"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

25 February 2012

Sem terakhir sebagai mahasiswi..InsyaAllah

Assalamualaikum

Memandangkan sem ini adalah sem terakhir aku di USM, maka aku perlu melipat gandakan usaha. Sebelum ni banyak main-main.

Lepas ni dah tak leh nak rasa suasana di U lagi dah.

Dah tak leh nak lepak-lepak.

Tak leh nak tengok movie sepanjang hari. Lebih-lebih lagi kalau kerja. Mana ada masa nak tengok movie kan ? Time belajar tak pe la. Sempat lagi sementara assignment tak berlambak.

Dah tak de dah orang nak bagi duit. Time duk U, pinjaman ada. Kalau tak cukup pinjaman, ada je orang yang nak bagi. Dah kerja nanti, ada ke orang nak bagi lagi ?

So, perlu lah menghayati suasana di U ni sebaik mungkin. Rasa sekejap je dah 3 tahun. Cam baru semalam je daftar kat USM ni.

Sem ni aku ambik 5 paper. Semua paper 100% koswork. Tak de final exam tapi test mesti ada. Semoga di permudahkan segala urusan.

HBT307 : SIMULTANEOUS INTERPRETING
HBT306E: COMPUTER AIDED TRANSLATION
HBT305: FINAL YEAR PROJECT
LHP455: ENGLISH PRONUNCIATION SKILLS
LHP456: SPOKEN ENGLISH


24 February 2012

Inspirasi di kala tengah tensi

Assalamualaikum.

Saja nak kongsikan lagu yang banyak beri inspirasi dan kekuatan di saat terasa diri ini hampir kepada kegagalan.



THE CLIMB

I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, cause

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

Keep on movin'
Keep climbin'
Keep the faith baby
It's all about, it's all about
The climb
Keep the faith, keep your faith, woah

21 February 2012

Aku rindu MEREKA

Assalamualaikum.

Pernah tak satu saat tu korang rasa rindu sangat dekat mereka ? Pernah tak ?



Itu la yang aku rasa sekarang ni. Kalau boleh, sekarang jugak aku nak balik jumpa mereka walaupun mustahil. Aku di serang penyakit homesick kot ?

Aku sayang mereka sebab ::

MEREKA insan yang menyerikan hari-hari aku.

MEREKA sedia mendengar luahan hati aku.

MEREKA sudi mengembirakan aku.

MEREKA sanggup bersusah payah demi aku.

MEREKA adalah BANK aku.

Sesungguhnya, pada saat dan waktu ni aku sangat rindukan MEREKA !

Mek, Ayah, Abe Jie, Abe yie, Kak Ila, Adik ! Tak sabar nak balik *time duk jauh, punya lah rindu kan ? kalau jumpa, gaduh je kerjanya ! *

Izzati dan Aqeef..Uda rindu korang berdua jugak. Cepat la besar eh. Nanti kita main komen-komen dalam facebook ye anak-anak sedara ku ?

Cepat lah masa berlalu. Nak balik~!!

Sekian, Terima kasih.

20 February 2012

Kita semua sama lah ! Tak de bezanya.

Assalamualaikum.

SAMA ? SAME ? MISMO ? Walaupun dalam bahasa yang berbeza, tetap membawa maksud yang sama iaitu SAMA !

kita manusia yang di ciptakan oleh Allah s.w.t dari bahan yang sama iaitu TANAH. Ke ada yang diciptakan dari bahan lain ? Tak de kan ? So, apa hak kita nak membeza-bezakan orang ni ?

Seriously aku tak leh terima la apabila ada pihak yang melenting apabila ada orang cakap semua orang ni sama di sisi Allah tidak kira kita ni berpihak kepada parti politik mana. Yang membezakan kita adalah amal ibadat.  Melampaukan ? Hello..tak yah la nak melenting bagai. Ustaz tu cakap benda yang betul.

Aku tak nak timbulkan isu politik kat sini tapi benda ni betul-betul terjadi dan diceritakan oleh incik ayah. semasa kami pergi ceramah agama minggu lepas, ayah bersembang dengan seorang hamba Allah yang ketandusan ilmu. Sanggup datang dari Pasir Mas ke Bachok semata-mata untuk mendengar ceramah agama dari seorang ustaz.

Sembang punya sembang, hamba Allah tersebut cakap bahawa ustaz tersebut dulu pernah memberi ceramah agama di masjid di daerah pasir Mas tapi disebabkan tidak sebulu dengan ahli jawatankuasa masjid, maka ustaz tersebut tidak lagi memberi ceramah di masjid tersebut. Puncanya ?

Puncanya adalah sebab ajk masjid tu tak suka bila ustaz menyamakan taraf setiap orang di sisi Allah. tidak kira lah orang tu parti pembangkang ataupun kerajaan. Sebab tu pon nak melenting ke ?

Hai..manusia-manusia. Ustaz tu cakap benda yang betul. Kita semua tak ada beza lah. Allah ukur kita berdasarkan amalan, bukannya POLITIK ! Tahu la sekarang ni musim kritikal, PRU semakin hampir. Semua pihak nak meraih undi memasing. Penyokong-penyokong pon dah semakin fanatik. Tak pe lah, semoga orang yang berkaitan tu sedar la ye.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...