"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

27 December 2012

Kasih sayang si suami.


Assalamualaikum.

Selamat malam wahai bakal-bakal jenazah sekalian. Semoga kita sentiasa memperoleh keberkatan daripada-Nya dan diampunkan dosa-dosa kita.

Tak lama lagi, nak masuk tahun baru. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sekejap saja masuk tahun 2012. Dalam tahun 2012 ni, banyak tarikh-tarikh yang cantik. Semua orang berlumba-lumba dan abadikan kenangan pada tarikh-tarikh yang cantik ni. Ramai orang yang bertunang ataupun melangsungkan perkahwinan pada tarikh-tarikh tu. Contoh tarikh cantik tahun ni adalah 1.2.12 dan 12.12.12. Seronok jugak kalau dapat abadikan kenangan pada tarikh-tarikh cantik macam ni. Memang menarik. Tapi, kebahagiaan bukannya bergantung pada tarikh. Semuanya bergantung kepada keikhlasan hati kita dan ketentuan-Nya.

Entri kali ni, aku nak ceritakan tentang seorang suami yang sangat menakjubkan. Ini kisah benar dan bukannya rekaan. Memang aku tersangat kagum dengan kasih sayang seorang suami walaupun isterinya terlantar sakit bagaikan mayat hidup.

Semasa aku terkandas di wad beberapa hari, ada seorang patient. Menurut nurse, dia mengalami ketumbuhan di otak dan baru je lepas operation buang ketumbuhan tu. Tapi malangnya, ketumbuhan tu tak boleh dibuang sepenuhnya.

Sudah setahun dia menderita sakit itu dan sudah beberapa bulan dia terlantar di hospital. Masa aku masuk, sudah dua minggu dia berada di wad tu. Selama ni, dia duk dalam ICU selama berbulan-bulan. Kalau tak silap, sudah dua bulan dia menjadi penghuni hospital.

Sepanjang dia berada di situ, dia dijaga oleh suaminya. Aku sangat tersentuh melihat keikhlasan seorang suami. Memang aku impikan suami macam tu. Dia sangat sabar melayan kerenah isterinya.

Setiap hari, dia akan bacakan yasin buat isterinya. Dia suapkan susu kepada isterinya. Dia juga yang bersihkan badan isterinya. Dia yang mengurut isterinya. Dia yang tidurkan isterinya. Dia yang bersembang dengan isterinya. Pendek kata, dia yang uruskan isterinya.

Bila aku dengar cara dia bercakap dengan isterinya, aku sangat tersentuh. Lembut sangat cara dia bercakap dengan isterinya. Sebab operation tu, isterinya tak boleh bercakap sangat. Bicaranya memang sukar difahami. Dia hanya mampu sebut “abang” dan “sakit”. Selama aku ada kat situ, cuma dua perkataan itu yang aku selalu dengar. Dia baru mula nak bercakap sikit-sikit. Badannya kurus kering, hanya tulang yang ada.

Aku bukannya nak ceritakan hal tu, aku nak fokuskan kepada kasih sayang suaminya. Aku tak pasti, ada lagi tak suami macam tu sekarang ni. Dia sangat sabar melayan kerenah isterinya. Walaupun kadang-kadang isterinya agak melampau, tapi dia tetap bersabar. Isterinya selalu panggil dia. Pernah sekali tu, dia baru saja terlelap di lantai hospital. Dia terus bangun bila isterinya panggil. Bagaikan terkena renjatan elektrik. Kasihan sangat aku tengok.

Bila aku tengok pasangan tu, aku terbayangkan bagaimana nasib aku kalau aku berada di tempat isteri dia tu. Adakah bakal suami aku akan melakukan perkara yang sama ataupun lepas tangan? Harapnya bakal suami aku akan melakukan perkara yang sama.

Isterinya sangat beruntung. Walaupun dia diduga oleh Allah dengan kesakitan, tapi Allah kurniakan dia seorang suami yang baik. Suami dia tu seorang yang alim. Dari segi dia berpakaian dan perlakuannya, aku simpulkan dia orang yang alim. Dia selalu mengaji dan berzikir.

