"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

17 September 2013

Tragedi 8 Disember 2013



Assalamualaikum.

Kasihan dengan nasib diri. Baru 3 bulan dikeluarkan, sudah masuk bengkel. Kasihan dengan si putih. Tak pasal-pasal, bonet dan bumper kemek. Gara-gara dilanggar orang.  Tapi tak pe, sekarang si putih dah kembali macam dulu. Mana taknya, semua  tukar baru. Bonet, bumper dan lain-lain benda yang rosak, sudah berganti.

Terima kasih encik-encik mekanik perodua kota damansara. Sangat cekap dan efisyen kerja mereka. Tak lupa juga dekat en. Runner yang uruskan hal claim insurans dan etc. Perkhidmatan first class!

Hari Khamis masuk bengkel, hari Sabtu kereta dah siap. Cepat, kan?

Syukur sangat accident tu tak teruk sangat. Kita dah elok-elok bawa kete, ada pulak orang langgar. Itulah kata orang, kalau kita berhati-hati, belum tentu lagi orang lain berhati-hati. Tengok tu la. Elok-elok kita berhenti dekat traffic light, tetiba je kete kena hempap dari arah belakang. Tapi nak buat macam mana. Dah takdir. Tuhan dah tetapkan hari tu aku akan accident. Tapi syukurlah aku tak apa-apa, Cuma gangguan mental sikitlah nak memandu. Rasa serik dah nak lalu area-area sunway giza sana, jalan persiaran surian. Situ selalu stuck dan time stuck, accident memang mudah berlaku. So, hati-hatilah.

Bila dah kena tu, aku cerita dekat kawan aku. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia, cuba fikir, hari ni ada buat salah dengan siapa?

Pikir punya pikir, mungkin sebab aku tak minta kebenaran mak aku masa nak keluar. Dan aku juga tak sempat baca ayat Kursi sebelum keluar rumah hati tu. Maklumlah, nak cepat. Sampai terlupa semua  amalan-amalan tu semua. mungkin itulah pengajarannya. Lain kali, bagitahu mak dulu kalau nak keluar dan jangan lupa baca Ayat Kursi sebelum keluar rumah. Insya-Allah, akan dipelihara oleh-Nya. Amin.

Sekian, terima kasih.


04 September 2013

Inilah dunia kita.

Assalamualaikum.

Inilah dunia kita. Dunia yang sementara. Walau setinggi mana pun kita terbang, lambat laun kita tetap akan tersungkur ke tanah. Itulah lumrah kehidupan kita sebagai manusia.

Kalau waktu senang, memang orang akan menyanjungi kita. Tapi bila kita susah?

Betullah kata pepatah. Waktu senang, kawan kenal kita tapi waktu susah, kita yang kenal kawan kita.

Betul tak?

Sebenarnya tak ada idea nak menulis. Ni sekadar menghabiskan masa sementara tunggu nak balik.

Minggu ni kami dah start kerja shift dan minggu ni, aku kena kerja shift petang. Masuk pukul 3 petang dah habis pukul 11 malam. Hehe.

Sebenarnya, agak best la kerja shift ni. Memang rasa cam boring tapi kalau kena shift malam, sangat best. Yang tak bestnya, waktu nak tunggu masuk kerja tu la. Sementara nak tunggu masuk kerja pukul 3, tak tahu nak buat apa. Nasib baiklah setakat ni ada kerja part time. Ada hikmahnya juga la kerja shift ni. Masa terluang tu, boleh la siapkan kerja-kerja part time yang tergendala sudah lama tu. Ye dak?

Papepun, ikhlaskan diri dalam semua kerja.

Sekian, terima kasih.


27 August 2013

Girls hang out!

Assalamualaikum.

Di saat kita kesedihan dan tertekan, orang yang bersedia dan sudi menemani kita, itulah sahabat. Bukannya orang yang meninggalkan kita saat kita kesusahan. Itu bukannya sahabat.

Last weekend, aku hang out with GBS. Cik fiza sanggup turun dari Melaka semata-mata memenuhi tuntutan kami di sini.

Hari Sabtu, awal-awal pagi (*tak adalah awal sangat, around 10 pm gitu), aku drive p Batu Caves dan jemput Cik Ajuwah. Kemudian, ambik Cik Fiza di stesen LRT Kelana Jaya. Nasib baik jalan tak jem sangat dan tak sesat. Lepas ambil Cik Fiza, kami menuju ke Shah Alam untuk ambil Cik Becky.

Hanya kami berempat dalam GBS yang sempat berkumpul. Yang lain berada jauh di kampung halaman. So, tak dapatlah nak cukuplah korum GBS kali ni.

Lepas jemput Si Becky, kami jejalan di KLCC. Konon-konon nak lepaskan stress. Kami jalan-jalan, makan-makan, jerit-jerit, melompat-lompat di sana. Boleh katakan kami betul-betul enjoy di sana. Kami tengok movie tajuk The Conjuring. Hahah! Cerita hantu, beb. Dah la ambil tiket pukul 9.30. Bila dah keluar, kawasan tu dah tutup dah pun. Sunyi pun ada.

Sebab waktu siang tu kami dah janji nak snap pic di kawasan air pancut KLCC, so kami gagahkan juga kaki melangkah ke kawasan tu. Nasib baik orang masih ramai dan kami buat hal kami. Menjerit dan melompat-lompat sambil snap gambar.

Sangat puas hati dapat lepak dengan mereka. Semuanya satu kepala dan tak ada yang bermulut longkang. So, puas hati dan memang ngam kawan dengan mereka. Kesemuanya sangat memahami.

Lebih kurang pukul 11.30, kami balik. Malam tu, kami menumpang rumah cik aju. Ya la, nak bawa mereka menumpang rumah aku, takut nanti ada yang dihalau. :-D

Pagi keesokannya, kami melawat kawan kami, si pengantin baru, Cik Asha. Dia baru 11 hari menjadi isteri orang. So, congrate asha. Disebabkan kenduri dia dibuat di Kunak, Sabah, tak dapatlah kami nak p serang majlis dia di sana. So, kami serang rumah dia di sinilah. Kebetulan dia baru je pindah rumah dan belum betul-betul kemas lagi. Kesian Cik Asha, kan?

Lebih kurang jam 3.40, kami bertolak balik. Drop Fiza di stesen LRT Sg. Besi, hantar Cik Becky ke Shah Alam dan last sekali, hantar Aju ke Batu Caves. Barulah aku balik ke rumah di Kota Damansara. Lebih kurang pukul 8 jugak aku sampai rumah. Agak penat tapi puas hati. Love you guys!

Lain kali, kita lepak lagi, ya?

25 August 2013

Si Lidah dan Pedang.

Assalamualaikum.

Pernah dengar ayat "Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang". Tahu maksud lidah? Lidah adalah kumpulan otot rangka pada bahagian lantai mulut yang dapat membantu pencernaan makanan dengan mengunyah dan menelan. Lidah juga menjadi salah satu medium penting dalam pertuturan.

Jadi, lidah organ penting, kan? Tak ramai orang yang tahu nikmat lidah dan tak ramai juga manusia yang tahu menjaga lidah.

Manusia? Kalau nak bercakap, main ikut sedap lidah saja. Maklum sajalah, tak kena bayar pun.

Paling penting, orang tahu apa yang dia rasakan. Dia tak sedar, bagaimana perasaan orang yang mendengarnya.

Contohnya kisah Si A dan Si B yang sudah lama tidak bertegur sapa itupun kerana kes mulut Si A. Rumah Si A sememangnya kotor dan bersepah. Lepas tu pada suatu hari yang hening, Si A konon-kononnya jemputlah Si B datang beraya. Si B pon datanglah dengan berbesar hati dan gembira kerana Si A sudi menjemputnya.

Bila Si B datang rumah Si A, dia terkejut dan berkata dalam hati "Eh, dia ni tak reti nak kemas rumah ke?". Dalam hati saja dan Si A tak tahu pasal tu. Mungkin itu tidak menyakitkan hati Si A sebab dia tak tahu.

