Assalamualaikum.
Manusia? Apa itu manusia? “Human being”. Menurut biologi, manusia ni dikelaskan sebagai Homo sapiens. Homo sapiens ni datangnya daripada bahasa Latin. Manusia ni spesis mamalia tapi dilengkapi dengan otak yang berkemampuan tinggi. Manusia ada otak dan akal, okey?
Memang sifat manusia begitu. Bila hadapi masalah, baru
nak cari tuhan.
Aku tak cakap pasal orang lain tapi aku cakap tentang
diri aku sendiri.
Sudah agak lama aku tidak abadikan diri kepada Sang Maha
Pencipta, pemilik diri aku yang abadi.
Aku sudah hampir melupakan-Nya. Walaupun tetap
bersembahyang lima waktu tapi hati aku selalu melupakan-Nya.
Namun kini, aku kembali teringatkan-Nya bila aku dalam
masalah. Tapi Dia tak pernah marahkan aku walaupun sudah lama aku lupakan-Nya.
Sudah lama aku tidak membaca surat cinta daripada-Nya.
Benarlah, hanya Tuhan yang sentiasa disisi kita. Mungkin
ada hikmahnya Allah mengujiku di saat ini. Dia ingin aku kembali kepada-Nya dan
terus memuja-Nya.
Hanya Dia yang bersedia menerima kita sedangkan seluruh
manusia menolak kehadiran kita.
Benarlah, zikir-zikir menyebabkan kita tenang.
Hari ni, jiwa aku sangat tak tenteram. Memang daripada pagi lagi, aku rasa macam ada je yang
tak kena. Otak aku ni asyik terfikirkan sesuatu. Dekat office pun, aku tak
boleh beri tumpuan sepenuhnya kat kerja. Hari ni sangat tidak produktif.
Sepanjang hari, aku hanya mampu siapkan separuh cerita pesantren dan satu
cerita cina. Itupun sambung kerja semalam. Entah kenapa, otak ni rasa macam
sarat sangat dengan masalah.
Nak mengadu tapi setakat mana sangatlah kita boleh
mengadu kepada manusia. Orang lain pun ada masalahnya tersendiri. Takkanlah
kita nak bebankan mereka dengan masalah kita pula kan? Tapi, sekarang aku rasa
aku terlampau mudah mengadu. Aku rasa, aku patut kembali macam dulu. Dulu, aku
jarang menceritakan masalah aku kepada orang lain. Tapi sekarang, aku mudah
sangat berkongsi masalah dengan orang lain hingga kadang-kadang, aku risau
seandainya masalah aku itu membebankan orang. Mungkin aku tak patut amalkan
sikap tu lagi.
Sebelum ni, semua
masalah aku kongsikan dengan Kak Long. Kak Long akan tolong aku selesaikan
masalah. At least, buat aku lega. Sekarang, Kak Long pun sibuk. Mana tak nya,
dia nak uruskan si baby lagi. Mana nak uruskan si kakak lagi. Mesti sudah tak
ada masa untuk dengar luahan aku lagi.
Sekarang, aku perlu belajar untuk hadapi masalah
sendiri. Setiap manusia akan ditimpa masalah dan aku tidak terkecuali.
Bagaimana aku nak handle?
Sekarang ni, aku memang tak leh fikir macam mana
caranya. Buat sementara waktu, aku nak tenangkan fikiran. Aku nak kosongkan
fikiran dan tak nak fikir perkara-perkara yang buat fikiran aku kusut. Let the
time flies and as time goes, the problems will solve as well. Just wait and
see. I hope so. Every cloud
has a silver lining orang kata. Tak gitu? Semoga apa yang berlaku, ada
hikmahnya.
Guys, doakan aku kuat dan semuanya berjalan dengan
lancar ya. Insya-Allah.
Semoga iman kita semua meningkat! Ingatlah, Allah
sentiasa ada di sisi bila kita perlukan-Nya. Dia turunkan masalah supaya kita
dekat kepada-Nya.
Dia uji kita sebab kita ini hamba kesayangan-Nya.
Sekian saja. Terima kasih.
p/s-lupa nak cakap. Nama baby Kak Long yang kedua ialah
Nurul Ainul Insyirah.
- Untuk bacaan lanjut tentang apa itu manusia, sila klik link ini.
No comments:
Post a Comment