"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

29 December 2011

Exam oh Exam !

Assalamualaikum.

Yeay ! Dah berkurun aku tak update. Entah lah, ada je hati nak update tapi biasa lah kan. Banyak kerja yang lebih penting. Kalau ada masa free pon, banyak masa aku habiskan dengan selongkar-selongkar mukabuku. Last update masa birthday aku dulu, bulan 10. Oke la tu kan..2 bulan skali update. Hohoho

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2012 kan ? Cepatnya masa berlalu. Tahun 2011 dah nak berlalu. Ada sehari je lagi. Hari ni hari Jumaat last bagi tahun 2011. Semoga tahun yang akan datang lebih baik dari tahun sebelumnya ! Tahun depan InsyaAllah aku dah grad ! Mungkin ni exam terakhir yang aku perlu ambik sebab next sem, kemungkinan semua paper 100% koswork. So, dah tak de final exam.



4 haribulan dah mula exam tapi satu habuk pon tak de dalam kepala otak aku ni. Baca tapi sikit sangat yang masuk dalam kepala ni. Kenapa eh ? Adakah aku sudah tua ? Kapasiti otak dah penuh kot tak pon dah banyak virus, so tak leh nak save maklumat baru lagi dah. Kena format dulu kot ! Kalau lah otak ni macam komputer, boleh format-format kan ? Eh bahaya jugak ! Kalau lah format, nanti semua benda alah dalam tu hilang. Allah s.w.t dah cipta manusia dengan baik oke ! Macam mana ciptaan manusia boleh menandingi ciptaan Allah s.w.t ? Mustahil kan ?

Semoga aku boleh fokus dengan apa yang aku baca. Dalam otak ni hanya duk pikir nak balik kampung cepat-cepat je ! Tak sabar menunggu ! Lepas exam kita balik kampung ya. Oh kampung Gelong Badak Hulu, nantikan kepulangan hamba oke. Abis je exam, hamba akan segera pulang menemui orang-orang kesayangkan hamba ! Yeay !

29 October 2011

Saya muda lagi oke.

Assalamualaikum.


PERHATIAN : sila abaikan tarikh di atas. Tarikh sebenar adalah 30 Oktober 2011 . Pukul 2.18 am.

Pada malam ini. Detik ini. Waktu ini. Saat ini. Ini ini... aku terbuat entri khas. Ye la kan..saje je menggedikkan diri menaip entri sempena hari kelahiran aku yang ke-(rahsia). Tak leh announce kat sini..nampak sangat tua oke. So, pada malam ni. Sempena hari kelahiran aku, aku berharap :-

a) Mek dan Ayah sentiasa diberkatiNya .
b) Mek dan Ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Nya.
c) Mek dan Ayah sentiasa berbahagia dan gembira
d) Mek dan Ayah dipanjangkan umur dan dapat melihat kami semua berjaya
e) Mek dan Ayah dimurahkan rezeki
f) Mek dan Ayah mendapat menantu-menantu yang baik.
g) Keluarga kami sentiasa diberkatiNya
h) Kasih sayang antara kami sentiasa bertaut dengan izinNya
i) Kami berjaya menggapai RedhaNya
j) Kami dapat membahagiakan Ibu bapa kami.
k) Semoga perniagaan abe yie semakin maju
l) Semoga perniagaan abe liah semakin maju
m) Semoga usaha Mek dan Ayah membuahkan hasil
n) Semoga kami adik-beradik mampu membuatkan Mek dan Ayah bangga dengan kami
o) Semoga adik membesar menjadi adik yang berguna dan membanggakan kami semua
p) Semoga anak-anak sedara aku - Nurul Ainul Izzati dan Muhammad Aqeef Darwisy- membesar dalam suasana yang baik dan berjaya membanggakan kami semua.
q) Semoga kak ila, abe yie dan abe jie bahagia dan berjaya
r) Semoga hubungan kekeluargaan kami akan KEKAL selamanya



Itu je kot harapan aku kali ni. Semuanya berkisarkan keluarga aku. Sebabnya mereka adalah segala-galanya bagi aku. Jika mereka bejaya dan bahagia, that's mean aku juga berjaya dan bahagia. Tanpa mereka, siapalah aku. Especially Mek dan Ayah aku.

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat Mek dan Ayah yang membesarkan aku dari seberat 2.8 kg hingga mencapai berat sekarang *malu nak nyatakan berat sebenar*. Anak Mek ngan Ayah sudah semakin gemok sekarang. Adakah hati senang ? Hehe.

Terima kasih jugak diucapkan kepada penaja-penaja aku. Penaja yang tak pernah jemu menaja perbelanjaan aku time aku sengkek. Biasiswa daripada mereka- Kak Ila, incik abang ipar,  Abe yie dan Abe Jie amat aku hargai. Kalau tanpa biasiswa dari mereka, siapa lah aku kan ? Harap nya lepas ni mereka akan terus berikan biasiswa apabila diperlukan.

Terima kasih jugak diucapkan buat kengkawan yang pernah hadir dalam idup aku. Semua la..tak nak mention sape-sape coz risau nanti ada yang terasa ati if aku tak mention nama beliau kat sini. So, ambik langkah yang lebih selamat..tak yah mention sape-sape. Kengkawan yang pernah hadir dalam diri ini semasa zaman kanak-kanak, pertengahan remaja, zaman remaja, dan sekarang zaman agak dewasa. Eh eh..dah masuk zaman dewasa ke ? Rasanya belom lagi kot. R.E.M.A.J.A lagi oke.

Juga terima kasih buat incik dan puan cikgu-cikgu yang pernah ajar aku selama ni. Tanpa jasa baik cikgu, tak de la aku berjaya jejakkan kaki di menara gading yang tak bergading ini. Terima kasih sebab bersabar dengan sikap aku yang nakal bagai nak gila ni. hehe

Last, terima kasih buat "dia" sebab menyedarkan aku. Aku gembira bila "dia" wish birthday. Terima Kasih. At least, tak de la aku rasa bersalah sangat. Ingatkan aku ada buat salah sampai "dia" mendiamkan diri. Oke, aku mitak maaf andai aku ada buat salah dengan engkau. 0-0 boleh ?

Itu je kot. Saje nak menggedikkan diri menaip entri. Mulanya nak tulis ringkas je..tapi terpanjang la pulak. Nak sambung buat report yang terbengkalai. Sila berikan semangat kat aku oke. Aku terpaksa menghadapi minggu yang mencabar sebelum balik bercuti. Yeay ! BERCUTI DAN HARI RAYA ! Yeay ! Yeay ! Tapi sebelom tu..terpaksa siapkan 2 report + 2 Test + 1 presentation = GOOD LUCK ZIHA !

Terima kasih.

p/s : actually aku bahagia malam ni !

07 October 2011

Ya ! Aku lemah !

Assalamualaikum.

Aku akui..aku sangat lemah. Aku lemah untuk menuturkannya. Aku lemah untuk mengakuinya. Aku lemah untuk melupakannya. Semuanya aku lemah. So, aku yang salah kan ? Ya..memang salah aku. Bukan salah sesiapa. Bukan salah kamu. Bukan salah kamu dan kamu dan kamu. Bukan juga salah beliau. Tapi salah aku. Kenapa aku yang salah ? Sebabnya aku lemah ?

Baru aku sedar..aku hanya khalifah di bumi ini. Aku bukan sesiapa. Bukan seorang perdana menteri. Bukan juga anak raja. Apatah lagi seorang pemerintah. Aku hanya manusia biasa. Manusia yang tak reti bersyukur dengan apa yang ada. Aku tetap mengharapkan sesuatu yang lebih. Kenapa ? Kenapa ? Usahlah bertanya soalan kenapa. Sebab sudah lumrah manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang ada.