Nak dijadikan cerita, bila Si B ni nak balik, dia terdengar Si A membebel. Bebelan tu seolah-olah ditujukan kepada Si B. Ayatnya lebih kurang macam ni la, "Kenapa bersepah sangat ni? Rasanya tadi dah kemas.". Agak-agak, Si B terasa hati tak? Ya lah, kata-kata Si A tu seolah-olah cakap Si B yang buat rumah dia tersepah. Si B baru saja nak berfikiran positif tapi bila Si A tu sudah cakap macam tu, terus down sebab Si A seolah-olah salahkan dia.

Okey, itulah kisahnya. Jadi, jagalah mulut kita. Kalau orang sudah menjauhkan diri daripada kita, cuba selidik dan nilai sejauh manakah ketajaman lidah kita. Tak guna kalau minta maaf berkali-kali kalau sudahnya lidah kita tetap sama. Memang kita tak boleh bersifat hipokrit tapi sekurang-kurangnya, sebelum bercakap tu, fikir perasaan orang lain. Mungkin hati orang lain tidak secekal anda dan ada sesuatu perkara yang menyebabkan orang terasa hati. Jadi, think before you speak.

Sekadar nukilan dan tidak ada kaitan antara yang hidup dengan yang sudah mati. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri. Kalau ada yang terasa tu, maaflah. Tak tuju kepada sesiapa pun. General.

Sekian, terima kasih.


17 August 2013

Kematian itu pasti.

Assalamualaikum.

Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang pasti.

Bila sampai ajal kita, tak ada sesiapa yang dapat menunda. Tak kiralah siapa kita. Hartawankah? Jutawankah? Menterikah? Semuanya perlu akur dengan kuasa Tuhan. Tidak ada duit yang dapat menebus nyawa kita.

Semalam, aku agak terkejut. Seorang lagi hamba Allah kembali kepada-Nya. Adik ipar kakak aku, cik pen.

Umurnya muda lagi tapi memang benarlah kata orang, mati itu tidak mengenal usia. Budak kecil pun akan mati bila sudah tiba ajalnya.

Arwah meninggal kerana heart attack. Arwah seorang perokok tegar. So, perokok-perokok out there, please berhati-hati dan berhenti merokok. Pleaselah.

Memanglah itu hanyalah penyebab. Kalau Allah cakap ajalnya sudah sampai, orang yang tak merokok pon boleh mati. Memang tapi sebagai manusia, kita dilarang melakukan sesuatu yang memudaratkan diri, kan?

So, fikir-fikirkanlah.

Bila duduk sorang-sorang, aku terfikir. Masa dia sudah tiba. Bilakah pula masa aku? Mungkin esok, lusa atau mungkin juga hari ini. Mungkin! Sudah cukupkah bekalan dalam dada untuk menghadapi soalan-soalan dalam kubur?

Terima kasih.

15 August 2013

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.

Assalamualaikum.

Sedang-sedang asyik buat translation, tetiba teringat lagu yang kakak aku pernah sebut masa cuti raya hari tu. TEGAR? Bila teringat tu, terus aku mencari-cari dalam youtube. Rasanya budak ni tengah famous sekarang. Man taknya, dalam utube, banyak lagu-lagu dia.

Rasanya aku tak pernah dengar lagu ni sebelum ini. Baru hari ni aku dengar. Mula-mula dengar, tak rasa lagu ni special tapi bila hayati lirik lagu ni, memang sangat special lagu ni.

Lagu ni dia cite pasal pengamen jalanan. Setakat yang aku tahu, pengamen jalanan ni budak-budak peminta sedekah di jalanan, di Indonesia. Biasanya dia akan menyanyi-nyanyi di tepi jalan dan orang akan bagi sedekah. Kalau kat sini, penyanyi jalanan la lebih kurang.

Bila dengar lagu ni dan hayati liriknya, hati rasa sebak. Memang itulah hakikatnya kehidupan. Bukan selamanya kita susah dan bukan selamanya kita senang.

Saat kita susah, bersabarlah. Susah itu adalah ujian dan Senang itu juga adalah ujian daripada-Nya.

Saat kita susah, ingatlah Tuhan. Saat kita senang, kita tetap ingat Tuhan.

Hanya Allah yang berhak ke atas kita. Tak kiralah sekaya manapun kita, sebesar mana rumah banglo kita, semewah mana kereta kita, akhir sekali kita tetap akan tinggal di dalam tanah yang gelap dan hanya kereta jenazah juga yang kita akan naik bila sudah mati kelak.

Kita semua bakal menjadi jenazah cuma cepat atau lambat saja.

Sekadar nak ingatkan diri sendiri kerana kadang-kadang, diri ini tetap khilaf dan terlupa bahawa semua ini bersifat sementara. Semoga selepas ini, kita boleh berusaha menjadi lebih baik.

Sekian, terima kasih.

14 August 2013

Luahkan apa yang dirasa.

Assalamualaikum.

Yeay, sangat rajin semenjak dua menjak ni. Semalam dah update, hari ni pun update lagi. Pecah rekod. Kelas kau Jah!

Hidup ini macam kincir angin. Sekejap di atas dan terkena cahaya matahari, sekejap lagi berada di bawah, menyedok air. Itulah kehidupan. Bukan selamanya kita berada di atas. Kadang-kadang, semasa kita berada di atas, kita tak sedar sampai satu saat nanti, kita akan berada di bawah. Masa berada di atas, kita mengutuk dan mengata orang yang berada di bawah. Kononnya malas berusaha, kononnya tak reti bergaul. Tapi bila kita sendiri yang berada di bawah, barulah kita tahu betapa tingginya menara Burj Khalifa di India.

So, bila kita berada di atas tu, cuba-cubalah ingat orang di bawah.

Kalau kita naik kereta, ingatlah orang yang naik motor. Kalau kita ada rumah besar, ingatlah orang yang duduk di pondok-pondok buruk. Jangan terlalu meninggi diri kerana bila-bila masa saja Allah akan tarik semua itu.

Entri ni takde nak tuju kepada sesiapa. Ia sekadar peringatan kepada diri sendiri kerana kadang-kadang, diri ini terlalai dan terlupa bahawa semua ini hanyalah pinjaman-Nya.

Sekian, terima kasih.

13 August 2013

Kisah si Ketam.

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tidak mengupdate, akhirnya ada kelapangan juga.

Banyak benda yang nak ditulis tapi otak ketandusan kata-kata. Kalau boleh, semua perkara ingin diluahkan tapi apabila menimbal baik buruknya, kita lupakan saya. Lagipun, tak baik membuka aib orang.

Kisah si ketam mengajar anak berjalan lurus?

Itulah hakikatnya si ketam. Ia memang dilahirkan berjalan mengiring dan memang mustahil untuk ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Sama juga dengan manusia. Manusia cuba menegur manusia lain yang buat kesalahan tapi manusia itu sendiri yang lakukannya. Adakah situasi ini boleh disamakan dengan ibu ketam tadi? Boleh, kan?

Contohnya kalau kita pernah sound orang daripada buat bising, harapnya kita sendiri juga tidak buat bisinglah. Itu saja nak cakap. Sekian.

p/s : harap ibu ketam sedar bahawa dia sendiri berjalan mengiring.

Sekurang-kurangnya, ketam ni bila dimasak rasanya sedap.

27 May 2013

Inilah padahnya kalau terlalu tak ada kerja.

Sangat susah bila berhadapan dengan manusia, kan?

Kadang-kadang, manusia yang muncul dalam hidup kita ni pelbagai ragam.
Namun, itulah keindahan yang Tuhan nak tunjukkan kepada kita.

Memang sifat manusia, tak pernah jemu dengan mengata.

Dalam hidup ni, kita cuba nak puaskan hati orang lain. Rasanya, sebelum buat sesuatu keputusan, kita sudah cuba untuk fikirkan tentang orang lain. Kalau boleh, kita tak nak le ada orang yang tak puas hati dan mengata bukan-bukan di  belakang.

