap masa tu. Dengan lagak selamba dan malu aku pon jawab
"Actually, dalam bilik kita boleh bukak tudung asalkan tak de orang lelaki yang bukan muhrim kita". Aku pon terangkan lah serba sedikit pasal muhrim-muhrim ni.

Bila je aku siap terangkan pasal tu, tetiba je satu soklan terpancul dari mulut dia. "Boleh tak u ambik gambar u tak pakai tudung then tunjuk pada I". Mak ai..Berganda-ganda sentapnya aku rasa. Mungkin dia non-muslim dan tidak begitu tahu berkaitan aurat. Aku pon cuba la terangkan dengan lebih terperinci kepada dia. Aku jelaskan bahawa aku tak boleh buat macam tu sebab itu adalah aurat.Then dia pon cakap kat aku "Tapi kenapa kakak ipar saya tak pakai tudung?" Haaaaaa...yang tu aku tak leh jelaskan banyak-banyak. Semua bergantung kepada individu masing-masing lah. (Actually abang dia kawin ngan orang melayu dan beragama islam)

Haaaaa... part ni la aku nak kaitkan dengan tajuk kat atas tuh ! "WALAUPUN GAMBAR, dosa tetap sama". See..aku siap buat CAPITAL LETTER lagi tu. Kalau tak paham lagi, tak tahu nak kata apa lah~

Bukan apa..aku kesian lah dengan orang-orang non-muslim. Mesti dorang keliru kan. Ya lah, ada orang islam yang bertudung dan ada jugak yang tak bertudung. Kalau kita sebagai orang islam sendiri boleh bukak tutup tudung, macam mana la mereka nak tertarik dengan islam.

Aku dah tak nak merepek panjang-panjang, takot nanti ada yang mengalami sindrom keboringan. So, rasanya kat sini lah titik penamatnya entri aku ni. Diharapkan agar artikel ni boleh buat orang-orang (not orang-orang di sawah padi tu okay !) yang membacanya berfikir dan mengambil manfaat daripadanya. Aku bukan sape-sape (ayat merendah diri) dan aku pon sedang cuba untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang. InsyaAllah.

Sama-samalah kita berfikir untuk menjadi lebih baik ! Sekian, terima kasih.

07 January 2011

Tekanan menjadikan kita tidak berfungsi sebagai manusia sepenuhnya.

Assalamualaikum
Sebelum pape, layan dulu lagu ni ya


Kepada sesape yang tengah menghadapi ketensenan dan kestressan tu..cuba dengar lagu ni. InsyaAllah, kita akan bertambah yakin dan cool ! Kalau nak lebih berkesan, cuba lah dengar alunan zikir dan Al-Quran. Itu adalah TERAPI TERBAIK untuk menyakit stress dan penyakit-penyakit lain barangkali. Al-Quran adalah satu mukjizat dan dengan mendengar Alunannya, insyaAllah kita mendapat ketenangan.

Ketensenan ? Euuuwwwwww...ngeri kot bila memikirkan pasal tu. Aku sangat tak suka situasi yang membuatkan aku tensen. Contohnya bila assignment yang berlambak-lambak, bila apa yang aku cuba baca tapi aku tak paham dan macam-macam lagi la. Dan perkara yang sangat annoying dan boleh menyumbang kepada perasaan "tensen" pada aku ialah bila kali pertama aku cuba sesuatu yang baru dan aku tak mampu lakukan dengan baik. Teruk kan?

Tak pe-tak pe~small matter je lah bro. Setiap orang akan hadapi tekanan. Kehidupan ni penuh dengan tekanan. Aku nak tanya..ada tak sesape kat sini yang tak pernah rasa tertekan dalam hidup dia? Kalau ada, angkat hidung ! Aku garenti, mesti tak de sape yang berani angkat hidung dia kan? Kalau ada..memang dia ni  jenis yang berhidung belang. Eh eh..bukan lah ! Jenis si hidung tinggi dan pelik lah !

Tahukah anda? (ces..ayat sejibik dalam iklan)

Stress adalah penyumbang kepada kegagalan kita untuk berfungsi sebagai manusia dalam kehidupan seharian?
Benda ni bukan mitos tapi sememangnya berlaku secara realiti. Kepada siapa?
Aku lah !

Cuba perhatikan..bila kita stress, boleh tak kita senyum? Kalau aku..sukar lah ! Boleh senyum tapi senyuman tak ikhlas dan senyum biri-biri lah ! Nampak sangat kot janggalnya kalau senyum time stress.

Kalau stress jugak kita akan jadi lebih sensitif? Ye dak? Pantang orang buat salah silap sikit, mesti kita melenting? kan??? Kalau kawan bergurau pon, mesti kita naik hangin kan?

Lagi satu ! Kalau kita stress, boleh ke kita faham apa yang kita baca? susah kan? Haaaa....Sangat mengannoyingkan kalau kita tak paham apa yang kita baca !

Kalau stress jugak, mesti kita tak nak bercampur dengan orang kan? Mesti kita nak duk sorang-sorang. Kalau boleh nak je p duk dalam gua niah tu. Time kita duk dalam bilik melayan stress, tetiba je ada orang datang. Nak je rasanya halau orang tu. Nak nak kalau bersembang sampai berejam-rejam. Tapi tak pa..tetamu. Berkat kot melayan tetamu.

Tengok..sebab stress kita tak leh berfungsi sebagai manusia dengan baik. Tak suka bercampur dengan orang, sukar untuk senyum, cepat melenting dan banyak lagi la benda-benda yang buruk !

Eh eh..encik stress ni memang tak guna. Banyak bawak masalah. kalau banyak masalah, makin stress lah jawabnya !

So, kalau boleh cuba elakkan dari stress ok ! Cuba positifkan diri. Kalau stress, cuba lah dengar lagu-lagu yang boleh bagi semangat kat kita ataupon kalau nak lebih berkesan lagi, dengar lah alunan zikir dan Al-Quran, nak lebih berkesan baca lah Al-Quran dan buat solat ! InsyaAllah dengan mengadu padaNya, kita akan mendapat ketenangan.

Sekian, terima kasih. 

p/s: Sedang menghadapi tekanan yang teramat maksimum ! Tapi sedang cuba untuk menconvertkan tekanan  itu kepada satu motivasi untuk lebih berusaha.


05 January 2011

sesembang petang yang berguna!

Assalamualaikum..

Dah lama kot aku terpikir nak buat entri ni cuma tak de masa je nak buat. Kalau ada masa pon, aku terbuat entri lain. Hi3~biasa lah kan, idea bukan nya selalu datang mencurah-curah bak air di sungai. Encik idea ni, masa kita perlukan dia..seru la macam mana pun dia tak kan datang. Kalau panggil bomoh suh seru idea tu pon belom tentu dia nak datang. Bukan main leliat lagi !

Setelah bermingguan berpenat lelahan dan bersengkang mataan menyiapkan 2 teks terjemahan, akhirnya penyiksaan aku berakhir ari ni selepas kedua-duanya sudah siap. Satu dah hantar petang tadi dan satu lagi, tinggal nak submit besok. Maka berakhirlah penyiksaan buat minggu ini namun minggu depan akan dapat lagi teks untuk diterjemahkan. What a busy life ! As a bati student~normal la kan ! Macam  tu la statement yang aku selalu dengar dari  cik Shera. Statement tu la yang selalu menemani kehidupan kami sebagai bati student. Boleh dikatakan every week ada je teks yang kami kena terjemahkan. Teks undang-undang plus teks berita dan macam - macam lagi lah ! Praktice make perfect ok !

Malam ni aku nak enjoy dulu walaupon besok kelas bermula jam 8 pagi. Merewang dulu dan lepaskan gian untuk mengupdate belog ni. Nampaknya aura kebersawangan dah ada di belog aku ni. Dah berapa ari aku tak mengupdate beliau.