Kenapa aku lemah ? Sebab aku tak mampu melakukannya. Dah berbuih aku cuba. Aku tetap tunduk dengan perasaan sebagai seorang manusia. Walaupun dah berulang kali aku ingatkan, aku tetap terleka. Adakah memang sikap manusia? Cepat terleka dengan perhiasan dunia dan dosa semata-mata ? Ya..sememangnya itulah manusia. Kenapa manusia terleka ? Itulah kerja si syaitan . Yang berusaha untuk melekakan manusia. Tak kan pernah berputus asa. Niat untuk menyesatkan cucu cicit Nabi Adam A.S mesti ditunaikan. Itulah mereka..Yang tak pernah kenal erti penat lelah. Demi menunaikan satu sumpah. Tahukah kita ? Syaitan telah bersumpah bahawa akan menyesatkan kita manusia. Ya..kita manusia ! Kita lah !

Sekali lagi aku rasakan diri aku lemah. Tetap akur dengan dunia. Tanpa menilai baik buruknya. Itu lah aku..manusia yang tak punya apa-apa. Aku hanya pentingkan dunia. Padahal akhirat sana yang nyata dan selama-lamanya. Sungguh ! Aku tak nak ! Tak mahu ! Juga tak hingin ! *eh..apa aku mengarut ni?*

Mesti pelik kan kenapa tetiba je mood aku berubah..macam orang sedang mengalami proses penuaan je gamaknya. Itu lah yang sebenarnya yang berlaku. Umur dah semakin meningkat. Sekarang dah bulan 10. Tak lama lagi masuk tahun 2012. Makin tua kan ? Itulah kita..masa tak pernah menunggu kita dan kita juga tak kan mampu untuk mengejar masa andai dia telah meninggalkan kita.

Apa yang aku harapkan kini semoga aku cepat lupa ! Lupakan segala-galanya. Semuanya dusta dan menjadikan aku gila ! Aku tak mahu terus alpa dan lupa. Aku mahu kembali keadaan sedia kala.

Semoga Allah S.W.T ampunkan dosa-dosa kita. Semoga Dia telah menyediakan yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan. Pasrah lah dan berdoa. Akan ku lakukannya. Untuk menjadikan aku kembali kuat. Ya..aku perlu kuat. Kuat sekuat-kuatnya.

p/s: Otak yang sedikit tertekan menjadikan aku tak mampu berfikir sewarasnya.

04 September 2011

perlu ke hebahkan satu dunia dia ni MILIK aku ? Aku ni MILIK dia ?

Assalamualaikum.

Tahu tak..kita ni milik ALLAH S.W.T saja. Tak de sesape boleh mengatasi kuasa tu. Si dia tak de kuasa nak MEMILIKI kita sebab hanya ALLAH S.W.T yang MENCIPTA kita dan hak ciptaNya terpelihara. Tak de sesape yang boleh copy paste or klon or whatsoever atas dunia ni. Dia yang CIPTA so milik Dia lah kan. Tak kan jadi milik orang lain yang langsung tak de sumbang pape kat kita ! ALLAH je yang mampu memiliki kita.

agak naik menyampah bila ada sesetengah orang siap announce dalam laman sosial macam twitter + facebook + blog segala bagai yang dia ni milik si bla bla bla..si bla bla bla ni milik dia. *You jeles kah ?*. Hello..tak de masa nak jeles aih. Cuma agak naik berbulu bila baca benda macam tu. Orang lain pon BERCINTA jugak..agak-agak lah kan? Memang lah tu hak peribadi tapi agak-agak la wei. Jangan sampai orang meluat and sampai satu tahap, orang akan cakap *Aku harap la si polan ni ada gf lain. Baru dia tahu..lain kali jangan heboh-heboh sangat*. Kalau nak bercinta dan meluahkan perasaan cinta, cuba lah hormat orang di sekeliling. Bukan nak menyibuk atau jaga tepi kain orang tapi cuba la pikir, maybe ada certain people can accept that but there are also those who cannot accept it at all. *Alah..kau cakap macam tu la sebab kau jeles, kau tak de pak we*. Lagi sekali aku cakap..aku bukan JELES. Langsung tak de istilah JELES pon terlintas dalam pikiran.

Aku tak kisah if someone tu gunakan relationship status like in relationship with si polan, married with si minah or whatsoever. Maybe dia nak bagitahu orang lain yang dia ni dah berpunya so tak yah mimpi nak masuk jarum. Its ok and aku langsung tak kisah but yang aku agak terkisah if siap announce lagi yang dia tu milik si dia... Kalau aku terbaca benda macam tu, aku tertanya-tanya.. "Bukan ke kita semua MILIK ALLAH S.W.T ?" Setahu aku, Dia yang ciptakan kita dan for sure, setiap manusia malah pokok-pokok dan haiwan semua milik Dia.

Kadang-kadang rasa nak tergelak. Asal update status je.."CINTAKU HANYA UNTUK SI DIA SELAMANYA". Ces..macam lah dia ada kuasa untuk meramal masa depan. Kita tak tahu apa yang akan berlaku in future. Mana tao..kot-kot lepas ni kita terfall in love with someone else. Even dah kawin mawin, still boleh cerai berai. Perasaan ni kita tak boleh jangka tapi harap-harap ALLAH S.W.T tetapkan perasaan kita. "Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia". Cewah..aku terpalsapah sesaat. Tercopy dari incik google.

Dikesempatan ini, aku nak ambik peluang untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Minta maaf atas segala kesilapan, keterlanjuran dan kekasaran yang dilakukan. Mungkin ada sesetengah orang tak menggemari penulisan aku di sini. Mungkin penulisan aku ini termengguris hati si pembaca. Pape pon, aku mitak maaf. Hanya meluahkan apa yang dirasa dan langsung tak de kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Sekian, terima kasih.

17 August 2011

Hari raya, lagu raya, baju raya, biskut raya,mood raya, hantu raya *er...hantu raya termasuk gak ke*

Assalamualaikum

Selamat hari rabu dan selamat menjalani ibadah puasa yang berbaki tak sampai dua minggu je lagi. Since we are in raya mood, aku terbuat entri pasal raya. Actually tak plan pon. Hari ni aku masuk kerja awal and before 9 am, aku ada masa lagi nak berpoya-poya di laman blog. *eh macam lah lepas 9 am ko dah tak leh nak berpoya-poya*. Ok fine..aku masih boleh.

Seriously, aku sedih giler-giler. Dah lah duk jauh dari kampung, asal bukak je radio..mesti dengar lagu raya. Balik balik..lagu raya je yang dj putarkan. Macam lah tak de lagu lain. Bukan apa..aku sebak kot. Kalau dah duk kat kampung, tak pe lah jugak. Sudahnya aku tutup radio, layan youtube. Baru lah tak de lagu raya.

Tapi..agak sedih. Dah la duk jauh dari kampung, balik lambat pulak tu. *hello..nasib baik boleh balik taw. Orang lain beraya di perantauan, tak kecoh pon*. Ok fine. Tapi aku tetap nak kecoh.

Tapi kan..kalau duk jauh, then dekat raya baru balik..baru lah terasa kan ? kan ? Mesti happy giler time naik kete nak balik kampung tu..sure menyanyi-nyanyi lagi dalam kete tu. Wah..tak sabarnya. Sekarang ni, menghitung hari je lah yang aku mampu. Tak sabar-sabar nak tunggu 28 hb. InsyaAllah..boleh balik kampung dan jumpa orang-orang tersayang di sana ! Orang kesayangan hamba !~!!

Biasanya time raya lah semua sedara kumpul then macam-macam cerita keluar. Time raya jugak lah duit banyak abis. So, guys out there..bijaklah mengatur perbelanjaan anda. Jangan lepas raya..makan maggie sudah. Time raya, banyak benda kena tukar + beli. Asal pergi belanja je..nak beli tu, nak beli ni. Padahal tak penting pon. *Suka ati aku lah..duit aku. Tak mitak duit kau sesen pon* Hehehe..ya lah. Memang la tak mintak tapi nak ingatkan saja. Kalau kau mintak pon, aku tak kan bagi nyer.

And one more thing, pandu lah dengan cermat. Bagi sesape yang memandu tu, tingkatkan tahap kesabaran anda. For sure jalan akan jammed lebih-lebih lagi jalan ke negeri-negeri di pantai timur. So, jangan terburu-buru dan amalkan sikap sumpah seranah. Kan tak pasal-pasal kurang pahala puasa. Banyakkan sabar..PANDU CERMAT JIWA SELAMAT dan INGATLAH ORANG TERSAYANG.




okeh~sila abaikan tarikh di gambar tu. Aku nak wish "Selamat Hari Raya" siap-siap lah takot tak sempat lepas ni nak buat entri. Sampai sini je kot..InsyaAllah, panjang umur aku tulis lagi.

p/s: Sila main mercun banyak-banyak ok. Nanti mana tahu kot-kot boleh beraya di hospital dengan ditemani nurse cantik dan doktor hensem.


Study vs Kerja ? which one ?

Assalamualaikum..

Nampaknya dah lama aku tak update blog ni. Kali ni juga aku akan gunakan alasan yang sama. BIZI ! Tapi kali ni, bizinya lain sikit. Kalau sebelum ni, aku bizi memerah incik otak BUT sekarang..kebizian bekerja. *actually bukan lah bizi sangat, drama je lebih. Kalo ada time free, bermukabuku je memanjang*. Idea dan niat tu ada untuk mengupdate tapi keterbatasan waktu dan ada benda yang lebih penting yang perlu di utamakan.   "UTAMAKAN YANG UTAMA KERANA YANG UTAMA ITU LEBIH UTAMA". *errrkkk...agak-agak, mukabuku tu termasuk dalam kategori yang UTAMA ke?*

Terasa rindu pulak nak mencarut  menulis dalam ni. Ya lah kan, after almost 4 months aku tak update belog ni. Last update bulan Mac~lama kot ! Bila dah tinggal lama, malas pulak nak start balik. Macam sembahyang tarawikh jugak la kan. Kalau dah mula dari ari pertama solat tarawikh, mesti sayang nak tinggal kan? Tapi cuba kita tak pg sembahyang tarawikh dari 1st day lagi, for sure rasa liat nak p.


Entri kali ni aku tak nak cakap banyak lah. Just nak cakap "Dunia pekerjaan lebih mencabar berbanding dunia belajar". Itu pada pendapat aku lah..but i dont even know about the others. Maybe orang lain ada pendapat yang berbeza dari aku kan ? Kan manusia di lahirkan dengan perbezaan pemikiran. So, for sure lah pendapat kita ada yang sama dan berbeza-beza. Mungkin ada orang prefer kerja dari belajar and mungkin ada yang sebaliknya macam aku ni. Lebih suka belajar dari kerja.


Kenapa aku lebih suka belajar dari kerja ? Alasannya..

1) Kena bangun pagi-pagi then bersiap pergi kerja. "bukan ke study pon kena bangun awal2 pagi jugak ?". Hello..time study, kadang-kadang je ok kelas kol 8 pagi. Paling tidak pon, 2 kali je seminggu tapi kalau kerja..5 hari lah jawabnya.


2) Kena pakai formal. itu lah masalahnya. Aku bukan jenis yang suka formal sangat. Bangun-bangun je tido..terus pikir nak pakai baju apa erk ari ni. Kalau study, pakai je apa yang ada. Jeans dengan slipar jepun pon ok as long as pakai baju. 


3) Kena kol sana kol sini. Apakah ? haa..yang ni super super annoying. Seriously, sangat tak suka bila kena kol sana kol sini. Lagi-lagi kol orang yang sama dua tiga kali then bila kita cakap, dia tak paham or ada miscommunication. Rasa tang tang tu jugak nak hempap tepon atas meja ni tak pon pergi sekeh-sekeh je kepala orang tu. 


4) Time kita nak cepat, mesin pulak buat hal. Yang ni memang selalu sangat berlaku dekat aku. Mesin apakah ? Mesin macam-macam. Mesin fotostat, printer and macam-macam lah. Memang hilang sabar. Nak nak kalau bos bagi kerja then nak cepat. Masa tu jugak lah dia buat hal. Nasib baik hak pejabat, kalau hak aku sendiri..*tak mampu nak sambung ayat seterusnya*


5) Tertekan tiap hari. Kalau time kerja, bangun je tidor..otak ni automaticly akan pikir "agak-agak, apa pulak la akan berlaku ari ni". Hampir everyday aku pikir pasal tu..mana tak nya, hampir tiap ari mesti ada je benda yang berlaku. Kalo time study, tertekan time nak hantar assignment + ada exam + test + presentation je. 


Rasanya cukup la kot aku bagi 5 reason. 

Ternyata dunia pekerjaan lebih mencabar berbanding dunia belajar. Terima kasih Allah sebab bagi aku peluang untuk merasai dan menghargai betapa indahnya dunia belajar. Kalau sebelum ni, aku macam tak sabar-sabar nak abis belajar then nak kerja but from now on, rasa macam tak nak kerja..nak belajar je sampai sudah. Boleh tak ? Belajar sampai ke tua. Nanti umur dah 60, masih lagi duk kat u. Boleh ke macam tu ? Tapi kalau aku belajar je..mana nak dapat duit eh ? Lagi satu, ada ke u nak trima lagi? Dah tua gayut..nak jalan pon dah tak larat apatah lagi nak berkejar sana sini attend lecture. Tak boleh tak boleh..nak tak nak, aku kena kerja jugak. Apa guna belajar kalau tak nak kerja...kan ?

Papepon~setiap orang terpaksa hadapinya termasuk aku. Belajar then kerja. So, tak yah duk menggatai sangat nak elakkan unless lah aku ni kawin dengan orang kaya. Tak yah kerja..duk umah goyang kaki je. *berangan sat*


Ok..agak berjela entri kali ni. Macam tak de idea nak cakap tapi bila dah taip, agak berjela.. So, aku stop kat sini je lah dulu. Terima kasih pada yang sudi baca *eh..macam lah ada yang nak baca*. Ok fine ! Takde sape nak baca.. *dengan muka tak puas ati*.


Trima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi :-)



19 March 2011

ESCAPE EARTH 2012 TICKETS

Assalamualaikum..

Agak berkurun belog ini tidak ku jenguk ! Bukan setakat bersawang..semua hantu pocong + pontianak dah buat sarang kat dalam ni. Ades..sebut pasal hantu lak malam-malam ni. Seram kot ! Dah la duk sorang-sorang lam bilik waktu-waktu camni. Eh..bukan biasanya memang ko duk sorang pon kan? ~Abaikan ~!!

Apakah sebabnya aku tidak mengupdate belog ? Semestinya kebizian yang melanda ! Bizi tok sah duk cite lah..kalo nak cite, memang tak kan habis okeh ! Jadi lebih baik tok sah cite dan straight to the point !

Nih ada benda nak kongsikan dengan korang ! Lepas balik makan tadi, godek-godek la facebook ~Konon-konon nak ambik mood untuk sambung buat assignment lah. Sudahnya assignment entah kemana, aku entah kemana. Nasib lah..

Masa jalankan misi godek mengodek tuh, terjumpa lah artikel yang di pos oleh encik rakan..tertarik dan terus terpikir nak wat entri. Dah lama kot aku tak tambah entri baru.

