"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

06 December 2010

Permulaan tahun baru hijrah~

Assalamualaikum..

Yeay ! happy new year ! ari ni hari pertama bagi tahon 1432H bersamaan dengan 1 Muharam. Kalo cakap pasal tahon baru nie..perkara pertama yang melintas dalam otak pikiran mesti pasal azam tahon baru kan? So..apakah azam anda?

Sekarang ni bulan asyura. Bererti nanti boleh la aku makan sura banyak-banyak. Hik3..(makan je kerjanya). Lepas ni mesti ramai orang yang akan buat sura terutama skali di masjid-masjid. Best kan..bergotong royong untuk memasak benda tu. Begini lah suasana kampung..semua orang bergotong royong apabila ada sesuatu event. Aku pon dah lama kot tak menyertai gotong royong camtu. Ye la kan..aku dah besar then segan kot nak p sana..biar mek n ayah je la yang p.

Masa kecik-kecik dulu, aku selalu ikot aktiviti macam tu..bukan p tolong pon tapi p menyibuk. Kalo masa kecik dulu..time ada orang buat sura, kami-kami pon sibuk gak..sibuk menyibok. Hik3..best sangat masa dolu-dolu. Bila orang-orang tua sibok mengacau sura,kami pon sibuk gak mencari tempurung. Tempurung tu kami akan bersihkan dan make sure ianya tersangat bersih. Kami dolu siap bertanding lagi..tengok tempurung sapa yang paling bersih dan cantik..mesti korang yang pernah melalui pengalaman ini tahu betapa seronoknya zaman dolu-dolu. Tempurung tu kami guna untuk bubuh sura tu la..hak3. adei..kalo sura yang baru masak, panas-panas dan lembik lagi then masuk dalam tempurung tu..sedapnya. makan pulak ramai-ramai. Mak ai...memang best sangat.

Itulah pengalaman berharga masa kecik-kecik dolu yang rata-ratanya TERsangat manis untuk dikenang. Budak zaman sekarang ni tak merasa kot suasana macam tu sebab kebanyakan budak zaman sekarang mana dah tak kuar rumah dan join benda camtu..mereka lebih suka duk umah tonton tv, ngadap laptop, online and what so ever lagi la..macam tak best je zaman mereka kan? Mereka dah tak tangkap ikan, mandi sungai, main masak-masak macam budak dolu-dolu. Bila pikir-pikir balik, rasa cam nak balik ke zaman kanak-kanak plak..masa tu reti main je. Balik sekolah, lepas makan terus kuar..p main ngan kawan-kawan. TERsangat indah saat tu.

Rasanya cukuplah entri kali ni. Nak p sembahyang subuh sat. Sekarang ni sudah pukul 6. Ces..awal siot aku bangun semata-mata nak update blog. Bukan la..aku tersedar tadi then nak tido balik takot terbabas subuh. So, buat la something untuk isi masa sebelom subuh. Kat sini aku nak ambik kesempatan untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU ISLAM. Bersyukur kepadaNya kerana masih ditemukan dengan tahun baru. Semoga kita perbaiki niat dan teruskan usaha kearah lebih baik. InsyaAllah dengan izinNya.

p/s : tarikh sebenar entri ni adalah 7 disember 2010 tapi tarikh kat sini 6 disember.

03 December 2010

impian dan angan-angan

Assalamualaikum..

Agak lama aku tidak meng“update”  entri aku ni. Bukanya apa..aku mengalami sindrom-sindrom kebizian yang melampau. Ces..macam la busy sangatkan. Tak lah busy sangat Cuma aku tak dak masa nak update entri ni. Pejam celik sudah seminggu aku duk umah dan automaticly sudah seminggu jugak lah aku tinggalkan usm terchenta. Hik3..TERCHENTA? cinta la sangat..yes of course aku sayang usm. Tempat aku tuntut ilmu tu wei..d usm la aku kenal edward de bono..aku kenal Peter Nermark..aku kenal teori skopos. Banyak benda yang aku kenal di usm. Di usm jugak lah aku kenal tentang kehidupan sebenar.

Kali ni aku bukan nya nak tulis pasal usm tapi aku nak tulis pasal impian dan angan-angan. Ada orang pernah berkata..bermula dengan angan-angan menjadi impian..dan adanya impian,kita akan berusaha kan? Jadi..haruslah kita berangan-angan. Tapi nak berangan pun kena lah pada tempatnya kan? Jangan berangan tak kira tempat..ni tengah bawak motor pon masih boleh berangan. Sudahnya berangan la sorang-sorang kat dalam hospital. 

Masa kecik-kecik dulu aku selalu berangan-angan nak masuk u. See..sekarang ni aku dah capai cita-cita aku untuk masuk u. Masa kecik-kecik dulu..mek selalu nasihatkan aku belajar sungguh-sungguh. Aku ni bukan nya budak yang pandai masa kecik-kecik dulu. Aku selalu dapat nombor tercorok masa sekolah rendah dulu..kesian kan? Namun tu kisah lama..sekarang aku dah penuhi salah satu impian aku.

Disini aku Cuma nak cakap..tak salah kalau kita berangan tapi make sure angan-angan kita tu mampu memotivasikan diri kita untuk capai angan-angan tu. Aku ada banyak sangat angan-angan dan impian yang belum tercapai. Rasanya tak perlu lah aku mention kat sini apa angan-angan aku..biarlah aku sendiri yang tahu kan?

Okay..rasanya kat sini je la entri aku kali ni. Dah ketandusan idea..semoga kita semua mampu merealisasikan impian dan angan-angan kita.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...