Tapi, dalam berhati-hati macam tu pun, kita tak lepas dari kena kutuk.
Memang lumrah alam.

Memang sebelum ni, kita bermula daripada bawah. Bermula daripada ZERO! Nothing! Memang tak tahu apa-apa tentang kehidupan. 

Mungkin Allah nak uji hamba-Nya, kan? Perlu berfikiran positif agar diri tak menyalahkan takdir. Kadang-kadang, tetap terdetik kenapa Allah uji macam ni?

Kita buat tu, orang mengata. Kita buat ni, tetap ada orang mengata.
Kenapa, orang tak ada kerja ke selain daripada mengata hal orang?

Tak cukup-cukup lagi ke dengan dosa yang dah ada?

Bila fikir dari sudut positif, sepatutnya kita berterima kasih sebab dia mengata.
Bukankah pahala dia akan jadi milik kita?

Memang cuba untuk positifkan diri dan jadi lebih sabar tapi kadang-kadang, rasa terkilan pun ada.

Sebelum ni, kita banyak menyusahkan orang. Kemudian, bila kita sedar yang kita dah banyak menyusahkan orang dan mungkin orang dah jemu disusahkan kita, kita cuba elakkan diri daripada menyusahkan orang. Kita cari alternatif lain agar tak menyusahkan orang.

Tapi, macam tu pun tetap ada orang mengata.

Dulu kita tak ada En. M tapi bila dah ada, tetap ada orang mengata.
Kadang-kadang, nak je sound direct. Rasanya kita tak minta duit daripada orang nak beli benda tu. Bulan-bulan, kita yang bayar. So, susah sangat ke kalau just abaikan apa yang berlaku? Sudah muak dengan semua ni. Muak dengan muka-muka yang suka mengambil tahu.

Tahu kenapa aku tak suka bercerita tentang apa yang berlaku?

Sebab aku tak nak orang lain tahu. Jadi, tolonglah jangan beritahu sesiapa tentang apa yang berlaku kepada aku. Kalau memang aku nak orang tahu, awal-awal lagi aku sudah buat PENGUMUMAN. Biar semua orang tahu. Jadi, aku tak perlukan perkhidmatan percuma orang-orang yang bermurah hati untuk sebarkan berita ni.

Manusia-manusia. *Rasa penat dengan persekitaran macam ni*


21 March 2013

Melayan sang jiwa

Assalamualaikum.

Dah lama tak update, kan? Malas bercampur dengan tak ada idea nak mencarut.

With all sort of thing happened, memanglah tak ada mood nak update.

Seriously, everything out of control but now, i'm getting better.

See, masa telah menentukannya. So, whatever situation is, let time flies and Insya-Allah, everything will be fine.

Sekarang, sudah hampir lapan bulan aku kerja. Erm, agak lama kan?

Memanglah agak lama dan jujur aku nak cakap, aku suka kerja ni walaupun kadang-kadang, rasa seperti tang tang tu juga nak hantar resign letter kat bos. Tapi, kena pikir panjang. Bak kata orang tua-tua, kalau ikutkan hati mati. Kalau ikutkan rasa, binasa. So, aku bertahanlah. Bertahan punya bertahan, sampailah sekarang. Sudah hampir lapan bulan jadi kulikutif.

Hari ni, aku tak ada mood nak buat kerja. Since tak ada kerja urgent,  aku buatlah kerja main-main. Pekerja yang tak cukup amanah, kan? Ya lah, dengan CD yang lambat sampai, terpaksalah main-main. Kalau siap awal nanti, tak ada kerja pula. Sebab CD lambat sampai, so tak bolehlah nak cue subtitle tu.. hanya boleh siapkan translation sajalah.

Hari ni, aku layan youtube dari pagi sampai ke petang. Haha! Rilex, sambil layan youtube, sambil buat kerja okey. Sebab tak kena cue, so bolehlah dengar lagu-lagu dari youtube.

Sekarang ni, kami sedang work on cerita Philippine. Memang quite annoying bila kena buat cerita dari negara ni since current issue di Lahad Datu tapi apa boleh buat, sudah namanya tugas. Buat je lah.

Bila baca isu di Lahad Datu, seriously persepsi aku dekat abang-abang polis dan tentera sekalian terus berubah. Dulu kita tak nampak jasa mereka tapi bila berlaku benda-benda macam ni, barulah kita tahu betapa besarnya jasa mereka.

Tiap kali aku baca benda-benda berkaitan dengan isu ni, aku rasa sedih dan sebak. Benda yang aku terfikir, kenapa orang Islam pun sanggup serang negara Islam? Setakat yang aku tahu, orang yang serang kita juga Islam. Mereka tak terfikir kesannya? Tengoklah sekarang, sudah berapa ramai nyawa yang melayang?
Bagaimana dengan ahli keluarga yang ditinggalkan?

Aku harap, masalah ini cepat diselesaikan dan tak ada lagi nyawa yang terkorban. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

p/s: Tak ada idea sebenarnya. Saja nak menconteng sesuatu dan habiskan masa.

25 February 2013

Bahana Facebook.

Assalamualaikum.

Laman sosial ni ada bahaya juga ye?

Dah banyak yang aku jumpa, jenis-jenis manusia.

Ada manusia jenis kalau ada masalah, update kat facebook.

Kalau nak bergaduh pun, update kat facebook.

Nak sindir orang pun, gunakan facebook.

Agak-agaklah, kan?

Sikit-sikit update kat facebook.

Lain kali, fikir panjang sebelum buat sesuatu, ya?

Kalau ikutkan hati ni, banyak kata-kata nak tulis tapi cuba kawal sebab seluruh dunia boleh baca. Kalau kita maki or mengata orang dalam laman sosial, itu reflect diri kita sendiri.

Complain Around The Clock.


Assalamualaikum.

Complain around the clock? Manusia memanglah, kan? Sudah namanya manusia, pasti tak lepas daripada complain complain dan complain.

Kalau nak di listkan keburukan orang, memang tak cukup satu kertas. Jadi, listkan sajalah keburukan orang kalau kita rasa kita ni langsung tak ada keburukan.

Terima kasih.

20 February 2013

Kacaknya merah.



Assalamualaikum. Tetiba je aku terdapat idea nak tulis entri pasal warna merah. Nak buat kerja, mood dah takdak. Mana taknya, earphone tertinggal dekat office.  Tadi semangat tengah berkobar-kobar untuk buat kerja tapi sekarang semangat tu jatuh merudum. Jantungku bagai dirobek-robek belati bila tercari-cari earphone. Habis semua beg diselongkar. Rupanya tertinggal kat office. Cet, dramatik sangat!

Aku rasa warna merah memang melambangkan keberanian. Seriously, aku suka bila tengok seseorang pakai baju kaler merah. Nampak macho dan lawa. Since aku ada pendapat begitu, aku pernah terbagitahu one of my officemate a.k.a exclassmate a.k.a housemate. Dialog dia lebih kurang macam ni le. “Lelaki yang pakai baju merah nampak hensem”. Fuhh, tak sangka sebab dialog aku tu... sampai sekarang aku diperli kaw kaw. Betullah cakap orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Lain kali, fikir dulu sebelum bercakap. Disebabkan aku dah terlepas cakap, so aku terpaksalah terima padahnya. Tadah telinga dan lebarkan senyuman. Hehe.

Kisahnya macam ni:


Ada satu petang tu, kami singgah di hadapan satu kawasan kedai area-area office aku. Ada kawan aku nak beli something. Masa duk menunggu tu, biasa la depan kolej segi... ramai budak-budak lalu lalang. Aku masa tu tergatal mulut keluarkan kata-kata yang aku mention kat atas tu. Kebetulan tak lama lepas tu, ada negro pakai baju kaler merah. Hah tu dia, kena setepek muka aku! Terus kena usik.


Petang tadi pun aku kena lagi. Masa kami on the way nak balik rumah tu, ternampaklah mat negro yang pakai baju kaler merah. Sekali lagi aku kena. Haru biru den.