Sebelum aku cakap pape..tengok dulu gambar kat bawah ni ! 


hahaha~susah kalo orang terlebih pandai. ingat dia tu hebat sangat nak lawan kuasa Allah s.w.t.

The world apocalypse is approaching, but it doesn’t have to be the end!

"Book tickets now for yourself, family, and friends to ensure safe passage to the new world.
The world as we know it will end December 21, 2012! Luckily you can save yourself and loved ones from the Earth’s apocalypse by booking your tickets now aboard the USS Ark 2012 escape ship. What is the USS Ark 2012, you ask? It is the one and only Earth escape spaceship that will provide safe passage to a new habitable planet in the event of Armageddon in 2012."

Imagine it is December 21, 2012 and you’ve just gotten the news: The world is in fact going to end. What are you going to do now? You’ve only got a few hours, if not just minutes until it’s all over. People are running around like crazies trying to figure out what to do. But you aren’t worried because you booked your Escape Earth Tickets well in advance. You and all your loved ones are safely whisked away to a new Earth-like planet to start new.
SPACE IS LIMITED SO ACT QUICKLY!
EscapeEarth2012.com is the only official provider of tickets to escape Earth’s impending doomsday, not to mention the only way to ensure your survival. In fact, we offer a 100% money back guarantee that you will survive 2012 Armageddon! 

FIRST CLASS PACKAGE
This package has everything you need to safely complete your journey to the New World.
  • One way ticket (for 1 individual) aboard the USS Ark 2012 Escape Ship to the new world
  • Includes one single sleep pod
  • Intergalactic Passport ID Card to seamlessly make it through any wormhole checkpoint or space customs

                                                                                                                                          $24.49

SUPERLUMINAL PACKAGE
Travel with style. This package has everything you need to safely complete your journey to the New World plus some extra bonuses.
  • One way ticket (for 1 individual) aboard the USS Ark 2012 Escape Ship to the new world
  • Includes one luxury suite sleep pod with flat screen TV, starlight window, & mini bar
  • Intergalactic Passport ID Card to seamlessly make it through any wormhole checkpoint or space customs
  • 2012 Guide Book with important facts you will need to know
  • Superluminal Travel Card - Gain VIP access to exclusive areas of the USS Ark 2012 including the Officers Lounge, 360 degree Stargazing Deck, and Zero Gravity Room

                                                            $44.99
 So, amacam? Tertarik tak? Kalo tertarik boleh lah cepat-cepat beli ! Sebab tiket dia terhad ! eh eh..macam tiket perlawanan bola lah pulaks. "Beli lah..mana tahu kot-kot terselamat."

Adoi..susah sangat kalau orang dah terlampau pandai. Sampaikan kuasa tuhan pon dia nak halang. Kalo kata "benak" marah tapi hanya tu je lah kata-kata yang sangat sesuai dengan situasi sekarang.

Mungkin dorang tak percaya dengan kuasa Tuhan, sebab tu lah dorang tak terfikir semua ni. Dasyat lah..

Kiamat tu datang secara tiba-tiba encik oii, entah sempat ke tidak korang nak larikan diri.  ops..salah. sepatutny aku tak guna ayat "entah sempat ke tidak" tetapi guna ayat "MEMANG TAK SEMPAT" !


Untuk rujukan lebih lanjut kalau anda berminat, sila lawati lepaskan diri dari kiamat?

11 February 2011

Kanser Servik dan wanita dan aku dan kamu kamu kamu !

Assalamualaikum..

Tak nak merepek panjang. Biar lah tajuk di atas tu ceritakan segalanya !



Aku tertarik dengan penyakit ni ! Tadi masa pergi jumpa encik doktor, aku terbaca artikel berkaitan dengan penyakit ni. Tak banyak yang aku tahu pasal penyakit ni then bila balik, aku cuba google search. Dan...ini lah hasilnya yang aku dapat :-

Simptom-simptom :-
  • Mengalami batuk yang berterusan serta kahak berdarah.
  • Merasa sakit/ketidakselesaan di bahagian perut yang berterusan.
  • Mengalami pendarahan pada bahagian hidung dan pekak atau masalah pendegaran/berdengung.
  • Mempunyai suara yang serak atau garau lebih dari 2 minggu.
  • Mempunyai luka/benjol di dalam mulut yang berwarna merah atau putih.
  • Mengalami ketumbuhan atau benjolan di sekitar leher.
  • Mengalami perubahan dalam amalan membuang air besar.
  • Benjolan atau sebarang perubahan di bahagian payudara.
  • Pendarahan yang keterlaluan di bahagian kemaluan wanita antara tempoh haid atau selepas putus haid.
  • Ketuat pada bahagian kemaluan.
Kanser servik ini boleh juga berlaku kepada remaja..bukan nya orang tua saja. Sesiapa sahaja boleh mengidap penyakit ini dan tak mustahil kita adalah salah satu daripadanya. Diharapkan kita dan ahli keluarga kita terkecuali daripada penyakit ni. Aminnnn...

21 January 2011

Apa susah..TERJEMAH je lah !

Assalamualaikum..

Apa susah..TERJEMAH je lah ! Tengok tu, awal-awal lagi aku dah ulang tajuk entri kali ni. Dah agak lama aku tidak mengupdate belog aku ni. Dah bersawang + reput dah belog aku ni. Bukan tak nak mengupdate belog cuma aura kebizian sedang melanda diri ini semenjak dua tiga menjak ni. Biasa lah kan..dah jadi budak tahun dua, sem depan dah boleh jadik super duper senior. Hohoho..tidak sabar menunggu saat itu ! Akan ku buli junior-junior. Cett...sila jangan percaya ! Itu hanya lah lakonan semata-mata. Saya ni baik orang nya..berbudi bahasa gitu ! Hahaha.

Mesti orang-orang ingat kerja penterjemah senang kan? Ya lah..apa susah, TERJEMAH je lah ! Tu dia...kalau lah kerja-kerja terjemahan ni semudah ungkapkan kata di atas tu. Mesti ramai yang boleh jadi penterjemah. Kalau lah mudah untuk menterjemah ayat, mesti tak de kursus TERJEMAHAN dan INTERPRETASI di USM ni. Ya lah..semua orang boleh jadi penterjemah, so penterjemah dah tak de guna kot.

Okay..untuk langkah pertama, apa kata korang cuba translate ayat ni  "I COULD EAT A HORSE".
Ayat tu senang je kan.  I=SAYA, COULD=BOLEH, EAT=MAKAN, A= SEEKOR, HORSE= KUDA. mudah kan? Simple vocab !

Amacam, boleh tak?? Mesti ada yang terjemahkan "SAYA BOLEH MAKAN SEEKOR KUDA". Kan?  Kan ? Sapa yang translate macam tu? Baik mengaku cepat !

Kalau lah ada yang translate macam tu..izinkan aku gelak dulu ya. Hahahahaha (gelak tergolek-golek atas simen).

Tu dia..."SAYA BOLEH MAKAN SEEKOR KUDA" ! Boleh ke? Logik ke nak makan seekor kuda yang besar gedabak tu? Kuda belang ke kuda apa cik kiah oi?

Okay-okay..meh sini nak kasi tahu sikit ! "I COULD EAT A HORSE" ada makna konotasi dia. Ayat tu kena terjemah berdasarkan konteks ayat. Okay..kalau kita terjemahkan kepada "SAYA BOLEH MAKAN SEEKOR KUDA". Agak-agak, kelakar tak terjemahan yang di hasilkan?

So, berdasarkan apa yang aku pelajari sepanjang setahun setengah lebih-lebih ni, ini lah terjemahan yang boleh di hasilkan "SAYA TERSANGAT LAPAR". See...itu lah terjemahan dia ! bukan nya 'SAYA BOLEH MAKAN SEEKOR KUDA".

