"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

08 December 2010

aku tersentuh !

Assalamualaikum..

ni entri kedua untuk hari ni. pecah rekod kot sebab aku mampu hasilkan 2 entri dalam sehari. bukan apa..sejak akhir-akhir ni aku rajin ckit nak mengupdate blog aku ni.

hari ni aku tersangat tersentuh melihat pengorbanan kedua ibu bapa aku ! rasanya tak sabar nak kerja. aku nak tolong mereka..Ya Allah...hanya Engkau mampu membalas jasa mereka. mereka tersangat baik terhadap kami. janganlah kau jadikan kami anak yang derhaka. 

hati aku tersangat hiba sekarang ni. peristiwa ni berlaku bebarapa minit yang lalu dan kesannya tersangat mendalam dan menusuk kedalam hati aku. rasanya tak perlu aku catatkan disini apa yang berlaku. cukuplah aku catat peristiwa tu  dalam hati  dan memori aku. hampir menitis air mata aku tadi tapi aku cuba mencoverkan diri ini supaya segalanya tak ketara. 

ayah dan mek adalah segala-galanya bagi aku. tanpa mereka, siapalah aku sekarang ni. tak mungkin aku mampu menjadi segemuk sekarang tanpa mereka. dan tak mungkin jugak aku mampu mengenal ABC tanpa usaha mereka untuk menyekolahkan aku. aku berasal dari keluarga sederhana. aku berasal daripada keluarga petani. kehidupan kami bukan nya sesenang orang lain. pagi petang kami terpaksa bekerja keras membanting tulang untuk mencari rezeki terutamanya mek dan ayah aku.

ayah tetap dengan usahanya. ayah seorang lelaki yang berhati waja. dia tidak pernah menyerah. sebagai ketua keluarga, dia akan memastikan keperluan kami mencukupi. aku tersangat kagum dengan ayah. walaupun usia dia sekarang 50 lebih tapi semangat dan usahanya mengalahkan orang muda. walaupun kami dah dewasa dan abang-abang dan kakak aku dah bekerja..namun dia tetap bekerja. tak nak menyusahkan kami katanya. ayah aku seorang yang workaholic. kalo tak bekerja...memang tak boleh. ari tu dia selalu demam-demam sebab tak bekerja. dia jenis yang tak boleh duk diam. kalau duk diam..mula lah badan dia lemah. sekarang ni kami dalam proses untuk tanam tembikai, lada dan tembakau. bayangkan macam mana mereka nak uruskan tanaman-tanaman tersebut? hanya mek dan ayah je yang boleh uruskan semua tu. kami adik-beradik dah tak boleh nak tolong sangat. kakak dan abang aku kerja..dan stay kat johor. kakak aku sebagai pekerja di syarikat swasta..mana boleh cuti sesuka hati. abang aku lak seorang cikgu. sekarang ni boleh la dia balik sebab musim cuti sekolah. bila sekolah dah bukak nanti..macam mana? abang jie aku lak kerja..tugas dia sebagai pegawai farmasi di sebuah klinik di sini memerlukan dia bekerja dari pukul 8 hingga 5 petang. aku pulak..bila dah mula semester, sukar untuk aku pulang ke kampung. adik aku pulak..tinggal di asrama. jadi, sape yang akan tolong mereka? entah la..kami dah banyak kali larang tapi ayah aku tetap dengan keputusan dia. dia tak boleh kalo tak kerja..


aku berharap sangat usaha mereka diberkati Allah S.W.T dan mendatangkan hasil yang lumayan. aku teringin sangat melihat mek dan ayah aku menunaikan haji. sekarang ni aku tak mampu untuk merealisasikan impian tersebut. ye la..aku belajar pon tak habis lagi.

                         hanya ALLAH S.W.T mampu membalas jasamu ayah dan mek !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...