Okey, kat sini aku nak spesifikkan kata-kata aku. Aku nak sambung sikit dialog kat atas tu. Dialog asalnya adalah “Lelaki yang pakai baju merah nampak hensem”. Aku nak ubah sikit dialog tu menjadi “Lelaki yang pakai baju merah nampak hensem KECUALI awang hitam”.


Hehe! Okeylah, sudah pukul 12.39 pagi dah ni. kena tidur awal, esok kerja. Selamat malam!


Sekian, terima kasih.

14 February 2013

Manusia itu adalah kita.


Manusia pelbagai ragam, kan?

Kadang-kadang, kita cuba nak faham gelagat manusia tapi otak ni tak boleh cerna. Nak fahami diri sendiri pun kita tak mampu, apatah lagi nak fahami orang lain a.k.a manusia.

Memang sukar nak meramal manusia. Nak meramal keputusan tindakbalas kimia lagi mudah daripada meramal manusia. Kalau kimia, H2O, jadi air. Kalau CaCI2 pula jadi kalsium klorida. Tapi kalau nak meramal manusia, apa formulanya? Ada tak? Kalau ada, sila kongsikan. Mungkin berguna.

Bila sebut nama manusia, biasanya...

a)    Kita mudah nampak kesalahan orang lain dan kesalahan sendiri, kita memang tak nampak ataupun sengaja pejamkan mata?

b)   Kita akan mengata kalau orang lakukan kesalahan, tapi bila kita sendiri lakukannya? Tepuk dada tanyalah iman.


c)    Kita akan mengeluh kalau hadapi masalah tapi bila kita sedang bahagia? Pernahkan kita mengucapkan syukur kepada Sang Pencipta?

d)   Kita tak pernah menghargai apa yang kita ada tapi pernahkah kita fikir ramai orang di luar sana yang inginkan apa yang kita miliki ini. Pernahkah? Aku tak boleh berikan jawapan. Tepuk dada, tanyalah diri anda sendiri. *saat ni, aku pun sedang mereflect diri sendiri*

e)    Sewaktu kita senang, kita tak pernah mengingati-Nya tapi bila susah, siapa yang kita cari? Kalau aku, biasanya aku akan cari Allah sebab itulah satu-satunya cara aku nak lupakan masalah dan bagi aku, hanya Dia yang mampu selesaikannya.

f)     Walaupun berjuta kali orang lakukan kebaikan, kebaikan itu tak pernah timbul jika dia melakukan sekali kejahatan. *Betul ke ayat aku ni?*

g)   Masing-masing, melepaskan pucuk masing-masing. Tak ada orang yang tak pentingkan diri sendiri. Kalau ada pun, hanya satu dalam seribu. Itupun kalau ada. Sebab walaupun dia cakap dia ni bukan jenis yang pentingkan diri sendiri, pasti perasaan PENTINGKAN DIRI SENDIRI tu ada sedikit terselit dalam diri dia. Tak banyak pun, mesti ada! Kan? Cuba tanya diri sendiri.

h)   Suka menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Betul tak? Cubalah belajar untuk cermin diri dulu sebelum mencermin orang lain. *Untuk ingatan diri sendiri dan anda semua*

i)     Bila seseorang ditimpa masalah contohnya kemalangan, tentu kita akan berikan dialog “Tu la, lain kali bawak kereta tu hati-hati” tapi bila diri sendiri terkena, apa dialog yang sesuai? Dialog kedua yang selalu kita berikan kalau seseorang ditimpa masalah adalah “Bersabarlah” tapi bila kita sendiri berada di tempat orang tu, agak-agak kata-kata “bersabarlah” tu boleh pulihkan semula semangat kita?

Hah, tu dia aih! Manusia macam tu ke? Harapnya tanggapan aku ni salah. Aku buat entri ni berdasarkan pemerhatian aku dan bila aku nilai diri aku sendiri. Kadang-kadang, kita perlu nilai diri kita sendiri, barulah kita nilai orang.

Kadang-kadang... bukan kadang-kadang but most of the time, kita perlu tengok gelagat manusia. Barulah kita boleh kenal siapa diri kita. Sebab kemungkinan gelagat orang lain tu adalah reflect diri kita... macam cermin. Kita perlu tengok cermin untuk tengok diri kita. Diibaratkan macam tulah.

Bila kita tengok seseorang lakukan sesuatu dan kita tak suka, kita berusahalah untuk tak melakukan apa yang dia lakukan. Tapi hati kita ni keras, kan? Mesti sedikit sebanyak kita ni menyimpan dendam.  Macam mana ya nak jadi seorang pemaaf? Sila berikan tips sikit.

Tak nak merepek panjang-panjang. Aku rasa entri kali ni agak serius. Tak tahu puncanya! Bila duk sorang-sorang dan mengadap kerja-kerja yang tak pernah selesai, otak pun bercelaru. Kerja banyak tak siap, otak dah hilang fokus bila terdapat gangguan-gangguan daripada persekitaran.

Okeylah, nak teruskan menaip minit mesyuarat. Bos dah tanya. Kalau tak siap-siap juga, tak tahulah macam mana. Entah-entah, bos terus pecat aku. Suruh buat minit mesyuarat pun, tak boleh! So, kuatkan semangat. Lupakan masalah. Letak headphone di telinga, bukak radio kuat-kuat dan lupakan semuanya! Fokus kepada kerja.

p/s: Nasib baik hot fm malam ni putarkan lagu-lagu yang kena dengan jiwa aku. Kalau tak, bertambah kacau jiwa aku.

 Sekian.


Hari ni hari Kekasih ke?

Ops, sampai dua entri aku taip! Tu tandanya aku tak de kerja dan sudah bosan dengan kerja. (actually kerja berlambak tapi buat-buat tak nampak)

Hari ni Valentine day ke? Tak tahu pun! Tak patut tahu pun!

Entri ni tak panjang pun, cuma nak cakap TAK PERLU SAMBUTLAH VALENTINE DAY NI! Habiskan duit je. Cuba selidik sikit asal usul sambutan hari kekasih ni. Cuba baca kat sini Asal usul Valentine day. Biar buka mata sikit!

Kalau nak hargai kekasih or suami or isteri, tak perlu 14 Febuari. Hari-hari pun hari kekasih, tak gitu? Jangan tunggu 14 Feb baru nak beri bunga kat mak we or pak we or isteri or suami. Kalau boleh, bagilah hari-hari. Barulah sayang, kan?

Wahai adik-adik remaja, akak tahu korang sedang meningkat remaja. Tapi, kalau nak nikmati zaman remaja pun, janganlah main kaut je semua yang ada. Jangan ikut budaya barat. Okey?

Faham?

Saje nak share, ada seorang perempuan bunuh diri di Times Square! Ni kes bergaduh dengan pak we kot?

Ish, mati katak!

Harapnya bukan orang melayu!

Kalau orang melayu dan beragama Islam bunuh diri, memang teruklah!

Hah baca dan hadam! 




Bukan senang nak senang.

Assalamualaikum.

Bukan senang nak senang, kan?

Setiap kejayaan datangnya daripada usaha. Kalau tak berusaha, kejayaan pun tak hingin nak hampiri kita.

Kadang-kadang, aku rasa tak de semangat nak kerja dan rasa tang-tang tu juga nak resign. Bila aku rasa macam tu, nak tahu apa yang aku buat?

Aku akan bukak youtube, lepas tu layan zikir. Memang zikir boleh tenangkan fikiran dan buat kita kembali berfikiran waras. Nak tahu keberkesanannya, cubalah!

Semalam, aku tak ada mood nak buat kerja. Masa meeting semalam pun, aku diamkan diri saja. Otak tak dapat cerna apa yang bos cakap. Puncanya? Mungkin kepenatan dan masih dalam mood cuti. Betul lah kan, penat tak hilang lagi. Dah kena kerja. Mana taknya, bertolak pukul 10.00 pagi, pukul 10 malam baru sampai rumah. Teruk tak teruk jalan jam plus bus yang aku naik tu cuma ada lesen L. Lesen Lembab! Janji pukul 9 bertolak, tunggu punya tunggu... Pukul 10 baru bas datang. Adoyai! Masak3! Memang dah tiga kali aku kena dengan bas tu. Ni sebab terpaksa, baru aku naik. Kalau tiket bas lain ada, tak de maknanya aku nak naik bas tu!