Tak pa-tak pa..aku dulu pon terjemahkan macam tu jugak. Ya lah..masa tu kan baru first year dan tak tahu lagi pasal makna-makna konotasi kebende ni. Yang aku tahu..buat terjemahan literal je lah. Terjemahkan satu satu perkataan dia.

So, masih fikir yang kerja-kerja penterjemah ni senang ke? Tu baru ayat yang simple..pon dah pening nak pikir terjemahan dia. Kalau ayat yang lagi susah, macam mana? Kalau ada yang masih fikir kerja terjemahan ni senang...cuba lah korang masuk kos Terjemahan dan interpretasi. Kalau tak nak lama pon, cukup lah korang masuk belajar selama seminggu. Nak nak korang masuk kelas interpretasi spontan. Cuba lah korang rasa betapa senang nya kos kami.

So, selamat mencuba ^_^

hihihi.... "I COULD EAT A HORSE". Yummmmy...arggggh (kenyang)

16 January 2011

Sayangi MEREKA bukan sakiti hati mereka ! MEREKA lebih mulia daripada kita.

Assalamualaikum.

Wah..besar gedabak aku punya tajuk kat atas tuh. Eh eh..bukan semua lah but perkataan MEREKA itu sengaja di besarkan. Kenapa? Aku buat tu bukan saja-saja okay. Ini adalah supaya "reader" or "readers" (if ramai yang baca entri aku ni" nampak betapa pentingnya MEREKA dalam hidup kita. MEREKA ialah MEREKA yang  terdiri daripada gabungan huruf konsonan dan vokal dan terletak berselang seli. Maknanya MEREKA saling memerlukan antara satu sama lain. Tu dia...merepek sudah !

Okay-okay..cikalang aku bagitahu siapa kah MEREKA itu. Agak-agak siapakah? Semestinya IBU AYAH kita lah !

Mood aku sekarang ni amat merindui MEREKA ! Rasa lambat sangat masa berlalu. Dah sebulan lebih tak menatap wajah- wajah MEREKA.

Kalau boleh aku nak je duk umah, menatap wajah MEREKA tiap-tiap hari. Menemani MEREKA di waktu-waktu petang. Menyesal rasanya aku tidak memanfaatkan masa-masa bersama MEREKA ketika aku kanak-kanak dulu. Seandainya aku tahu betapa siksanya kehidupan berjauhan daripada MEREKA, aku tak kan sia-siakan masa bersama MEREKA dulu. Tapi apakan daya..masa mana boleh di putar-putar kembali. Lain lah kalau aku ada poket doraemon. Kalau  aku ada poket doraemon, mesti aku pemes kan ! Ahaks..sepemes khairul fahmi gitu~wahh..sukanya  !

Eh eh.. berbalik kepada TAJUK diatas. Sayangi MEREKA bukan sakiti hati MEREKA ! MEREKA lebih mulia daripada kita. Tu dia...ambik sejibik sejibong. So, reti-reti lah ya sayangi IBU BAPA anda. Bukan apa, masa MEREKA ada bersama kita ni..jangan lah pulak kita sakiti hati MEREKA. Cuba kita ingat balik masa kita kecik pernah kah MEREKA sakitkan hati kita? Tak pernah kan..kalau MEREKA marah pon sebab MEREKA sayang kita. Ya lah kan..nakal sangat ! Kalau aku jadi MEREKA pon aku akan marah.

Jangan ingat kita ni hebat or pandai or whatsoever lah. Mentang-mentang lah dah boleh masuk "U" and dah dapat kerja bagus, rasa hebat lah? Kalau lah jawapan korang "ya..saya hebat", nak je aku sumpah seranah (eh eh..tak baik sumpah seranah). Tak hebat mana pon..MEREKA lagi hebat tau ! Walaupun MEREKA tak masuk "U" or tak study obersea dan kerja petani or nelayan, tapi MEREKA hebat sangat ! Boleh besarkan kita dan didik kita sampai kita berjaya seperti hari ni. So, jasa sapa lagi besar?

Tak payah bangga lah dengan kejayaan korang. Korang berjaya pon sebab doa-doa ibu bapa korang dan pertolongan ALLAH. Semua tu pinjaman je kot ! Bebila masa je kalau ALLAH nak tarik..haaa melopong lah kau ! Usaha macam mana pon, kalau IBU BAPA tak redha, tak kemana lah jugak. so, jagalah hati MEREKA masa MEREKA ada ni. Jangan tunggu MEREKA dah tinggalkan kita, baru lah nak nyesal. Masa tu dah tak dak guna okay !

Pada sesapa yang masih tinggal bersama IBU BAPA mereka, hargailah MEREKA. Tolong jangan tinggikan suara dengan MEREKA. Tolong lah tolong MEREKA..Tolong gembirakan MEREKA. Tolong lah ! Jangan nanti menyesal tak sudah. Walaupun kita tertekan or marah..jangan lepaskan geram dekat mereka. Hati mereka mudah tersentuh. Hargailah mereka..! Please..

12 January 2011

Merindui seorang insan bernama ADIK !

Assalamualaikum

Tajuk kat atas tu melambangkan situasi aku sekarang. Tersangat merindui adik aku ! Rasa macam nak je balik kampung, jumpa dia !

Walaupun kami selalu bergaduh namun pergaduhan itu lah yang menjadikan aku bertambah merindui dia. Tetiba je aku teringat kenangan-kenangan semasa kami bersama. Kenangan makan maggie pukul 1 pagi sambil menonton tv dengan beliau. Tersangat rindu saat-saat itu.

Adik aku sekarang ni mungkin tengah sibuk mentelaah pelajaran. Ya lah, tahun ni dia akan menghadapi peperiksaan PMR. Dah besar rupanya adik kan? Tapi panggilan "adik" masih lagi digunakan since dia adalah adik bongsu dalam keluarga kami.

Adik sangat manja dan suka merajuk. Kekadang tu agak geram dan tensen juga bila rajuk nya melanda. Pantang salah sikit. Adik ni lain sikit perangai dia. Sikapnya yang suka merajuk tu menjadikan kami adik beradik semakin rapat.Time rajuknya sedang melanda, biasanya aku tak kan kacau or tegur dia dah.Tapi bila rajuk nya dah reda dan dia sudah boleh bergurau, aku akan ungkit balik kisah-kisah rajuknya tu. Biasanya aku akan tanya soalan yang sama iaitu "kenapa dia suka sangat merajuk?". Hihihihi...Bila kami dah berbaik kembali, memang kami akan jadi macam belangkas. Pape hal pon kami akan buat bersama dan benda yang paling best tentang adik aku ni ialah dia ni pantang aku rayu. Hihihi..Kalau time menonton tv tu, bila aku pujuk rayu dia suh buat air, konpem dia buat punya. Alah..rilex la. Bila lagi nak bermanja kan. Bukan nya selalu pon aku duk umah.

Adik aku ni adalah peminat tegar pelakon korea. Normal lah kan budak-budak zaman sekarang ni? Boleh katakan hampir 98% budak sekarang minat cerita + pelakon korea. Minat tu selalu kami kongsikan bersama. Aku ni tak de lah minat sangat cerita korea-korea ni tapi aku layan je as long as hero dia hensem dan heroin dia cantek. Aku biasanya akan copy cite-cite korea daripada kawan-kawan then bila cuti, laptop aku ni akan menjadi milik adik sepenuh masa. Haaa...bila dah dapat laptop tu, jawabnya pukul dua tiga pagi lah baru dia tido.

Baru-baru ni, kawan aku ada bagi souvenir dari korea. So, bila je dia tahu pasal tu terus je dia nak souvenir tu. Dan dengan bermurah hatinya aku dah janji nak bagi dia. Tak pe..melihat dia gembira adalah salah satu kepuasan yang aku rasakan. Best kan bila kita boleh mengembirakan keluarga kita?

Seriously, aku betul-betul rindukan dia. Masa tengah mengadap teks terjemahan tadi, tetiba je otak aku ni teringat adik. Dan aku terfikir nak tulis entri ni. Tak plan pon actually. Mungkin usia kami yang agak jauh bezanya menjadikan kami agak rapat. Erk..rapat ke? Huhuhu..tak lah rapat sangat. Ada lah jugak certain thing yang kami selalu berselisih pendapat especially dalam hal kemas umah. Hihihi..bila balik umah, aku akan selalu arahkan dia sapu sampah + basuh pinggan and so on la. Bukan apa, saja nak biasakan dia dengan kerja rumah. Nanti tak de la kekok bila terpaksa buat kerja-kerja macam tu. Takut nanti bila kawin, MERTUA tak suka coz PEMALAS dan tak reti buat kerja rumah.

Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 12.09 a.m, rasanya agak lewat aku tido malam ni. Dah la besok kelas pukul 9 pagi. Nak sambung lakukan kerja-kerja terjemahan dan tito. Semoga masa cepat berlalu dan aku boleh balik kampung as soon as possible ! Nampaknya ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum cuti tahun baru cina + pertengahan sem. Tak sabar nak balik..menatap wajah-wajah kesayangan hamba !

Good night + have a sweet dream + wish all the best + SAYANGI KELUARGA ANDA !!

08 January 2011

Fenomena bukak tudung di facebook

Assalamualaikum.

Tengok tajuk pon dah tahu kan apa yang aku nak repek kan nanti. "Fenomena bukak tudung di facebook". Kenapa aku pilih facebook sedangkan banyak lagi laman sosial yang lain contohnya twitter dan friendster. Aku pilik facebook sebab aku ni hanya aktif dalam facebook je. Benda-benda lain aku kurang aktif. Friendster + Twitter aku tu dah berkurun kot tak jenguk. Dah jadi sarang jin dah agaknya. Tiang-tiang pon dah repot kot, tinggal nak roboh je.

Apa yang aku nak cakap ni adalah berdasarkan pemerhatian aku. Makin ramai kan yang paparkan gambar yang tidak bertudung? Aku semakin pelik...Kalau kat luar, tudung semestinya tak pernah tinggal. Mesti ada je atas kepala ni hah. Tapi kalau dalam facebook, boleh pulak dia bukak. Pelik kan?

Tak sedar ke erk dosanya sama je kalau dia free hair terus. Bukannya aku nak menggalakkan dia free hair tapi aku pelik lah. Cuba pikir-pikir balik kenapa dia letak gambar-gambar tak bertudung? Mungkin rambut dia baru lepas rebonding kot ! Ataupon baru lepas dikaler- kaler.

Bila cite pasal gambar tak bertudung ni, aku teringat satu cite yang berlaku pada diri aku sendiri. Aku lupa bila kejadian tu. Macam ni al-kisahnya.. Aku ada sorang kawan lelaki non-muslim. Dia ni selalu tanya pasal Islam. Apa yang boleh dalam Islam dan apa yang tak boleh dalam Islam dan macam-macam lagi la. Aku cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan dia berkaitan Islam dan cuba ringkaskan sebaik mungkin supaya dia dapat memahami Islam dengan baik.

Ada sekali tu, dia tanya aku berkaitan pemakaian tudung. Macam ni la kira-kira soalan dia. "U masa dalam bilik pakai tudung tak?" Aku pon agak sentap masa tu. Dengan lagak selamba dan malu aku pon jawab
"Actually, dalam bilik kita boleh bukak tudung asalkan tak de orang lelaki yang bukan muhrim kita". Aku pon terangkan lah serba sedikit pasal muhrim-muhrim ni.

Bila je aku siap terangkan pasal tu, tetiba je satu soklan terpancul dari mulut dia. "Boleh tak u ambik gambar u tak pakai tudung then tunjuk pada I". Mak ai..Berganda-ganda sentapnya aku rasa. Mungkin dia non-muslim dan tidak begitu tahu berkaitan aurat. Aku pon cuba la terangkan dengan lebih terperinci kepada dia. Aku jelaskan bahawa aku tak boleh buat macam tu sebab itu adalah aurat.Then dia pon cakap kat aku "Tapi kenapa kakak ipar saya tak pakai tudung?" Haaaaaa...yang tu aku tak leh jelaskan banyak-banyak. Semua bergantung kepada individu masing-masing lah. (Actually abang dia kawin ngan orang melayu dan beragama islam)

Haaaaa... part ni la aku nak kaitkan dengan tajuk kat atas tuh ! "WALAUPUN GAMBAR, dosa tetap sama". See..aku siap buat CAPITAL LETTER lagi tu. Kalau tak paham lagi, tak tahu nak kata apa lah~

Bukan apa..aku kesian lah dengan orang-orang non-muslim. Mesti dorang keliru kan. Ya lah, ada orang islam yang bertudung dan ada jugak yang tak bertudung. Kalau kita sebagai orang islam sendiri boleh bukak tutup tudung, macam mana la mereka nak tertarik dengan islam.

Aku dah tak nak merepek panjang-panjang, takot nanti ada yang mengalami sindrom keboringan. So, rasanya kat sini lah titik penamatnya entri aku ni. Diharapkan agar artikel ni boleh buat orang-orang (not orang-orang di sawah padi tu okay !) yang membacanya berfikir dan mengambil manfaat daripadanya. Aku bukan sape-sape (ayat merendah diri) dan aku pon sedang cuba untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang. InsyaAllah.

Sama-samalah kita berfikir untuk menjadi lebih baik ! Sekian, terima kasih.

07 January 2011

Tekanan menjadikan kita tidak berfungsi sebagai manusia sepenuhnya.

Assalamualaikum
Sebelum pape, layan dulu lagu ni ya


Kepada sesape yang tengah menghadapi ketensenan dan kestressan tu..cuba dengar lagu ni. InsyaAllah, kita akan bertambah yakin dan cool ! Kalau nak lebih berkesan, cuba lah dengar alunan zikir dan Al-Quran. Itu adalah TERAPI TERBAIK untuk menyakit stress dan penyakit-penyakit lain barangkali. Al-Quran adalah satu mukjizat dan dengan mendengar Alunannya, insyaAllah kita mendapat ketenangan.

Ketensenan ? Euuuwwwwww...ngeri kot bila memikirkan pasal tu. Aku sangat tak suka situasi yang membuatkan aku tensen. Contohnya bila assignment yang berlambak-lambak, bila apa yang aku cuba baca tapi aku tak paham dan macam-macam lagi la. Dan perkara yang sangat annoying dan boleh menyumbang kepada perasaan "tensen" pada aku ialah bila kali pertama aku cuba sesuatu yang baru dan aku tak mampu lakukan dengan baik. Teruk kan?

Tak pe-tak pe~small matter je lah bro. Setiap orang akan hadapi tekanan. Kehidupan ni penuh dengan tekanan. Aku nak tanya..ada tak sesape kat sini yang tak pernah rasa tertekan dalam hidup dia? Kalau ada, angkat hidung ! Aku garenti, mesti tak de sape yang berani angkat hidung dia kan? Kalau ada..memang dia ni  jenis yang berhidung belang. Eh eh..bukan lah ! Jenis si hidung tinggi dan pelik lah !

Tahukah anda? (ces..ayat sejibik dalam iklan)

Stress adalah penyumbang kepada kegagalan kita untuk berfungsi sebagai manusia dalam kehidupan seharian?
Benda ni bukan mitos tapi sememangnya berlaku secara realiti. Kepada siapa?
Aku lah !