Malam ni aku nak kongsikan maklumat yang aku dapat dari insan yang sangat aku kagumi, Encik Ibrahim. CEO syarikat anak-beranak Ibrahim. Masa cuti sem hari tu, aku lupa la pulak bila tarikh dan waktunya peristiwa hitam itu berlaku.

Pada satu petang yang damai dengan angin sepoi-sepoi bahasanya~fuhh ! Damai ya amat. Maka bersembanglah 3 orang hamba Allah iaitu encik ayah, puan mek dan cik aku.

Tengah syok nya menyembang tu, entah macam mana tetiba je boleh kuar pasal isu bacaan dalam sembahyang. Encik ayah cakap lelaki kena kuatkan bacaan waktu maghrib dan insyak. Betul ke? Seriously, sebelom ni aku tak tahu pon. Sumpah ! Baru ni kali pertama aku tahu pasal ni. So, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, maka aku pon mitak tolong lah encik google menerangkan pasal tu.

Aku pon taip lah "hukum bacaan kuat dalam solat". Nak tahu apa yang kuar? Taraaaaaaaa...

encik kucing melakukan aksi yang MELAMPAU~ euuuwwww..malu2 !
eh eh..bukan lah ! Ni hah benda yang kuar~


APAKAH HUKUM KUATKAN BACAAN DALAM MAGHRIB & ISYAK

APAKAH HUKUM MENGUATKAN BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB DAN ISYA',
APAKAH DALIL YANG MENYOKONG BAHAWA PERLU DIBACA SECARA KUAT PADA 2 RAKAAT PERTAMA SOLAT MAGHRIB DAN ISYA' SECARA PERSEORANGAN(BUKAN SECARA BERJAMAAH).

**********************
alitantawi

setakat ana tahu...

hukum menguatkan bacaan dalam solat maghrib,isyak dan subuh adalah sunat dan tidak wajib. dalilnya adalah amalan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepanjang beliau solat. wallahu a'lam.

******************
Tambahan thtl

Dalilnya yang masyhur ialah "Syallu kama ra`aitumuunii Usyalli" maksudnya "solatlah kamu sekelian sebagaimana kalian lihat aku solat."
[HR Bukhari-Muslim]

Lajnah Daaimah lil Buhuth KSA memfatwakan tatacara kuat perlahan itu hukumnya sunnah dan umat Islam disyari'atkan mengikuti sunnah ini. (Jld 6/392)

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufassal, madzhab Ahmad menetapkan, seseorang yg solat secara sendirian mempunyai pilihan samada nak baca kuat atau perlahan (1/220)

Maka, sunnah ini diberatkan dalam solat berjama'ah tapi dilonggarkan dalam solat sendirian. Sekian

sumber: http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/hukum-kuatkan-bacaan-maghrib-isyak.html

02 January 2011

Kaf ba ro kaf alif ta nun

Assalamualaikum..

Apakah yang telah aku tulis nun jauh di atas sana? Kaf ba ro kaf alif ta nun. Apakah itu? Cuba eja betul-betul. Itu bukan bahasa Jerman or what but bahasa JAWI. Eh eh..macam tu ke bahasa jawi? Cop2..bukan bahasa jawi tapi bahasa Rumi, cuma dieja mengikut bahasa Jawi. Apakah? Adakah penerangan aku ni jelas? Erm..aku pon tak paham apa yang aku jelaskan tadi. Nevermind~abaikan saja !

Tetiba je aku teringat cerita dolu-dolu yakni cerita Dunia Baru. Alah..masih ingatkah dikau? Semestinya lakonan Pierre Andre + Liyana + Ann Ngasri + Wan Alyas + Almy Nadia + mak Pierre Andre (aku lupa nama mak cik tu). Teringat dalam citer tu, mak Pierre Andre (Adif nama dalam cite tu) selalu sebut perkataan tu ! Ingat ya Mohd Adif, kaf ba ro kaf alif ta nun ~!! hik3..cam comel je kan !

