"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

07 December 2010

hukum menyimpan kuku panjang

assalamualaikum..

hukum menyimpan kuku panjang? sebelum ni aku memang tak tahu apa hukumnya menyimpan kuku panjang sampai lah satu hari aku ada terbaca satu artikel dalam internet. sebelum ni memang aku tak suka simpan kuku panjang..kotor wei. kalo kuku panjang, macam-macam jenis kuman menetap dicelah-celah kuku tu. siap buat negeri lagi kot kat celah kuku tu. ni aku nak share artikel tu..aku copy semua ya. harap dapat ilmu yang bermanfaat daripadanya.

kowang nak tau?? dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

pada hakikatnya~

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang2 tu kowang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

info tambahan~

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..


                                      ni kuku terpanjang di dunia. kalo panjang macam ni..bukan setakat e-coli ada, virus  influenza A H1N1 pon ada ni. masyaAllah..

jadi, kepada sape-sape yang suka simpan kuku panjang-panjang tu..sedar-sedar la yer. 









wireless?

Assalamualaikum...

Wireless? Apakah? Ni nak habaq mai..umah aku dah ada wireless. Hip hip hoorey ! sukanya ! Jadi boleh la aku online 24 hour. Kalo dulu time guna broadband je..kena la guna time abang aku tak guna. Time dia p kerja, baru la aku guna. Online fesbuk je kot..bukannya buat kerja lain. Actually tak de pekdah pon online benda tu. Kengkawan pon dah tak ramai yang online sebab semua balik kampung. Kalo skarang ni..bila-bila masa pon aku boleh guna. 

Semalam budak TM datang pasang kat umah aku. So, lepas je dia pasang..kami-kami (abang aku 2 orang tu then aku) terus je mengadap laptop. Bukan apa..untuk menguji tahap kelajuan internet tu. Boleh tahan la..compare dengan broadband dulu, yang ni lagi laju. Kalo masa broadband dulu, susah sangat nak tengok video plus abang aku tak bagi tengok video..katanya nanti internet akan slow lepas tu. Tapi sekarang kalo tengok video, laju je..dah tak de buffering. Lepas ni boleh la aku tengok video belacan dan paku + video ben bradshaw. Ayah + mek aku lak boleh la tengok video ceramah-ceramah dalam internet especially ceramah ustaz kazim. Kalo sebelom ni tak berani nak nengok video-video tu sume..takot nanti internet slow.

Lepas ni aku boleh la slalu online..especially time malam. Hoorey ! sukanya. Sebelom budak TM tu datang pasang dia punya alat..aku ngan adik aku dah plan macam-macam dah. Rancangan utama kami ialah nak download lagu banyak-banyak. Dia pulak semestinya tak habis-habis dengan cerita plus lagu korea dia tu. Memang hantu korea budak ni. Memang addicted dengan korea sangat-sangat sampaikan anytime je dia dengar lagu korea. Asal bukak laptop je mesti dengar lagu korea, asal dengar lagu korea je mesti bukak laptop. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...