"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

17 December 2010

pemuda dan harta karun~

Assalamualaikum..

malam ni aku nak cite satu cerita..

harap kita semua boleh ambik ikhtibar dari cite ni.

pada zaman dahulu..ada sorang pemuda miskin yang tersangat miskin. hidupnya diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. dia tinggal bersama emaknya dan seorang adik perempuan. ayahnya telah meninggal dunia. pada satu hari, dia terjumpa dengan seorang lelaki tua semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kebun. 

lelaki tua tu telah bagitahu pemuda miskin tersebut bahawa terdapat harta karun di hujung kampungnya. harta karun itu tertanam 6 kaki di bawah tanah dan ditanam di tanah gersang dimana tidak ada sebatang pokok pon yang boleh hidup di situ.

lalu, pemuda tersebut pon pergi mencari harta karun. akhirnya dia menjumpai tanah yang gersang itu. kemudian dia mula menggali tanah tersebut. 

gali punya gali, akhirnya sampai 1 kaki. semasa dia menggali, datang seorang pemuda bertanya kepada dia kenapa dia gali di tanah gersang tersebut sedangkan tidak ada pokok pon yang boleh hidup disitu. dia tidak menghiraukan pertanyaan pemuda tersebut dan terus menggali.

dia terus menggali lagi hingga 2 kaki..dan datang pulak sorang mak cik bertanya soalan yang sama seperti pemuda tadi. pemuda miskin tersebut juga tidak menghiraukan pertanyaan puan mak cik tersebut. dia teruskan menggali.

pemuda miskin itu teruskan menggali dan sampai ke 3 kaki, datang lagi seorang lelaki. juga bertanya soalan yang sama seperti encik pemuda dan puan mak cik tadi. namun pemuda miskin itu juga tidak menghiraukan pertanyaan encik seorang lelaki itu. dia terus menggali.

kerja-kerja menggali diteruskan hingga ke 5 kaki, datang lagi seorang insan, juga penduduk kampungnya. insan tersebut juga mengajukan soalan yang sama iaitu kenapa dia menggali lubang di tanah yang gersang tu. sedangkan tidak ada pokok yang boleh tumbuh di tanah tersebut. pemuda miskin itu pun menceritakan bahawa terdapat harta karun di bawah tanah tersebut. seorang insan itu berlalu meninggalkan pemuda miskin itu. dia sama sekali tidak percaya bahawa terdapat harta karun.

pemuda miskin itu meneruskan kerja menggali. bila sampai ke 6 kaki, datang lagi seseorang. kali ni seorang budak lelaki yang berumur 8 tahun menghampiri pemuda miskin itu. budak lelaki itu bertanya soalan yang sama seperti orang-orang yang sebelumnya. bila pemuda miskin itu bagitahu bahawa terdapat harta karun dibawah tanah tersebut, budak lelaki itu mentertawakan pemuda tersebut. budak lelaki itu menyatakan bahawa pemuda miskin itu sudah tidak waras lalu pergi meninggalkan pemuda miskin itu sorang-sorang.

bila budak lelaki tu pergi meninggalkannya, pemuda miskin tu mula berfikir. betul jugak kata orang-orang kampung tu. buat apa dia gali, buat penat je..baik dia balik berehat dirumah. lagipun, mana ada harta karun..mesti orang tua tu menipu dia. lalu pemuda miskin itu pon pulang kerumah tanpa meneruskan kerja menggali yang berbaki 1 kaki je lagi.

bila pemuda miskin tu balik, datang lah seorang pemuda cerdik menyambung kerja-kerja menggali yang berbaki 1 kaki je lagi tu. gali punya gali..akhirnya pemuda cerdik itu melihat satu kotak besar. itulah harta karun..

akhirnya harta karun itu menjadi milik pemuda cerdik itu. pemuda miskin tersangat menyesal kerana tidak terus menggali tanah itu. seandainya dia tidak mendengar kata-kata orang kampung, mesti kini harta karun tersebut telah menjadi miliknya.

moral of the story:
jangan cepat melatah dengan apa yang orang kata~
orang hanya mampu berkata-kata..yang penting kita tahu apa yang kita lakukan.
biaq p la mereka..janji kita dapat harta karun tu. 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...