Pada sapa-sapa yang kurang reti baca jawi, meh sini aku tolong ejakan. K.E.B.E.R.K.A.T.A.N ! cuba lagi sekali..K.E.B.E.R.K.A.T.A.N ! Ha...macam tu lah budak pandai ! K.E.B.E.R.K.A.T.A.N bukannya K.E.B.E.R.A.T.A.N. Keberkatan ni penting sangat kan? Rasanya semua dah tahu apa itu Keberkatan? (ces...perkataan "semua" tu yang tak leh blah. Bajet ada orang baca la ni) So, tak payah la aku membuang masa menerangkan siapakah itu encik Keberkatan. Ke ada yang tak tahu? Kalau ada yang tak tahu apa itu Keberkatan, aku sarankan supaya dia masuk tadika balik. Itu je yang mampu aku lakukan.

Keberkatan penting kan? Masa sekolah dulu, ayah selalu pesan~jangan lawan cikgu. Nanti tak berkat. Bila ingat balik sweet je masa dolu-dolu. Bila ayah kata camtu, aku pon dengan perasaan ingin tahu dan gila-gila bahasa ni pon tanya ayah ~"Kalau dengan cikgu cina pon kena hormat jugak ke? Dia bukannya Islam. " lelebih kurang camtu la dialog aku ngan ayah dulu-dulu.

Haaa..kalau dengan cikgu kita kena hormat, apatah lagi kedua orang tua kita. Memang WAJIB ! No excuses. So, sebagai anak yang cun and hensem~perlu lah menghormati mereka terutama skali si IBU ! Bayangkan lah selama 9 bulan kot duk bawak kita ke hulu hilir..dah la berat. Nak nak kalau anak tu beratnya 3 kilo lebih..yang tu tak termasuk dengan alahan lagi. Termuntah sana muntah sini~

Belum lagi termasuk keringat mereka untuk menyara kita. Kalau di campur-campur semua tu, memang tak kan  terbalas jasa mereka. Sebab tu lah kita wajib menghormati dan menyayangi mereka. Walaupon kita tidak mampu membalas jasa mereka, sekurang-kurangnya kita menjadi anak yang boleh MEMBAHAGIAKAN mereka. Semua tu dah cukup !

Fenomena sekarang ni sudah jauh berubah ! Anak-anak sudah tak menghormati dan hilang kasih sayang kepada kedua ibubapa mereka lagi. Mereka lebih pentingkan orang luar yang baru mereka kenali tak sampai sesaat pon. Mereka sanggup memilih orang luar yang baru dikenali berbanding Ibu Bapa yang bersama mereka seumur hidup. Kalau yang dah kawin pulak..sanggup lebih-lebihkan si isteri berbanding si ibu. padahal isteri ni kita baru kenal dan belum tentu akan bersama kita di masa kita susah tapi si ibu dan ayah ni akan selalu menerima kita tak kira kita macam mana. Miskin kah kita, cacat ke kita..dorang tetap terima kita.

So, sanggupkah kita menyakiti hati orang yang sanggup menyayangi kita sampai macam tu sekali? Cuba fikir la kan..isteri or suami kita belom tentu akan buat macam tu kat kita kan? Ada sesetengah tu, bila isteri jatuh sakit..terus je kawin lain. Apa kes?  Sudahnya mak bapak jugak la yang jaga kita. Ha...fikir-fikirkan lah !

Sekurang-kurangnya kita cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati mereka. Walau sebesar zarah sekali pon mereka terasa dengan kita..HABISLAH ! Bersedia lah menerima hukuma Allah. Jangan lah menjadi anak yang derhaka kerana anak yang derhaka tidak akan senang di dunia dan akhirat.

Sama-sama lah kita mengambil iktibar daripada kisah-kisah anak derhaka yang disiarkan di tv-tv. Walaupun itu hanya lakonan namun cite-cite tersebut banyak memberi pengajaran dan membuat kita berfikir tentangnya. Tidak mustahil hukuman-hukuman seperti itu menimpa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa. Semua ni adalah urusanNya. Tak ada yang mustahil bagiNya.