So, aku hadapi hari semalam dalam keadaan tak bermaya. Sambil buat kerja, sambil aku layan youtube untuk pulihkan semula semangat.

Lepas meeting, rasa bertambah tak bermaya! Mana taknya, kena buat SDI, Report bagai~ Lepas tu, minit mesyuarat tak siap lagi. Bos dah tanya dah. Seriously, dah lama aku tinggalkan kerja-kerja setiausaha. Masa sekolah dulu, ada la jugak buat minit mesyuarat tu tapi sebab dah lama tinggal, aku dah tak tahu apa dah ni. Terpaksa google-google untuk cari format. Banyak format dalam internet cuma aku tak tahu nak ambik yang mana satu.

Sekarang ni, waktu dah pukul 6.30 tapi masih di office. Dah tak ada mood nak buat kerja actually. Tengah kumpulkan semangat untuk hadapi SDI esok. Memang aku tahu tahap kesukaran SDI ni. Sebab aku tak familiar dengan system, jadi memang nightmare bagi aku. Kalau tahu je aku kena buat SDI, memang sepanjang hari jiwa aku tak tenteram. Jadi, esok aku akan bertempur dengan SDI sampai minggu depan. Doakan aku ya.

Wish me luck, babeh!

06 February 2013

Esok ada kerana hari ini!

Assalamualaikum.

Apa yang aku merepek? Actually nak cakap, malam esok aku balik kampung.

Yeeha! Sekarang ni sudah pukul 7.45 tapi masih di office.

Tak mengapa, siapkan kerja. Malam esok dah nak balik kampung.

Berusaha! Selamat bercuti!

30 January 2013

Tiket oh Tiket.

Assalamualaikum.

Tiket sudah ada ditangan tapi bukan pada hari yang diharapkan!

Aku harap nak balik hari Jumaat, malam tapi malangnya semua tiket sudah habis.

So,  aku perlulah apply cuti pada hari jumaat tu.

Jadi, Insya-Allah, aku akan balik pada hari Khamis, malam. Pukul 9.30 di hentian Putra.

Ini kali pertama naik bas kat situ. Selama ni, duk naik kat Shah Alam je. So, harap semuanya berjalan lancarlah. Dahlah seorang diri ni. Semoga semuanya selamat dan aku selamat sampai ke kampung.

Cet, macam confirm-confirm je aku boleh balik kampung. Padahal, tak mintak cuti pun lagi ni.
Mintak-mintaklah bos luluskan cuti. Ingat nak submit borang cuti hari ni tapi tak sempat.
Hari ni sibuk sangat. Banyak kerja kena hantar. Maybe hari Ahad pun aku terpaksa kerja.

Ya lah, nak kejar dateline sebab untuk cover cuti CNY ni. Dah le cuti. Pastu semua cerita-cerita yang kena hantar time tu, kenalah siapkan lebih awal.

Adoi! Sekarang ni pun masih di office. Nak tunggu lepas Maghrib, then nak p pudu kejap. Nak pergi tukar tiket kawan. Ada ke patut si dia tu tersilap beli tiket. Sepatutnya balik 7.2.2013 tapi dia terbeli tiket 31.1.2013 which is beberapa hari je daripada hari ni. Dia cakap dah betul tapi si adik kaunter tulah. Berangan agaknya sampai tersilap pilih tarikh. Lepas tu, tak de sape-sape pula yang check tarikh di tiket tu. Dah sampai rumah, barulah dia perasan.
Nak buat macam mana. Terpaksa pergi sekali lagi. Nasib baiklah boleh ditukar. Tapi mesti cepatlah!

So, pesanan untuk si adik-adik kaunter tiket sekalian. Lain kali janganlah berangan sangat. Pastikan tarikh tu betul. Bukan semua customer akan check. Lagi-lagi, customer macam kami ni. Kami nak cepat... so, tak terfikir pula adik akan tulis tarikh yang salah. Dah satu kerja pula, ya dik? *Saje nak salahkan orang lain padahal diri sendiri pun ada salahnya*. Tapi tak mengapalah. Saje nak suruh exercise pi pudu tiap-tiap malam. Saja nak cuci mata, melihat keindahan malam. Hahah!

Okeylah, sekian. Maghrib sudah masuk. Nak p solat then tutup PC. Terus cabut!

Assalamualaikum dan terima kasih!

29 January 2013

Stress Kuasa Dua a.k.a Kuasa Kuda!



Sekarang sudah pukul 7.03 pm tapi aku masih di office. Tengah siapkan cerita HBO tajuk Windfall Profit. seriously, boring tahap tak boleh blah plus stress. Kena siapkan cepat-cepat sebab kena hantar esok, before 2 pm. Sempatkah? Dah la kena siapkan Leftenan juga besok, hantar sebelum 5pm. Makin berganda stressnya! Stress kuasa dua!

Nak tahu kenapa stress? Tiket untuk balik kampung CNY nanti dah habis! Adoi. Tak tahu macam mana. Entah-entah, tak balik la aku. Terpaksa tersadai kat sini. Dah la mek plan nak buat makan-makan. Nampaknya terpaksalah raikan CNY seorang diri di sini. Macamlah aku ni chinese, kan?

Macam mana ya? Tu la, padan muka hang! Awal-awal tak nak pi beli tiket. Dah tahu time-time raya camni, tiket tu laku. Kalah burger mcD free. Ramai sangat ke orang yang nak balik kampung? Udah-udah le tu kome semua balik kampung. Kasi can la dekat aku ni. dah berkurun tak balik kampung. Rindu sudah!

Harapnya masih ada tiket lagi. kalau tak ada, terpaksalah ambil tiket ke jb dan menumpang orang-orang di jb tu untuk balik ke kampung halaman. Kasihan betul.

Sekian, wassalam.

22 January 2013

Little Superhero Girl.

Assalamualaikum.

Hye semua! Sekarang ni, sudah pukul 5.50 petang. Masih di office dan sedang siapkan cerita HBO, tajuk THE LEAP YEARS. Cerita dia memang super awesome! Suka jalan cerita ni.

Actually, this movie kind of romantic movie but not boring. Maybe sebab sudah lama aku tak buat cerita HBO kot. Ya lah, asyik duk layan Pesantren pastu SDI. Sesekali buat cerita HBO ni, best juga.

Tengah duk bekerja keras translate subtitle ni, tetiba je ada lagu. The worst part is, aku mesti translate the song! Omg!

Tapi its okay. Cuba juga mengkreatifkan diri dengan menimbulkan bunga-bunga bahasa untuk jadikan ayat dia a little bit catchy walaupun aku tahu, i'm not kind of creative person. Memang sangat sukar untuk hasilkan terjemahan yang macam ni. Rasanya, kalau penonton tengok subtitle yang aku buat... for sure dorang tak akan anggap itu adalah terjemahan daripada lagu. Hahaha. Tak ada bunga-bunga langsung.

Aku nak kongsikan lagu itu. It's nice and i start to like the song. Lepas je dengar, terus aku google untuk cari lirik and cari dalam youtube sekali. Hahaha. Waktu kerja weh? Mengular sat! Tapi nevermind, cuba butakan mata dan jangan pandang dateline. Buat-buat tak nampak je walaupun esok kena hantar dua buah cerita. Cerita The Leap years ni dan La Tenienta episod 14. Lepas tu, kena buat editing lagi.

Tak mengapa! Bertenang ya.

Okey, enjoy lagu ni. Aku yakin, lepas ni mesti ada orang yang akan suka lagu ni. Sat g, nak try download lagu ni. Jadikan halwa telinga saat kebosanan melanda. Bos, maaf ya. Saya mengular sat!