Pada hari ketiga aku di wad, dia dipindahkan ke wad lain. Aku tak pasti ke wad mana. Disebabkan katil dia tu perlu dikosongkan untuk masukkan pesakit lain, jadi dia terpaksa dipindahkan. Maklumlah, waktu tu semua katil penuh. Ramai betul orang yang sakit.

Aku tak mampu nak lakukan apa-apa tapi marilah kita berdoa semoga isterinya sembuh walaupun harapan untuk dia kembali sembuh sangat tipis. Doktor minta untuk lakukan sekali lagi operation, tapi suami dia enggan. Dia tak nak isterinya jadi makin teruk. Sekarang, isterinya baru mula bercakap. Jadi, dia tak nak isterinya kembali teruk. Biasalah lepas operation, semuanya boleh berlaku.

Kesedihan jelas terpancar di wajah suaminya. Dia sentiasa murung dan aku tahu, dia tak sanggup tengok isterinya menderita. Hari tu, isterinya buang air besar banyak kali dalam sehari. Nurse marah-marah kepada isterinya. Actually bukannya marah cuma membebel sebab nurse yang kena tukarkan lampin. Bila nurse dah macam tu, dia tukarkan sendiri lampin isterinya. Dia tak nak menyusahkan nurse. Padahal, biarlah nurse yang lakukan. Memang dah tugas mereka, so mereka kena ikhlas. Orang tu dah lah sakit, tak perlulah nak marah-marah atau membebel. Aku tahu, si suami sangat terluka bila dengar nurse bebelkan isterinya.

Kawan-kawan, marilah kita sama-sama berdoa semoga isterinya cepat sihat dan dapat jalani kehidupan macam kita. Semoga isterinya boleh kembali menjaga anak-anak mereka. Nurse cakap, anak mereka masih kecil. Anak mereka sekarang duduk dengan nenek mereka di Pahang. Kesiannya. Kecil-kecil lagi sudah berjauhan daripada mak ayah. Dia pula menumpang rumah kawan yang duduk berdekatan dengan hospital sg. Buloh supaya senang dia nak berulang-alik ke hospital. Dia tinggal di seksyen 8, kota damansara. Area-area rumah aku jugalah. Kota damansara ni agak jauh dengan sg. Buloh.

Kita tak mampu nak tolong dari segi wang ringgit, jadi kita hanya mampu berdoa semoga si isteri cepat sembuh dan terus menjadi isteri solehah. Aku juga berharap mendapat suami macam si suami itu. Cintakan isterinya tak kira apa keadaan sekalipun. Dia tetap cintakan isterinya waktu isterinya sihat dan sakit. Itulah suami yang sebenar!

Sekian sajalah entri kali ni. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca. Terima kasih! Muchas gracias!

26 December 2012

Balasan entri Cik Ajuwah Binti Ramali buat geng bas sekolah.


Assalamualaikum.

Entri kali ni aku tujukan khas buat kawan-kawan aku iaitu geng bas sekolah. Mereka insan yang paling memahami aku tapi memasing dah ada haluan sendiri. Sekarang ni, memasing dah bekerja dan harapnya hubungan ini akan berkekalan.

Kawan, memang sukar nak cari kawan macam kamu. Sentiasa di sisi bila dalam kesusahan dan menasihati bila dalam kebingungan.

Tempoh tiga tahun bersama kamu, memang bermakna. Walaupun kita hanya rapat buat seketika, tapi  banyak kenangan yang tercipta bersama.

Agak jiwang kan? Hehehe. Actually terharu tadi, ada salah seorang ahli geng bas sekolah buat entri untuk kami. So, bila balik rumah dan memandangkan tak ada apa yang nak dibuat. Aku decide nak buat entri balasan untuk beliau dan geng bas sekolah yang terdiri daripada lima ahli kumpulan.

Cik ajuwah yang sangat marah bila aku panggil dia dengan nama penuh, anda yang terbaik! Walaupun kita selalu menghadapi tekanan saat berhadapan dengan lambakan assignment, kita tetap bersama. Kita saling tolong menolong dan memasing akan menghargai pertolongan memasing terutamanya cik Ajuwah binti Ramali. *Sorry aju, saje nak buat kau marah*.

Kau selalu cakap yang aku suka membebel dengan kau kan? Teruk sangat ke tahap bebelan aku ni? Ada bakat nak jadi nenek-nenek tak? Itu bukannya bebelan tapi nasihat sayang. Aku dan Sheira serta sekalian ahli geng bas sekolah sayangkan kau.

Buat geng bas sekolah iaitu sheira, fiza, becky dan aju, aku memang sayang kamu semua.

Ini pengakuan ikhlas. Jujur. Lepas berada di alam pekerjaan, barulah aku sedar memang sukar nak mencari kawan sebaik kalian. Kamu tak pernah mengeluh bila kita saling menyusahkan satu sama lain dan kalau ada masalah, memasing akan cuba membantu bukannya menambahkan tekanan. Memang masa kita bersama, aku tak sedar semua tu. Sekarang, barulah aku sedar.

Weh weh, tak sangka aku boleh buat entri jiwang macam ni. Entahlah, lepas je baca entri cik aju tu, hati ni terasa sayu sangat. Betapa banyak kenangan dengan kalian. Ini semua salah cik aju lah ni. Menimbulkan perasaan sedih dan rindu dalam diri aku.

Kita selalu siapkan assignment sesama. Ingat lagi tak time kita siapkan subtittle untuk subjek Dr. Noni? Berhari-hari kita bertapa di open air, bawah library. Makan plus tidur semua kat situ. Nasib baiklah ada Abang Ros dan Si Aizat yang tolong kita. Jasa mereka memang takkan dilupakan. Kalau mereka tak tolong, rasanya sampai sudah kita tak boleh buat video tu.

Sheira, thanks for being my friend. Harap sangat kita boleh kerja sekali. Seriously. Sheira selalu ada dengan orang time orang susah dan senang. Sheira selalu temankan orang pergi makan. Tak kira masa, kalau orang terasa lapar or whatever... sheira selalu ada di sisi dan tak pernah mengeluh. Walaupun sepenat mana sheira rasa, bila orang ajak keluar...sheira tak pernah menolak. Thanks bebanyak sheira. Kali pertama orang tengok sheira menangis iaitu hari last kita di usm iaitu sebelum sheira balik ke Perak. Time tu, orang pun nak nangis actually tapi control. Takut kalau orang mula nangis, makin teruk jadinya. Kalau sheira dapat kerja sekali dengan orang, duduk rumah orang pun tak apa. Kita share bilik dulu sementara sheira dapat rumah baru.

Aju? Juga bebanyak terima kasih. Kau selalu bagi idea-idea bernas untuk aku. Walaupun kita kawan rapat cuma sekejap je, tapi aku tahu kau memang terbaik! Bila aku tengok kau, aku selalu ingatkan kakak aku. Perwatakan kamu berdua memang sama. Ya lah, anak sulung. Kamu selalu pentingkan apa orang lain rasa hingga kadang-kadang, kamu yang makan hati. Aku sangat hormati kau, aju. Walaupun kami selalu marahkan kau, tapi kami sayang kau! Ikhlas! Sebelum ni, malu nak mengaku. Hehehe.

Fiza pulak. Hahah. Ini adalah doraemon dalam kalangan kitorang. Kalau lepak dengan dia, memang pecah panggung lah. Kalau kau gelak, memang kitorang malu nak mengaku kau tu kawan kitorang. Hehe. Tapi, memang diakui fiza memang terbaik. Fiza, ingat lagi tak kita pernah buat part time bersama jual jagung dan waffle di cafe tekun? Syok kan? Kadang-kadang, rasanya kerja macam tu tak tensen sangat. Kita hanya penat fizikal, bukannya penat mental. Tapi kerja sekarang, kedua-duanya penat. Rindunya kenangan jaga kedai tu bersama fiza. Ingat lagi katak hijau fiza. Sekarang ni naik katak hijau tu lagi ke? Hehe.
Priscilla rebecca elvis a.k.a amoi pulak memang diva. Setiap lagak dia mengalahkan miss universe. Ingat lagi, you selalu bawak losyen dan bahan kecantikan pi kelas. Time pensyarah duk mengajar, you sempat lagi sapu-sapu losyen di tangan dan kaki. Hahaha. Memang diva yang menjaga kecantikan betul, kan? Ingat lagi kenangan you dapat hadiah daripada seseorang tu? Mr.H? I yang temankan you pi ambik hadiah tu kan? I ingat lagi memek muka you masa tu. Muka tak leh blah. Muka you cuak gila. memang patut pun you rasa cuak, dah la dia selalu mesej-mesej you. Tapi, nasib baik sekarang dia sudah tak kacau you lagi, kan? Biasalah, diva perlu berhadapan dengan risiko itu.

Okey lastly, memang aku akui sukar nak cari kawan seperti kamu semua. Sebab tulah, aku harap hubungan kita kekal sampai bila-bila. Kalau kamu semua nak kahwin or bertunang, bagitahu tau. Jangan sampai aku tahu daripada facebook or mulut orang lain. kalau macam tu keadaannya, memang aku terasa hati. Dan jangan harap aku nak jemput korang kalau aku kahwin. Hehehe. Serius ya! At least, cakaplah walaupun tak nak jemput. Pura-pura jemput pun tak apa. Aku pergi ke tak, belakang kira. Ya dak?

Harapnya kita semua berjaya dalam kerjaya masing-masing. Fiza, semoga kau buat kerja elok-elok. Memang kau dah capai cita-cita nak kerja di bank, so buat yang terbaik. Aju pulak, kau dah dapat kerja di syarikat yang gah! PTS tu. Tu syarikat besar, so aku harap kerjaya kau akan berkembang. Sheira dan becky pulak, kamu nak sambung study kan? Harapnya kamu berjaya dan jangan lupa kami semua ya. Harapnya si diva kita tu kahwin dengan prince charming, putera raja maybe. Tak pun Ronaldo.

Sekian sajalah. Tak nak merepek panjang. Kalau nak kira idea untuk merepek, memang tak habis. Tapi terpaksa cantas idea tu sebab takut nanti ada yang boring. Aku sentiasa doakan kalian dan harapnya kalian takkan lupakan kenangan kita bersama.


25 December 2012

Kerja orang yang tak ada kerja.


Assalamualaikum.

Hai. Agak rajin mengupdate blog lately, right? Walaupun tak serajin orang lain, tapi okey la. Nak mulakan balik aktiviti yang dah lama ditinggalkan. Akibat kekangan masa, maka encik blog ni dah tak terurus. Dah bersawang agaknya. Entah-entah dah jadi sarang ular sawa bertelur dah blog ni.

Actually, entri ni ditulis hari krismas bersamaan dengan 25/12/2012. Saat duk keseorangan di rumah, jari ni terasa ringan pula nak update blog walaupun tahu kat rumah tak ada internet connection. But nevermind, esok bolehlah publish. Insya-Allah.

Terasa sunyi plus boring pula seharian di rumah. Maklumlah, seminggu berada di kampung. Bahagia walaupun kadang-kadang terasa agak kesunyian sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti harian. Nasib baiklah mak, adik dan anak buah ada. Bolehlah hilangkan boring. Sekarang ni musim hujan, nak keluar pun tak de mood.

Dengar-dengar cerita, Pasir Putih dah naik air. Tetiba je teringat lagu ni. Banjir oh banjir, kampung kita naik air! Banjir oh banjir, kampung kita naik air!

Hehehe. Errr...tapi kampung aku tak pernah banjir. Setakat aku hidup ni, rasanya tak pernah lagi rumah aku naik air. Mintak-mintak dijauhkanlah sebab tak sanggup rasanya. Tak dapat bayangkan kalau naik air, mesti masak nak punggah barang yang berlambak tu. Mintak dijauhkanlah. Amin.

Entri kali ni memang sangat tak bermutu. Err,ok fine. Entri aku sebelum ni pun bukannya ada mutu.