So, sama-sama lah kita berubah. Keberkatan adalah penting dan untuk mendapat keberkatan, salah satu caranya ialah dengan mendapat restu daripada kedua orang tua ~!! Untuk mendapat restu mereka, kita perlu patuh dan mengembirakan mereka selagi mereka tidak menyuruh kita membuat keburukan dan melanggar perintah agama.

Sekian, terima kasih.

p/s : Sayangilah mereka selagi ada waktu dan mereka ada bersama kita. Tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka !

01 January 2011

~hari pertama tahun baru~

Assalamualaikum.

Hari ni bersamaan dengan 1 januari 2011. Santek sangat tarikh hari ni. Bermulanya detik 12 malam semalam, maka berakhirlah tahun 2010 dan secara automatiknya telah berlaku satu perubahan pada diri aku. Apakah perubahan itu? Hi3..aku menjadi KURUS ! Oh tidakkk..agak mustahil disitu !Semestinya berat badan aku ni sukar untuk aku turunkan ! Semuanya salah encik telur la ni. Gara-gara encik telur goreng mak cik cafe la ni, badan aku menjadi sebesar ini. oh aku merindui zaman kekurusan aku dulu walaupun dulu aku tak lah sekurus mana. bermulanya detik 12 malam, maka umur aku semakin berganjak ! Maknanya aku semakin TUA ! Oh tidak ! Muda lagi okay~baru 22 taon kot ! sweet twenty two !hi3

Permulaan tahun baru yang agak tidak menyenangkan ! Tengah duk asyik-asyik aku menstalker wall kawan-kawan, aku telah dikejutkan dengan satu berita yang mengemparkan ! (agak over disitu ). "agak" menggemparkan..! Apakah? Urm..kematian salah seorang pelakon muda. siapakah dia? Kematian yang tidak di sangka. Sungguh tidak sama sekali kita menyangkakan yang arwah akan meninggalkan kita untuk mengadap penciptaNya. Arwah adalah En. Faizal Yusof. Seriously, aku agak minat lakonan arwah dan arwah meninggal pda usia yang agak muda. Sungguh mengejutkan.

Memanglah kematian tu tidak mengenal usia..tak kira muda atau tua. Bila dah ajal menjemput, tak de sape pon yang boleh menghalang. macam yang pernah aku cite dalam  entri sebelum ni.Kematian tu rahsia kan. So, apa lagi yang boleh dilakukan selain mempersiapkan diri untuk mengadapNya pada bila-bila masa saja. Setiap orang melakukan kesilapan dan aku sendiri banyak melakukan kesilapan sepanjang menjadi makhluk di bumi ini. Perubahan yang kita perlukan. Berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. cettttt...agak alim kata-kataku ini. Bukan nya nak bagi ceramah tapi itulah hakikatnya. Kita tidak lari dari melakukan kesilapan, dan bila sedar..cuba mengubahnya dan jangan ulangi. Macam aku sekarang, aku cuba untuk tidak mudah melatah dan boleh mengawal diri supaya tidak menjadi " pemprotes dalam diam".Kalau sebelum ni aku ada seorang yang suka menunjukkan sikap protes dengan mendiamkan diri tapi sekarang, aku cuba untuk berubah. Hik3..InsyaAllah !

So, diharapkan dengan bermulanya tahun baru..segala-galanya menjadi baru. Perlu upgrade kan niat dan perbaiki apa yang kurang dalam diri ini. Kadang-kadang terima lah pendapat orang lain.

Entri ni aku tujukan kepada diri aku sendiri dan kawan-kawan. Diharapkan kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik kepada Pencipta kita, ibu bapa, orang disekeliling kita dan kawan-kawan. Sekian, terima kasih.

ni lah Faizal Yusuf..bekas suami Siti Nurdiana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...