Lirik: http://www.leoslyrics.com/corrinne-may/little-superhero-girl-lyrics/
Lagu: http://www.youtube.com/watch?v=65zsV9s93OI

p/s CUBA HAYATI LIRIK DIA.

20 January 2013



Assalamualaikum.

I like to put a smile on face everyday! Bak kata si Maher Zain dalam lagu Number One For Me!

Cet, bila dengar lagu ni rasa tetiba bersemangat. Sekarang ni, sudah pukul 1.49 pagi. Sekali lagi aku jadi musang. Tiap-tiap malam aku jadi musang. Jangan jadi musang berjanggut sudahlah, ya.

Biasalah, dengan lambakan kerja... so, aku terpaksa stay up untuk siapkan kerja-kerja ni. Kasihan client aku. Thesis dia tergendala sebab aku lambat siapkan kerja. Kadang-kadang, rasa malas pula nak buat part time ni tapi bila fikirkan MONEY, aku gagahkan jugalah untuk siapkan. Ya lah, duit sekarang ni mengalir laju je. Laju macam air terjun. Tak sempat nak pegang lama-lama duit. Hari ni gaji, esok dah kering. Ibaratnya macam tu lah. That’s why lah aku cuba juga cari side income. So, boleh lah simpan sikit-sikit untuk anak-anak. Biasalah, ramai anak yang nak kena sara. So, kenalah kerja keras. Untuk pendidikan anak-anak lagi, makan minum lagi. Pastu nak bagi duit belanja lagi. hehehe *Cakap tu, macam orang yang dah ada anak*.

Aku selalu berikan ayat tu bila ada orang cakap aku ni gila kerja. Heheh. Bukan gila kerja ya dik, tapi gila duit. Sometimes, kita perlu gila duit tapi janganlah sampai kita jadi hamba duit. For the time being, since aku takdak family lagi... why not aku cari duit dulu, kumpul duit banyak-banyak dan beli some asset. Cet, entah bila la boleh beli tu.

Rasanya kerja 10 tahun pun,  belum tentu boleh beli. Tapi, tak salah kita merancang kan? Sape yang tak nak ada asset sendiri.

Sekarang ni, aku dah rasa tak dak mood nak sambung buat kerja tapi ada sikit je lagi ni hah! Mood dah hilang entah ke mana. So, kena seru balik mood. Bila tumpuan tu dah bercabang, mulalah aku edit-edit gambar. Pastu dengar-dengar lagu, dan buat kerja tak berfaedah maka terhasillah entri mengarut ni. Entri ni memang sangat mengarut dan tak ada motif. Tapi tak apalah, sebagai kenangan. Dah tua-tua nanti, sure aku akan baca balik blog ni. hehe. *kalaulah umur aku sempat sampai ke tua* Bila-bila masa saja Tuhan boleh tarik balik nyawa ni. Entah-entah, belum pun sempat aku siapkan entri ni, aku sudah bergelar jenazah. Mana tahu kan? Kita tak tahu bila ajal kita.

So, dikesempatan ni... selagi aku masih bernafas, aku nak minta maaf kepada semua.
Selama aku hidup ni, pasti aku ada menyakitkan hati sesiapa. Biasalah, perempuan. Kadang-kadang teremo sikit. Nak nak kalau the time of the month. Masa tu, memang emosi tak stabil lah. Cepat je melenting. Pantang orang buat salah, even sebesar kuman pun. Pasti aku akan melenting. So, be aware of it! Maaf, ya? Mungkin aku tak sedar perbuatan aku telah menyakitkan hati orang. Kalau aku tak berkesempatan minta maaf face to face, harapnya you guys out there, i mean those who read my blog and all my friends will apologise me.

Hehehe. Okeylah, mood dah beransur kembali. Aku nak sambung buat kerja. Wish me luck ya. Thanks :-)


16 January 2013

RINDUKAN SESEORANG?

Entri kali ni adalah entri yang paling ringkas.

Aku cuma nak sampaikan sesuatu. Semoga menjadi perkongsian untuk kita semua, bakal-bakal penghuni kubur.

Moh le kita amalkan doa ni.

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada (NAMA SEBENAR) hingga aku menjadi kerinduannya.

JOM KITA BERDOA :-)

Manusia memang macam ni!



Assalamualaikum.

Manusia? Apa itu manusia? “Human being”. Menurut biologi, manusia ni dikelaskan sebagai Homo sapiens. Homo sapiens ni datangnya daripada bahasa Latin. Manusia ni spesis mamalia tapi dilengkapi dengan otak yang berkemampuan tinggi. Manusia ada otak dan akal, okey?

Memang sifat manusia begitu. Bila hadapi masalah, baru nak cari tuhan.

Aku tak cakap pasal orang lain tapi aku cakap tentang diri aku sendiri.
Sudah agak lama aku tidak abadikan diri kepada Sang Maha Pencipta, pemilik diri aku yang abadi.

Aku sudah hampir melupakan-Nya. Walaupun tetap bersembahyang lima waktu tapi hati aku selalu melupakan-Nya.

Namun kini, aku kembali teringatkan-Nya bila aku dalam masalah. Tapi Dia tak pernah marahkan aku walaupun sudah lama aku lupakan-Nya. Sudah lama aku tidak membaca surat cinta daripada-Nya.

Benarlah, hanya Tuhan yang sentiasa disisi kita. Mungkin ada hikmahnya Allah mengujiku di saat ini. Dia ingin aku kembali kepada-Nya dan terus memuja-Nya.

Hanya Dia yang bersedia menerima kita sedangkan seluruh manusia menolak kehadiran kita.

Benarlah, zikir-zikir menyebabkan kita tenang.

Hari ni, jiwa aku sangat tak tenteram. Memang daripada pagi lagi, aku rasa macam ada je yang tak kena. Otak aku ni asyik terfikirkan sesuatu. Dekat office pun, aku tak boleh beri tumpuan sepenuhnya kat kerja. Hari ni sangat tidak produktif. Sepanjang hari, aku hanya mampu siapkan separuh cerita pesantren dan satu cerita cina. Itupun sambung kerja semalam. Entah kenapa, otak ni rasa macam sarat sangat dengan masalah.

Nak mengadu tapi setakat mana sangatlah kita boleh mengadu kepada manusia. Orang lain pun ada masalahnya tersendiri. Takkanlah kita nak bebankan mereka dengan masalah kita pula kan? Tapi, sekarang aku rasa aku terlampau mudah mengadu. Aku rasa, aku patut kembali macam dulu. Dulu, aku jarang menceritakan masalah aku kepada orang lain. Tapi sekarang, aku mudah sangat berkongsi masalah dengan orang lain hingga kadang-kadang, aku risau seandainya masalah aku itu membebankan orang. Mungkin aku tak patut amalkan sikap tu lagi.

Sebelum ni,  semua masalah aku kongsikan dengan Kak Long. Kak Long akan tolong aku selesaikan masalah. At least, buat aku lega. Sekarang, Kak Long pun sibuk. Mana tak nya, dia nak uruskan si baby lagi. Mana nak uruskan si kakak lagi. Mesti sudah tak ada masa untuk dengar luahan aku lagi.

Sekarang, aku perlu belajar untuk hadapi masalah sendiri. Setiap manusia akan ditimpa masalah dan aku tidak terkecuali. Bagaimana aku nak handle?

Sekarang ni, aku memang tak leh fikir macam mana caranya. Buat sementara waktu, aku nak tenangkan fikiran. Aku nak kosongkan fikiran dan tak nak fikir perkara-perkara yang buat fikiran aku kusut. Let the time flies and as time goes, the problems will solve as well. Just wait and see. I hope so. Every cloud has a silver lining orang kata. Tak gitu? Semoga apa yang berlaku, ada hikmahnya.

Guys, doakan aku kuat dan semuanya berjalan dengan lancar ya. Insya-Allah.
Semoga iman kita semua meningkat! Ingatlah, Allah sentiasa ada di sisi bila kita perlukan-Nya. Dia turunkan masalah supaya kita dekat kepada-Nya.

Dia uji kita sebab kita ini hamba kesayangan-Nya.

Sekian saja. Terima kasih.
p/s-lupa nak cakap. Nama baby Kak Long yang kedua ialah Nurul Ainul Insyirah.
     - Untuk bacaan lanjut tentang apa itu manusia, sila klik link ini.
             2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Manusia

06 January 2013


Welcome To The New World, baby.

Assalamualaikum.

Entri ni aku buat khas untuk anak buah terbaru aku, baby girl which is born on 6/7/2012, 4.06 am.

Welcome to the new world, baby. You’re the apple of our eye. Semoga kehadiran orang baru dalam keluarga Kak Long akan menambahkan kebahagiaan baginya dan kami semua.

Yesterday, I’ve tried hard enough to sleep. Ya lah, sudah lewat kot aku tidur semalam. Almost 2.00 am baru aku boleh tidur. Kononnya nak tunggu hingga baby lahir tapi tak larat lah. Agak lama kak long masuk hospital sebelum melahirkan. Dia masuk hospital around 10 pm dan bersalin around 4 am. Lama juga tu!

Si baby seberat 2.6 kg dilahirkan di HSI (I don’t really know what the word stand for-Hospital Sultan Ismail perhaps). Muhammad Aqeef Darwisy pun dilahirkan kat situ.

Abang ipar aku call pukul 5 lebih, just to informed me that my sister was delivered a baby. I really have a bunch of happiness and really thankful to The Almighty. At that time, biasa la aku mamai-mamai. Masa tu, aku sempat dengar yang “Kak Ila dah bersalin...” then talian terputus. Alhamdulillah, felt relieved to find out at the moment. I don’t really care about the gender, the most important thing is both kak long and baby being in good condition and its good enough for me. Alhamdulillah.

Then, aku teruskan tidur aku yang terganggu tadi. Tak kisahlah baby girl or boy, yang penting kak long dan baby selamat. But then, pukul 6 lebih abang ipar aku call lagi. excited to informed that he was just got a baby girl. Okey fine, Alhamdulillah. So, Izzati akan ada competitor. Heheh.

Around 8 a.m, sekali lagi abang ipar aku call. Dia cerita dengan details what happened last night. I thought he got a chance to go in the labor room but unfortunately not.  Dia tertidur dan tak ada orang kejutkan dia masa tu. Sedar-sedar je, kak long dah selamat melahirkan. Masa kak long lahirkan Izzati dulu pun, dia tak sempat balik kampung sebab ada kerja di jb. So, mek aku yang temankan kak long dalam labor room. At that time, kak long sempat lagi balik kampung and delivered di hospital kb but this time, nope! Si baby nak jadi rakyat jb kot. So, si baby tak boleh la nak beli tanah di kelantan. Hurm!

Actually, kak long tengah kemas pakaian untuk balik kampung. Mereka plan nak balik minggu depan. Frankly speak, risau juga sebab kak long dah pernah masuk hospital before this. Doctor Jufri(one of the doctor at penawar-my sis panel clinic) cakap kemungkinan kak long nak bersalin dan dia terus dihantar ke hospital tapi pihak hospital cakap belum masanya lagi. So, kak long dibenarkan balik tapi doktor remind her that the time will come so soon, maybe before the expected date so she have to be careful. Dia MC beberapa hari and the worst part is, still she have to get to work. There are bundle of job waiting at her table and she have to settle it down before leave. Hari Khamis dan Jumaat tu, dia masih bekerja. Masa tengah kemas-kemas baju tu, tetiba sakit perut. Kebetulan abang ipar aku keluar, pergi office. Nasib baiklah office dia tu dekat je dengan rumah. So, dia terus bergegas balik dan hantar ke hospital berdekatan.
Izzati pulak, dia ikut pak cik dia balik rumah nenek di Kempas. Nasib baiklah rumah mertua kak long agak dekat. So, if anything happen, at least ada orang yang boleh diharapkan.

Masa abang ipar aku balik kelantan hari tu pun, adik ipar dia yang temankan. Time tu, dia tengah tunggu masa je nak bersalin. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.

Abang ipar cakap, Izzati dah pandai merajuk sekarang. Mungkin dia akan rasa tergugat kot, kehadiran adik akan buat orang tak sayang dia lagi. Nope darling, still you the one that I love most! Trust me! Kakak cucu sulung Tok Mek dan anak saudara sulung uda, no one can deny it. And my love for you, will never ever being replaced by someone else. Rest assured, darling! But still uda sayang anak-anak saudara yang lain. Uda sayang kamu sama rata sebab kamu semua, sumber kebahagiaan uda!

I can’t even imagine how it feel when a mother giving birth for a child. She have to strugle enough, even broke a nail just to bring us to the world. No wonder, syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Bila cakap pasal bersalin, tetiba je aku rasa takut. Erm, tak sanggup hadapi saat-saat itu. Semasa melahirkan, a mom have to carry out an undertaking from start to finish. Kalau dia give up separuh jalan, I don’t really can’t imagine what will happen to the baby. Bayangkan, 9 bulan pregnant dan bila sampai masanya, terpaksa menanggung kesakitan untuk melahirkan. Bayangkan!

I don’t understand and it bugs me when there are people who abandoned their parents as though their parents are meaningless. They don’t know what their parent have gone through. Kenapa sesetengah orang sanggup menderhaka kepada ibunya? Do you know how hard to gave birth to you, and raise you up? Do you realise? Tak sedar ke betapa susahnya nak lahirkan kau, nak besarkan kau, nak didik kau. Kadang-kadang, aku rasa tersentuh bila tengok orang bercakap kasar or tinggikan suara dekat mak  ayah dia. Mule-headed bimbo, really! That’s the perfect word for them!

Aku ni bukannya baik sangat. Aku akui, aku ni agak kasar dan nakal masa kecik-kecik dulu. Selalu lawan cakap mak dan ayah. Aku akan pastikan aku dapat apa yang aku inginkan. Tapi, bila aku dah besar dan boleh fikir, aku cuba untuk perbaiki diri aku. Aku tak nak buat mek dan ayah aku terasa hati or whatsoever. Sebab tu lah, aku cuba sebaik mungkin berlembut dengan mereka. Mereka bersusah payah jaga kita. Lebih-lebih lagi, masa kita kecil. Mak dan ayah berusaha around the clock untuk jaga dan besarkan kita. Ayah pula bekerja keras untuk cari rezeki. In my case, both mom and dad yang bekerja cari duit untuk besarkan kami adik beradik. Parent kami petani, so they help each other to find a penny for us, to grow us up and let us see the world like others! We got perfect education and Alhamdulillah, sekarang kami semua sudah boleh dikatakan agak berjaya. Cuma tinggal adik yang bongsu saja. Harapnya dia pun akan berjaya dan boleh balas jasa mek dan ayah.

Agak panjang aku membebel hari ni. Biasalah, hari minggu dan tak keluar ke mana-mana. Kebetulan, dapat ahli baru dalam keluarga. So, it goes withous saying that I’m really happy! Yeeha~!! Okey, much thanks to Allah.

Rasanya sampai sini dulu. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu *bajet diva gitu*. Terima kasih. :-)

Mom out there, you guys are great and amaze me! In fact, i’m not sure that i can be like all of you~ Kamu bertarung nyawa as though one foot in the grave just to bring a baby to the world. Memang mengagumkan! Me respect moms out there!

Menunggu kedatangan orang baru.


Assalamualaikum.

TARIKH ASAL:6 JANUARI 2013

Guys, sekarang ni sudah pukul 1.36 pagi. Mata aku masih segar lagi ni. Puas aku cuba pejamkan mata. Tutup lampu dan cuba nak tidur tapi tak boleh tidur. Biasanya aku pantang letak kepala atas bantal. Mulanya malas nak buat entri tapi bila memikirkan dah lama blog aku tak update, so aku rajin-rajinkan diri juga. Kat rumah tak ada internet connection, so hari Isnin barulah entri ni akan dipublish.