Cuba perhatikan..bila kita stress, boleh tak kita senyum? Kalau aku..sukar lah ! Boleh senyum tapi senyuman tak ikhlas dan senyum biri-biri lah ! Nampak sangat kot janggalnya kalau senyum time stress.

Kalau stress jugak kita akan jadi lebih sensitif? Ye dak? Pantang orang buat salah silap sikit, mesti kita melenting? kan??? Kalau kawan bergurau pon, mesti kita naik hangin kan?

Lagi satu ! Kalau kita stress, boleh ke kita faham apa yang kita baca? susah kan? Haaaa....Sangat mengannoyingkan kalau kita tak paham apa yang kita baca !

Kalau stress jugak, mesti kita tak nak bercampur dengan orang kan? Mesti kita nak duk sorang-sorang. Kalau boleh nak je p duk dalam gua niah tu. Time kita duk dalam bilik melayan stress, tetiba je ada orang datang. Nak je rasanya halau orang tu. Nak nak kalau bersembang sampai berejam-rejam. Tapi tak pa..tetamu. Berkat kot melayan tetamu.

Tengok..sebab stress kita tak leh berfungsi sebagai manusia dengan baik. Tak suka bercampur dengan orang, sukar untuk senyum, cepat melenting dan banyak lagi la benda-benda yang buruk !

Eh eh..encik stress ni memang tak guna. Banyak bawak masalah. kalau banyak masalah, makin stress lah jawabnya !

So, kalau boleh cuba elakkan dari stress ok ! Cuba positifkan diri. Kalau stress, cuba lah dengar lagu-lagu yang boleh bagi semangat kat kita ataupon kalau nak lebih berkesan lagi, dengar lah alunan zikir dan Al-Quran, nak lebih berkesan baca lah Al-Quran dan buat solat ! InsyaAllah dengan mengadu padaNya, kita akan mendapat ketenangan.

Sekian, terima kasih. 

p/s: Sedang menghadapi tekanan yang teramat maksimum ! Tapi sedang cuba untuk menconvertkan tekanan  itu kepada satu motivasi untuk lebih berusaha.


05 January 2011

sesembang petang yang berguna!

Assalamualaikum..

Dah lama kot aku terpikir nak buat entri ni cuma tak de masa je nak buat. Kalau ada masa pon, aku terbuat entri lain. Hi3~biasa lah kan, idea bukan nya selalu datang mencurah-curah bak air di sungai. Encik idea ni, masa kita perlukan dia..seru la macam mana pun dia tak kan datang. Kalau panggil bomoh suh seru idea tu pon belom tentu dia nak datang. Bukan main leliat lagi !

Setelah bermingguan berpenat lelahan dan bersengkang mataan menyiapkan 2 teks terjemahan, akhirnya penyiksaan aku berakhir ari ni selepas kedua-duanya sudah siap. Satu dah hantar petang tadi dan satu lagi, tinggal nak submit besok. Maka berakhirlah penyiksaan buat minggu ini namun minggu depan akan dapat lagi teks untuk diterjemahkan. What a busy life ! As a bati student~normal la kan ! Macam  tu la statement yang aku selalu dengar dari  cik Shera. Statement tu la yang selalu menemani kehidupan kami sebagai bati student. Boleh dikatakan every week ada je teks yang kami kena terjemahkan. Teks undang-undang plus teks berita dan macam - macam lagi lah ! Praktice make perfect ok !

Malam ni aku nak enjoy dulu walaupon besok kelas bermula jam 8 pagi. Merewang dulu dan lepaskan gian untuk mengupdate belog ni. Nampaknya aura kebersawangan dah ada di belog aku ni. Dah berapa ari aku tak mengupdate beliau.

Malam ni aku nak kongsikan maklumat yang aku dapat dari insan yang sangat aku kagumi, Encik Ibrahim. CEO syarikat anak-beranak Ibrahim. Masa cuti sem hari tu, aku lupa la pulak bila tarikh dan waktunya peristiwa hitam itu berlaku.

Pada satu petang yang damai dengan angin sepoi-sepoi bahasanya~fuhh ! Damai ya amat. Maka bersembanglah 3 orang hamba Allah iaitu encik ayah, puan mek dan cik aku.

Tengah syok nya menyembang tu, entah macam mana tetiba je boleh kuar pasal isu bacaan dalam sembahyang. Encik ayah cakap lelaki kena kuatkan bacaan waktu maghrib dan insyak. Betul ke? Seriously, sebelom ni aku tak tahu pon. Sumpah ! Baru ni kali pertama aku tahu pasal ni. So, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, maka aku pon mitak tolong lah encik google menerangkan pasal tu.

Aku pon taip lah "hukum bacaan kuat dalam solat". Nak tahu apa yang kuar? Taraaaaaaaa...

encik kucing melakukan aksi yang MELAMPAU~ euuuwwww..malu2 !
eh eh..bukan lah ! Ni hah benda yang kuar~


APAKAH HUKUM KUATKAN BACAAN DALAM MAGHRIB & ISYAK

APAKAH HUKUM MENGUATKAN BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB DAN ISYA',
APAKAH DALIL YANG MENYOKONG BAHAWA PERLU DIBACA SECARA KUAT PADA 2 RAKAAT PERTAMA SOLAT MAGHRIB DAN ISYA' SECARA PERSEORANGAN(BUKAN SECARA BERJAMAAH).

**********************
alitantawi

setakat ana tahu...

hukum menguatkan bacaan dalam solat maghrib,isyak dan subuh adalah sunat dan tidak wajib. dalilnya adalah amalan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepanjang beliau solat. wallahu a'lam.

******************
Tambahan thtl

Dalilnya yang masyhur ialah "Syallu kama ra`aitumuunii Usyalli" maksudnya "solatlah kamu sekelian sebagaimana kalian lihat aku solat."
[HR Bukhari-Muslim]

Lajnah Daaimah lil Buhuth KSA memfatwakan tatacara kuat perlahan itu hukumnya sunnah dan umat Islam disyari'atkan mengikuti sunnah ini. (Jld 6/392)

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufassal, madzhab Ahmad menetapkan, seseorang yg solat secara sendirian mempunyai pilihan samada nak baca kuat atau perlahan (1/220)

Maka, sunnah ini diberatkan dalam solat berjama'ah tapi dilonggarkan dalam solat sendirian. Sekian

sumber: http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/hukum-kuatkan-bacaan-maghrib-isyak.html

02 January 2011

Kaf ba ro kaf alif ta nun

Assalamualaikum..

Apakah yang telah aku tulis nun jauh di atas sana? Kaf ba ro kaf alif ta nun. Apakah itu? Cuba eja betul-betul. Itu bukan bahasa Jerman or what but bahasa JAWI. Eh eh..macam tu ke bahasa jawi? Cop2..bukan bahasa jawi tapi bahasa Rumi, cuma dieja mengikut bahasa Jawi. Apakah? Adakah penerangan aku ni jelas? Erm..aku pon tak paham apa yang aku jelaskan tadi. Nevermind~abaikan saja !

Tetiba je aku teringat cerita dolu-dolu yakni cerita Dunia Baru. Alah..masih ingatkah dikau? Semestinya lakonan Pierre Andre + Liyana + Ann Ngasri + Wan Alyas + Almy Nadia + mak Pierre Andre (aku lupa nama mak cik tu). Teringat dalam citer tu, mak Pierre Andre (Adif nama dalam cite tu) selalu sebut perkataan tu ! Ingat ya Mohd Adif, kaf ba ro kaf alif ta nun ~!! hik3..cam comel je kan !