Ini entri sekadar untuk hilangkan kesunyian dan keboringan saat keseorangan di rumah. Semua orang keluar. So, tinggallah aku tercongok keseorangan dirumah. Macam penunggu tasik dayang bunting pula. Tasik dayang bunting ada penunggu ke? Bantai sajalah.
Esok dah kerja. Tadi aku baru siapkan cerita pesantren rock & roll episod 123 yang akan disiarkan di astro esok. Aku tak pasti pukul berapa akan disiarkan tapi yang pastinya di channel pelangi. Aku tahu tak ramai yang langgan channel ni. Ikhlas aku nak cakap, aku sendiri pun tak pernah tengok cerita yang aku buat. Al-maklumlah, rumah aku tak ada astro. HBO jauh sekali. TV pun tak ada. Sedih kan? Tapi Insya-Allah, bulan depan dah boleh tengok TV dan beli peti ais.

Bolehlah beli sikit-sikit barang rumah. Lepas ni, bolehlah tengok TV. Tapi, too much entertainment ni pun masalah jugak. Kat office, aku dah layan cerita hari-hari. Hari-hari mengadap cerita. Kalau tak cerita pesantren rock & roll, mesti critical  moment. Tak pun cerita-cerita cina daripada HBO. Sekali sekala layan cerita tagalog kan best? Harap sangat suatu hari nanti ada cerita tagalog. Cerita spanish dah pernah buat dah. Sekarang ni tengah buat cerita arab. Critical moment tu cerita arab sebenarnya. Ceritanya not bad lah. Pasal kehidupan doktor-doktor. Bila dah tengok cerita tu, aku sedar yang bukan mudah nak jadi doktor. Melibatkan nyawa orang. Kadang-kadang, terpaksa korbankan life sendiri demi patient. Nak-nak lepas aku menginap beberapa hari di hospital sg. Buloh. Aku saksikan sendiri betapa dahsyatnya kehidupan seorang doktor. Makan pun sambil berjalan. Memasing pakat nak cepat. Doktor-doktor tak sempat nak berlenggang ke sana sini. Memasing terkejar-kejar. Memang aku respect gegila dekat para doktor dan bakal doktor sekalian. Anda memang hebat. Harapnya anda ikhlas bekerja dan Allah akan balas jasa anda semua.

Bila bercerita pasal ni, rasa serik gila masuk hospital. Itu kali pertama aku masuk wad dan harapnya itu kali terakhir. Tapi, mak aku cakap... kalau wanita tu, mesti kerjanya keluar masuk wad je. Mana tak nya, masa bersalin nanti mesti kena masuk wad. Lainlah zaman dulu, semua pakat bersalin dengan bidan. Zaman sekarang, kena bersalin di hospital. Bidan-bidan dah pupus dah. Tak ada pelapis.

Masa duk hospital tu, rasa terharu gila. Family sanggup datang dari kampung. Semuanya ad hoc. Tetiba je mak cakap dah on the way nak ke tempat aku. Hahaha! Agak terkejut. Mulanya mereka tak plan pun nak ke mari tapi entah tetiba mereka datang. Hambik kau~tapi elok juga. Tak adalah aku sunyi sangat. Rasa macam nak menangis je masa tu. Bukan rasa nak menangis tapi memang dah menangis pun. Lepas je mak cakap dia dah on the way, rasa tersentuh gila. Mereka memang terbaik! Mek, ayah, abang yie, abang yie, adik dan Pok Rie memang terbaik! Dorang sampai dah waktu malam. Puas minta dengan nurse supaya benarkan dorang masuk. Nurse dah ok, pengawal pula buat hal. Ya lah, dah lewat dan waktu melawat dah habis. Memanglah dorang tak bagi masuk. Tapi last-last, nasib baik dorang dibenarkan masuk juga.

Yang tu satu hal, bab penjaga pula satu hal. Mulanya mek dan adik aku plan nak jaga aku kat hospital. Maklumlah, takut aku susah sorang-sorang duk hospital. Dah lah tangan dua-dua kena cucuk dengan jarum. Satu untuk masukkan air dan satu lagi untuk sedut darah. Macam drakula pula, kan?  Sedih kan? Rasa macam memang tak berdaya. Nak masukkan charger telefon di plug pun tak mampu, terpaksa minta nurse yang baik hati tolong. Nasib baik nurse dan doktor-doktor kat situ baik-baik.

Berbalik pada masalah penjaga tu. Satu masalah pula timbul. Hanya seorang penjaga dibenarkan jaga pesakit dan mestilah saudara pesakit. Tapi masalahnya adik dan mek aku nak jaga aku. Lepas kelentong punya kelentong, akhirnya berjaya jugalah. Satu lagi masalah timbul, adik pulak tak bawak dia punya IC. Macam minah bangla pulak budak tu. Macam mana dia boleh terlupa bawa IC? Eh kata orang. Aku pun pernah terlupa bawa IC masa mai KL dulu. Hahah. Gila takut. Risau gak kalau-kalau ada polis tahan tengah jalan dan mintak IC. Nak cakap apa? Buatnya polis cakap aku ni pendatang asing. Tak ke haru biru?

Tapi bertenang, semua masalah boleh diselesaikan. Akhirnya misi berjaya. Mek dan adik boleh jaga aku. Rasa bahagia sat sebab mek tersayang ada di sisi saat aku dalam kesusahan. Itulah keluarga. Seteruk manapun kita, dia tetap di sisi kita. Ada ke kawan macam tu? Harapnya ada tapi so far, susah nak cari, Kan? Kawan ramai tapi nak cari sahabat, memang susah. Masa tu, memang perangai mengada-ngada aku mai lah. Time tu lah nak bermanja. Siap suruh adik suapkan lagi. Tapi segan pulak sebab bukannya sakit teruk sangat. Adik aku pulak, otai gila. nampak sangat dia sayang aku. Hahah! Apa yang aku suruh, dia buat. Kalau sebelum ni, jangan harap dia nak ikut cakap aku. *Maaf dik, terbocorkan rahsia*. Time sakit ni lah, kita nak tengok orang sayang kita tak.

Mek aku, tak payah diragui kasih sayang dia. Memang aku dah tahu dia sayangkan semua anak-anak dia. Kalau tak, masakan tiap-tiap malam dia call anak-anak dia yang duk jauh. Terbalik pulak kan? Sepatutnya anak yang call mak tapi ni mak yang call anak-anak. Err...tapi ada juga aku yang call dia. Sehari tak dengar suara mek tercinta, rasa hidup ni tak lengkap. Macam ada je yang tak sempurna. Sebab tulah, aku selalu call mek. Kalau time tak ada prepaid, aku dah cakap awal-awal dekat mek. So, dia akan call aku. Kadang-kadang, kalau aku tak angkat phone. Dia akan call housemate aku, tanya keadaan aku. Memang dah kecoh dah kat rumah tu. Mesti dia akan call akak dan abang-abang aku suruh try call aku. Risau katanya. Sweet kan mek aku? Sangat-sangat sweet! Thats why lah  aku sayang gila-gila kat dia plus dia yang lahirkan dan besarkan aku. Dia yang sempurnakan hidup aku. Kalau nak cakap pasal mek aku, memang tak cukup ni. Nanti kalau ada masa dan kesempatan, aku akan buat satu entri khas buat beliau, insan yang teramat aku cintai. Tapi, disebalik kekalutan mek aku time aku tak angkat call, sebenarnya ayah lagi kalut. Dia yang suruh. Dalam diam, ayah sangat ambil berat dengan anak-anaknya. Bagi aku, mereka berdua insan yang paling hebat di dunia! Semoga Allah balas jasa mereka! Memang sampai mati pun aku takkan mampu balas jasa mereka. Terlampau besar ihsan mereka kepada aku.
Terpanjang pula entri kali ni, kan? Bila dah boring tu, semuanya boleh jadi. Padahal kerja banyak tapi tak ada mood nak buat kerja. Hold je dulu kerja tu. Time cuti, kita cutilah. Tak gitu?

Okeylah, rasanya tak naklah merepek pepanjang. Nanti boring pulak nak baca. *macamlah ada yang akan baca, kan?*.

Aku anggap blog ni kenangan aku. Ya lah, banyak perkara yang aku ceritakn dalam blog ni. Blog ni jadi medan aku luahkan perasaan, bercerita etc. banyak benda aku zahirkan dalam blog. Walaupun kadang-kadang, entri aku ni merepek dan tak ada faedahnya. *bukan kadang-kadang tapi memang semua entri aku ni dikategorikan dalam kategori merepek”. Oke, aku dah mula merepek. Sebelum berlanjutan, aku nak stop dululah. Risau nanti encik google block aku sebab tulis entri panjang plus merepek dan tak ada point. Heheh!