Mata masih tak mengantuk. (>.<)

Tahu kenapa? Aku sedang tunggu khabar gembira daripada abang ipar aku. Tadi, mak telefon cakap kak long masuk hospital nak bersalin. Lebih kurang pukul 10 camtu la. Tak lama kemudian, abang ipar aku pulak telefon. Seriously, aku sangat-sangat happy.
Izzati akan dapat adik. Yeeha! Uda pulak yang terlebih excited. Pukul 12 tadi, abang ipar aku message. Jelas kedengaran dia happy gegila tapi dia cakap, kak aku masih tak bersalin lagi. doktor tengah check dan dijangkakan dalam 20 minit lagi. tapi, sekarang ni sudah pukul 1.40 pagi. Abang tak message or telefon pun lagi.

Si Izzati pulak pandai-pandai dia je nak beri nama. Dia suruh umi dia letak nama Nurul Fatihah. Tak ada komersial langsung nama tu. Kalau kak long nak letak nama tu jugak, boleh tapi at least letaklah nama lain sebelum tu. Aku cadangkan letak nama Nurul Ainul Fatihah. Aku tak tahu daripada mana dia dapat nama tu.

Agak-agak, berapa umur anak sedara aku, si Izzati tu? Sebenarnya, umur dia baru 3 tahun lebih. Tapi mulut dan perangai, mengalahkan orang tua. Lappy, handphone ayah dan umi dia memang dah jadi hak milik abadi dia dah.

Dia dah pandai bukak sendiri lappy ayah dia. Pasang upin ipin sendiri. Handphone pon sama. Dia siap boleh dail sendiri lagi. Biasanya dia selalu call  aku, mek dan abang aku. Siap tekan-tekan sendiri ya. Aku tak tahulah, kenapa otak dia tu bijak sangat. Handphone aku ni, sekali je dia tengok aku buka kamera. Terus dia boleh buat sendiri. Handphone touch screen memang mudah compare to  yang ada keypad which is more complicated .

Yeay! Tak sabar nak tunggu si baby kecil keluar. Harapnya si baby kali ni hidung mancung la. Dah la si Izzati tu, hidung kemek. Hehe *sesuka hati je kutuk anak buah sendiri*. Rilex sayang, uda pun hidung kemek jugak tapi tak adalah sekemik kakak.

Mulai daripada sekarang, kena biasakan diri panggil Izzati dengan panggilan kakak la pula. Dia dah boleh bahasakan diri dia kakak tapi aku ni, masih tetap terbiasa panggil adik. Konon, dulu panggil adik. Sampai sekarang, tetap panggil adik. So, lidah ni kena control. Kena biasakan diri panggil kakak.

Insya-Allah, tahun 2013 ni aku akan dapat dua orang anak buah baru. Sekarang dah ada dua dan yang bakal lahir malam ni Insya-Allah seorang. Bulan tujuh nanti pula Insya-Allah seorang lagi. heheh~ habislah duit uda. Time raya mesti kopak poket uda. Tak apalah, demi anak-anak buah tersayang.

Asalkan buah-buah hati uda jadi orang yang berguna dan anak soleh. Oke, sayang? Uda harap anak-anak buah uda dapat gembirakan hati umi dan ayah, abah dan mama. Uda juga harap anak-anak buah uda dapat berbakti kepada mak-mak sedara dan pak-pak sedara. Yang paling penting, berbakti kepada Tok Mek dan Tok Ayah. Ingat tu?

Rasanya kat sini lah dulu. Mata masih tak mengantuk. Mungkin aku perlu buat kerja sekejap. Kalau dah buat kerja, maybe mata akan mula mengantuk. See, baru je sebut pasal kerja. Aku dah mula menguap. Dabedabedu! Berkesan jugak. Tapi, abang masih tak message aku. Nak jugak tahu dah bersalin ke belum. Risau ni~ semoga tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Semoga kak long dan baby selamat dan sihat. Amin.

Sekian, terima kasih.

01 January 2013

Tragedi penutup 2012


Assalamualaikum.,
Sudah beberapa hari blog ini tidak di update. Biasalah, time ni agak sibuk. Hari ahad pun kerja, nak siapkan cerita-cerita untuk cover hari isnin dan selasa cuti. Entri ni dibuat hari Isnin iaitu 31/12/2012 tapi akan dipublishkan hari rabu. Sebabnya? Kat rumah tak ada internet connection. Kenalah publish guna internet office.

Dalam beberapa hari ni, banyak benda yang berlaku. Kami terlibat dengan accident! Actually tak adalah teruk sangat tapi kereta memang teruklah. Remuk bahagian depan dan perlukan ribuan jugak kalau nak repair.

Lepas kerja hari ahad iaitu 29/12/2012 tu, kami ke paradigm mall di kelana jaya. Kami keluar office pon, dah pukul 7.45 camtu. Then sampai kat paradigm mall dan ada kawan tunggu di oldtown paradigm.

Nak dijadikan cerita, parking di paradigm tu jenis parking atas dan berpusing-pusing tu. Masa nak naik tu, memang aku dah rasa seram. Takutlah nak naik ke tempat parking tu. Sangat berpusing dan memeningkan.

Masa nak naik tu okey sajalah. Tak ada benda yang berlaku but bila dah selesai urusan kami tak sini, tibalah masa nak balik.

Masa mula-mula nak turun tu, semuanya okey saja. Tapi, bila sampai-sampai di pusinan yang terakhir, kereta hilang kawalan dan tak boleh nak brek. Brek tak makan. Puas tekan brek tapi tak jugak jadi-jadi. Nasib baiklah kawan ni ambil tindakan yang pantas.

Dia langgar dinding tu. Masa tu cemas sangat dan tak tahu nak buat apa. Tak pernah aku bayangkan akan berada dalam situasi macam tu. Rasa macam dalam drama pulak. Kalau kawan aku tu tak langgar dinding dan terus meluncur turun, lagi teruk jadinya sebab kat bawah tu terus jalanraya. Memang banyak kereta lalu-lalang. Kalau masuk ke jalan raya, memang aku tak boleh bayangkan apa yang berlaku. Entah-entah, sekarang ni aku terdampar di hospital. Kalau langgar dinding, tak adalah teruk sangat kesannya. Lagipun kalau dinding rosak, tak perlu bayar. Kalau kereta orang lain rosak, kena bayar.

Keesokan hari tu. 30/12/2012 kami p bengkel. Konon-konon nak tengok berapa anggaran kalau nak repair. Ingatkan tak sampailah RM500 tapi rupanya dekat RM2000. Terpinga-pinga kami. Tapi nasib baik boleh claim insurans. Nampak macam rosak sikit rupanya banyak kerosakan bahagian dalam. Tangki air pecah dan bahagian depan sebelah penumpang memang remuklah. Lepas tu, kami pergi balai polis untuk buat report. Itu kali pertama dalam hidup tapi at least, aku dah tahu macam mana nak buat report. Nasib baik polis tu baik. Dia siap cadangkan orang yang uruskan hal-hal insurans lagi, maybe boleh dipercayai sebab polis yang cadangkan. So, kami berurusan ddengan dialah.

Kelmarin dan semalam memang hari yang sangat memenatkan dan memeningkan. Malam tadi, balik daripada jejalan cari makan, housemate aku plan nak tengok movie bersama kat rumah dan untuk rasmikan TV baru. So, dengan bersemangatnya aku nak tengok tapi baru je cerita mula, aku dah lena. Memang kepenatan rasanya! Tapi nasib baik cuti sampai hari selasa. So, ada masa nak rehatkan badan. Harapnya staff baru masuk secepat mungkin. Sebab sekarang ni tengah berlaku lambakan kerja di office. Banyak cerita yang mesti dihantar. Setiap hari, mesti hantar cerita Pesantren Rock & Roll, Critical Moment, La fuerza, dan tiga buah cerita daripada HBO. Tak tahulah sempat ataupun tak. Bos aku pun memang dah penat. Dia pun dah tak sanggup tapi nak buat macam mana. Client bagi, so ambiklah time ada job ni.

Okeylah, rasanya sampai sini lah dulu kot. Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...