Pada sapa-sapa yang kurang reti baca jawi, meh sini aku tolong ejakan. K.E.B.E.R.K.A.T.A.N ! cuba lagi sekali..K.E.B.E.R.K.A.T.A.N ! Ha...macam tu lah budak pandai ! K.E.B.E.R.K.A.T.A.N bukannya K.E.B.E.R.A.T.A.N. Keberkatan ni penting sangat kan? Rasanya semua dah tahu apa itu Keberkatan? (ces...perkataan "semua" tu yang tak leh blah. Bajet ada orang baca la ni) So, tak payah la aku membuang masa menerangkan siapakah itu encik Keberkatan. Ke ada yang tak tahu? Kalau ada yang tak tahu apa itu Keberkatan, aku sarankan supaya dia masuk tadika balik. Itu je yang mampu aku lakukan.

Keberkatan penting kan? Masa sekolah dulu, ayah selalu pesan~jangan lawan cikgu. Nanti tak berkat. Bila ingat balik sweet je masa dolu-dolu. Bila ayah kata camtu, aku pon dengan perasaan ingin tahu dan gila-gila bahasa ni pon tanya ayah ~"Kalau dengan cikgu cina pon kena hormat jugak ke? Dia bukannya Islam. " lelebih kurang camtu la dialog aku ngan ayah dulu-dulu.

Haaa..kalau dengan cikgu kita kena hormat, apatah lagi kedua orang tua kita. Memang WAJIB ! No excuses. So, sebagai anak yang cun and hensem~perlu lah menghormati mereka terutama skali si IBU ! Bayangkan lah selama 9 bulan kot duk bawak kita ke hulu hilir..dah la berat. Nak nak kalau anak tu beratnya 3 kilo lebih..yang tu tak termasuk dengan alahan lagi. Termuntah sana muntah sini~

Belum lagi termasuk keringat mereka untuk menyara kita. Kalau di campur-campur semua tu, memang tak kan  terbalas jasa mereka. Sebab tu lah kita wajib menghormati dan menyayangi mereka. Walaupon kita tidak mampu membalas jasa mereka, sekurang-kurangnya kita menjadi anak yang boleh MEMBAHAGIAKAN mereka. Semua tu dah cukup !

Fenomena sekarang ni sudah jauh berubah ! Anak-anak sudah tak menghormati dan hilang kasih sayang kepada kedua ibubapa mereka lagi. Mereka lebih pentingkan orang luar yang baru mereka kenali tak sampai sesaat pon. Mereka sanggup memilih orang luar yang baru dikenali berbanding Ibu Bapa yang bersama mereka seumur hidup. Kalau yang dah kawin pulak..sanggup lebih-lebihkan si isteri berbanding si ibu. padahal isteri ni kita baru kenal dan belum tentu akan bersama kita di masa kita susah tapi si ibu dan ayah ni akan selalu menerima kita tak kira kita macam mana. Miskin kah kita, cacat ke kita..dorang tetap terima kita.

So, sanggupkah kita menyakiti hati orang yang sanggup menyayangi kita sampai macam tu sekali? Cuba fikir la kan..isteri or suami kita belom tentu akan buat macam tu kat kita kan? Ada sesetengah tu, bila isteri jatuh sakit..terus je kawin lain. Apa kes?  Sudahnya mak bapak jugak la yang jaga kita. Ha...fikir-fikirkan lah !

Sekurang-kurangnya kita cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati mereka. Walau sebesar zarah sekali pon mereka terasa dengan kita..HABISLAH ! Bersedia lah menerima hukuma Allah. Jangan lah menjadi anak yang derhaka kerana anak yang derhaka tidak akan senang di dunia dan akhirat.

Sama-sama lah kita mengambil iktibar daripada kisah-kisah anak derhaka yang disiarkan di tv-tv. Walaupun itu hanya lakonan namun cite-cite tersebut banyak memberi pengajaran dan membuat kita berfikir tentangnya. Tidak mustahil hukuman-hukuman seperti itu menimpa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa. Semua ni adalah urusanNya. Tak ada yang mustahil bagiNya.

So, sama-sama lah kita berubah. Keberkatan adalah penting dan untuk mendapat keberkatan, salah satu caranya ialah dengan mendapat restu daripada kedua orang tua ~!! Untuk mendapat restu mereka, kita perlu patuh dan mengembirakan mereka selagi mereka tidak menyuruh kita membuat keburukan dan melanggar perintah agama.

Sekian, terima kasih.

p/s : Sayangilah mereka selagi ada waktu dan mereka ada bersama kita. Tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka !

01 January 2011

~hari pertama tahun baru~

Assalamualaikum.

Hari ni bersamaan dengan 1 januari 2011. Santek sangat tarikh hari ni. Bermulanya detik 12 malam semalam, maka berakhirlah tahun 2010 dan secara automatiknya telah berlaku satu perubahan pada diri aku. Apakah perubahan itu? Hi3..aku menjadi KURUS ! Oh tidakkk..agak mustahil disitu !Semestinya berat badan aku ni sukar untuk aku turunkan ! Semuanya salah encik telur la ni. Gara-gara encik telur goreng mak cik cafe la ni, badan aku menjadi sebesar ini. oh aku merindui zaman kekurusan aku dulu walaupun dulu aku tak lah sekurus mana. bermulanya detik 12 malam, maka umur aku semakin berganjak ! Maknanya aku semakin TUA ! Oh tidak ! Muda lagi okay~baru 22 taon kot ! sweet twenty two !hi3

Permulaan tahun baru yang agak tidak menyenangkan ! Tengah duk asyik-asyik aku menstalker wall kawan-kawan, aku telah dikejutkan dengan satu berita yang mengemparkan ! (agak over disitu ). "agak" menggemparkan..! Apakah? Urm..kematian salah seorang pelakon muda. siapakah dia? Kematian yang tidak di sangka. Sungguh tidak sama sekali kita menyangkakan yang arwah akan meninggalkan kita untuk mengadap penciptaNya. Arwah adalah En. Faizal Yusof. Seriously, aku agak minat lakonan arwah dan arwah meninggal pda usia yang agak muda. Sungguh mengejutkan.

Memanglah kematian tu tidak mengenal usia..tak kira muda atau tua. Bila dah ajal menjemput, tak de sape pon yang boleh menghalang. macam yang pernah aku cite dalam  entri sebelum ni.Kematian tu rahsia kan. So, apa lagi yang boleh dilakukan selain mempersiapkan diri untuk mengadapNya pada bila-bila masa saja. Setiap orang melakukan kesilapan dan aku sendiri banyak melakukan kesilapan sepanjang menjadi makhluk di bumi ini. Perubahan yang kita perlukan. Berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. cettttt...agak alim kata-kataku ini. Bukan nya nak bagi ceramah tapi itulah hakikatnya. Kita tidak lari dari melakukan kesilapan, dan bila sedar..cuba mengubahnya dan jangan ulangi. Macam aku sekarang, aku cuba untuk tidak mudah melatah dan boleh mengawal diri supaya tidak menjadi " pemprotes dalam diam".Kalau sebelum ni aku ada seorang yang suka menunjukkan sikap protes dengan mendiamkan diri tapi sekarang, aku cuba untuk berubah. Hik3..InsyaAllah !

So, diharapkan dengan bermulanya tahun baru..segala-galanya menjadi baru. Perlu upgrade kan niat dan perbaiki apa yang kurang dalam diri ini. Kadang-kadang terima lah pendapat orang lain.

Entri ni aku tujukan kepada diri aku sendiri dan kawan-kawan. Diharapkan kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik kepada Pencipta kita, ibu bapa, orang disekeliling kita dan kawan-kawan. Sekian, terima kasih.

ni lah Faizal Yusuf..bekas suami Siti Nurdiana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...