Okey, sekian. Wassalam.
Inilah family aku. Tapi tak cukup lagi ni. Kak ila dan family dia tak de. Abang yie pun tak de sebab dia tukang ambik gambar. Nak tahu which one mek aku? Yang pakai baju kuning and tudung hitam tu lah beliau. Ayah aku pulak yang duk sebelah kiri tu. The handsome one. Itulah ratu dan maharaja di hati aku! Sayang mereka~!!

20 December 2012

Setelah sekian lama, akhirnya.

Assalamualaikum.

Tu dia aih. Dah hampir setahun aku tak update belog ni. Ingatkan memang dah tak boleh bukak blog ni lepas beberapa kali cubaan untuk menggodek semula belog kesayangan aku.

Almaklumlah, zaman dah berubah. Sekarang, aku dah tak ada masa untuk update belog lagi. Biasalah, sudah bekerja jadi masa terbatas.

Ni pun nasib baik bercuti. Kalau tak bercuti, entah-entah time ni tengah translate cerita critical moment. Mana tahu kan?

Kenapa aku bercuti? Biasa lah. Orang baru keluar wad, haruslah bercuti kan? Dapat MC sampai 19/12/2012 je tapi aku sambung cuti hinggalah 21 hb. Terbaik kan? Ingatkan nak terus sambung cuti direct sampai krismas tapi kesian pulak dekat bos aku. Dah lah cerita banyak yang nak kena hantar. Dengan cerita-cerita daripada astro lagi, HBO lagi. Tak menang tangan dia. Lagipun, aku baru je lepas confirm. Nanti buatnya bos cakap, dah lepas confirm mulalah nak buat perangai. Hahaha. Hampir-hampir 2 minggu aku bercuti. Last aku kerja hari isnin minggu lepas, maybe dalam 10 hb camtu. Lama tak? Mana tak nya, demam pun dah berapa hari pastu terkandas di hospital beberapa hari.

Ini kali pertama aku masuk wad. Tak pernah aku sangka, rupanya aku akan menghabiskan beberapa malam di wad. Berjauhan daripada keluarga pulak tu. Nasib baiklah hari kedua aku di hospital, parents dan adik beradik datang melawat. Lebih-lebih lagi, bonda dan adik kesayangan temankan aku di hospital. Terharu sat.

Tapi Alhamdulillah, sekarang semuanya dah kembali normal. Aku dah kembali sihat dan sekarang ni sedang menghabiskan cuti di kampung bersama family terchenta.

Sepanjang beberapa bulan aku tak update ni, banyak benda yang berlaku. Tak tahu mana nak mula. So, pelan-pelan kayuh la kan?

Lepas habis belajar, aku tolong abang jaga kedai dia. Tak lama lepas tu, aku dapat kerja sebagai subtitlist di kota damansara. Sampai sekarang, aku masih kerja di sana.

Hari-hari mengadap cerita then buat subtitle. Kadang-kadang tu, agak tertekan. Nak nak kalau buat cerita indonesia. Pesantren Rock & Roll. Ceritanya islamic tapi faham-faham sajalah islamic dia tu macam mana. Kadang-kadang aku pulak naik geram sebab watak dan scene yang tak sepatutnya wujud pun ada. Menyemak je lah.

Tak apa. Nanti aku cerita dengan lebih lanjut kenapa aku tak suka cerita tu. heheh! Macam pengkritik pulak aku rasa.

Okey, rasanya sampai sini dulu. Tak tahulah bila lagi aku ada kesempatan nak update belog. Adakah aku akan update belog bila aku bercuti? Heh~harapnya lepas ni aku akan rajin nak update dan ada masa. Doakan kejayaan aku yer.

Sekian, terima kasih.





Di sinilah tempat aku bermalam selama beberapa malam,
ditemani jarum-jarum di tangan serta wayar. Pengalaman ngeri :-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...