"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

02 January 2012

di saat berhadapan dengan situasi itu

Assalamualaikum.

Rajin sungguh aku update kan ? Hati aku tak tenang sebenarnya. Sebab tu la aku rajin bebeno nak update belog ni. Tak tahu kenapa tetiba je ada mood nak update belog.

Kenapa kita perlu berhadapan dengan situasi dan orang yang kita tak nak jumpa eh ? Padahal kita kalau boleh langsung tak nak jumpa . Langsung tak nak tengok. Langsung tak nak dengar suara. Langsung tak nak Langsung tapi kenapa ?

Sebab ?

Alasan ?

Mungkinkah ?

Oke fine ! Lupakan ! Tetiba je mood mati. Aku langsung tak jumpa alasan dia. Sampai jenuh otak duk pikir padahal tak penting pon. Perlu anggap itu adalah "KEBETULAN". Harus lah aku jumpa kan ? Kalau tak nak jumpa orang, p duduk dalam gua sana ! ye dak ? So, nak tak nak perlu la pekakkan telinga, butakan mata dan keraskan hati .

Dalam hidup ni, kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku. Semua berlaku dengan tiba-tiba. Mungkin hari ini kita sayang separuh mati dekat orang tu tapi pada masa hadapan, mungkin dia akan jadi orang yang kita benci separuh mati kan ? Hehe. Tak dak la sampai macam tu skali. Tak dak nya sampai separuh mati.

So, untuk langkah lebih selamat jangan sayang atau benci sapa-sapa. Mana tahu orang yang kita benci hari ini mungkin jadi orang yang kita sayang nanti ? Mungkinkah ? Mungkin ! Tak mustahil oke !

Oke dah ! Nak sambung study. Exam ada brapa hari je lagi. Banyak lagi note yang aku tak sentuh. Btw, sekarang dah masuk tahun 2012. Apakah perubahan yang akan berlaku ? Semoga tahun 2012 lebih baik dari 2011. Ceh stereotype je ayat ! Of course la. Tak kan la nak suh makin teruk kan ?

Sekian, Terima kasih.

~smile~

29 December 2011

Exam oh Exam !

Assalamualaikum.

Yeay ! Dah berkurun aku tak update. Entah lah, ada je hati nak update tapi biasa lah kan. Banyak kerja yang lebih penting. Kalau ada masa free pon, banyak masa aku habiskan dengan selongkar-selongkar mukabuku. Last update masa birthday aku dulu, bulan 10. Oke la tu kan..2 bulan skali update. Hohoho

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2012 kan ? Cepatnya masa berlalu. Tahun 2011 dah nak berlalu. Ada sehari je lagi. Hari ni hari Jumaat last bagi tahun 2011. Semoga tahun yang akan datang lebih baik dari tahun sebelumnya ! Tahun depan InsyaAllah aku dah grad ! Mungkin ni exam terakhir yang aku perlu ambik sebab next sem, kemungkinan semua paper 100% koswork. So, dah tak de final exam.



4 haribulan dah mula exam tapi satu habuk pon tak de dalam kepala otak aku ni. Baca tapi sikit sangat yang masuk dalam kepala ni. Kenapa eh ? Adakah aku sudah tua ? Kapasiti otak dah penuh kot tak pon dah banyak virus, so tak leh nak save maklumat baru lagi dah. Kena format dulu kot ! Kalau lah otak ni macam komputer, boleh format-format kan ? Eh bahaya jugak ! Kalau lah format, nanti semua benda alah dalam tu hilang. Allah s.w.t dah cipta manusia dengan baik oke ! Macam mana ciptaan manusia boleh menandingi ciptaan Allah s.w.t ? Mustahil kan ?

Semoga aku boleh fokus dengan apa yang aku baca. Dalam otak ni hanya duk pikir nak balik kampung cepat-cepat je ! Tak sabar menunggu ! Lepas exam kita balik kampung ya. Oh kampung Gelong Badak Hulu, nantikan kepulangan hamba oke. Abis je exam, hamba akan segera pulang menemui orang-orang kesayangkan hamba ! Yeay !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...