Assalamualaikum.
TARIKH ASAL:6 JANUARI 2013
Guys,
sekarang ni sudah pukul 1.36 pagi. Mata aku masih segar lagi ni. Puas aku cuba
pejamkan mata. Tutup lampu dan cuba nak tidur tapi tak boleh tidur. Biasanya
aku pantang letak kepala atas bantal. Mulanya malas nak buat entri tapi bila
memikirkan dah lama blog aku tak update,
so aku rajin-rajinkan diri juga. Kat
rumah tak ada internet connection, so hari Isnin barulah entri ni akan dipublish.
Mata masih tak mengantuk. (>.<)
Tahu kenapa? Aku sedang tunggu khabar gembira daripada
abang ipar aku. Tadi, mak telefon cakap kak long masuk hospital nak bersalin.
Lebih kurang pukul 10 camtu la. Tak lama kemudian, abang ipar aku pulak
telefon. Seriously, aku sangat-sangat
happy.
Izzati akan dapat adik. Yeeha! Uda pulak yang terlebih excited. Pukul 12 tadi, abang ipar aku message. Jelas kedengaran dia happy
gegila tapi dia cakap, kak aku masih tak bersalin lagi. doktor tengah check dan
dijangkakan dalam 20 minit lagi. tapi, sekarang ni sudah pukul 1.40 pagi. Abang
tak message or telefon pun lagi.
Si Izzati pulak pandai-pandai dia je nak beri nama. Dia
suruh umi dia letak nama Nurul Fatihah. Tak ada komersial langsung nama tu.
Kalau kak long nak letak nama tu jugak, boleh tapi at least letaklah nama lain sebelum tu. Aku cadangkan letak nama
Nurul Ainul Fatihah. Aku tak tahu daripada mana dia dapat nama tu.
Agak-agak, berapa umur anak sedara aku, si Izzati tu?
Sebenarnya, umur dia baru 3 tahun lebih. Tapi mulut dan perangai, mengalahkan
orang tua. Lappy, handphone ayah dan
umi dia memang dah jadi hak milik abadi dia dah.
Dia dah pandai bukak sendiri lappy ayah dia. Pasang upin ipin sendiri. Handphone pon sama. Dia siap boleh dail sendiri lagi. Biasanya dia
selalu call aku, mek dan abang aku. Siap tekan-tekan
sendiri ya. Aku tak tahulah, kenapa otak dia tu bijak sangat. Handphone aku ni, sekali je dia tengok
aku buka kamera. Terus dia boleh buat sendiri. Handphone touch screen memang mudah compare to yang ada keypad which is more complicated .
Yeay! Tak sabar nak tunggu si baby kecil keluar. Harapnya si baby
kali ni hidung mancung la. Dah la si Izzati tu, hidung kemek. Hehe *sesuka hati
je kutuk anak buah sendiri*. Rilex sayang, uda pun hidung kemek jugak tapi tak
adalah sekemik kakak.
Mulai daripada sekarang, kena biasakan diri panggil
Izzati dengan panggilan kakak la pula. Dia dah boleh bahasakan diri dia kakak
tapi aku ni, masih tetap terbiasa panggil adik. Konon, dulu panggil adik.
Sampai sekarang, tetap panggil adik. So,
lidah ni kena control. Kena biasakan
diri panggil kakak.
Insya-Allah, tahun 2013 ni aku akan dapat dua orang anak
buah baru. Sekarang dah ada dua dan yang bakal lahir malam ni Insya-Allah
seorang. Bulan tujuh nanti pula Insya-Allah seorang lagi. heheh~ habislah duit
uda. Time raya mesti kopak poket uda. Tak apalah, demi anak-anak buah
tersayang.
Asalkan buah-buah hati uda jadi orang yang berguna dan
anak soleh. Oke, sayang? Uda harap anak-anak buah uda dapat gembirakan hati umi
dan ayah, abah dan mama. Uda juga harap anak-anak buah uda dapat berbakti
kepada mak-mak sedara dan pak-pak sedara. Yang paling penting, berbakti kepada
Tok Mek dan Tok Ayah. Ingat tu?
Rasanya kat sini lah dulu. Mata masih tak mengantuk.
Mungkin aku perlu buat kerja sekejap. Kalau dah buat kerja, maybe mata akan mula mengantuk. See, baru je sebut pasal kerja. Aku dah
mula menguap. Dabedabedu! Berkesan jugak. Tapi, abang masih tak message aku. Nak jugak tahu dah bersalin
ke belum. Risau ni~ semoga tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Semoga kak long
dan baby selamat dan sihat. Amin.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment