"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

07 December 2010

berjanji sehidup semati?

Assalamualaikum..

Selamat pagi ya. ari ni adalah 2 muharam..hari kedua tahun baru hijrah. sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru rupanya. macam yang aku pernah cite dalam entri sebelumnya, aku tertunggu-tunggu kot orang buat suro. dah lama tak makan suro. ari ni, pagi-pagi lagi aku dah bangun. lepas bayar hutang aku kepada Allah S.W.T iaitu solat subuh, aku terus jalankan tugasan aku sebagai orang perempuan iaitu kemas umah dan basuh pakaian..kalo tang brekfes, bukan aku yang siapkan. aku biasanya akan tolong-tolong je mana yang patut. ye la kan..aku ni mana la pandai sangat masak-memasakan ni. setakat masak benda-benda simple macam nasik goreng tu boleh la..

entri aku kali ni adalah berdasarkan tajuk diatas. okay..kalo ada sapa-sape tak perasan tajuk di atas, sekali lagi aku sebut...ops bukan sebut tapi tulis. "BERJANJI SEHIDUP SEMATI". apakah? kenapakah aku tulis entri ni? adakah sebab ada orang nak sehidup semati dengan aku? atau aku yang janji nak sehidup semati dengan sapa-sapa? jeng jeng jeng..

berjanji sehidup semati konon..sebelom kawin boleh la cakap sehidup semati. konon-kononnya nak tunjuk la yang dia ni sayang girlfriend dia lebih. adei..kelakar kan ? memang kelakar ! berbaloi-baloi ! aik..apa kaitannya  pulak?  tak pe2..abaikan je kalo rasa takde kaitan.

mesti pelik je kan tetiba je aku tulis pasal ni? entah la..aku pon pelik. tadi aku ada terdengar satu lagu..entah la tajuk apa lagu tu. kononnya nak sehidup semati..macam la dia tahu bila dia nak mati. hak3...tak yah la kuarkan statement or janji camtu.. "I AKAN SENTIASA BERSAMA U..I JANJI NAK SEHIDUP SEMATI DENGAN U". ape da...macam la dia tahu bila dia dan girlfriend dia nak mati. kalo la ditakdirkan dia mati awal daripada girlfriend dia..tak kan la dia nak postpone kematian tu. "tunggu dulu..aku tak nak mati lagi..aku nak sehidup semati dengan si minah ni". boleh ke macam tu? semestinya tak boleh kan? so, ape gunanya janji nak sehidup semati..lebih baik janji macam ni "I nak sehidup je dengan u..bila u mati, i kawin lain". ye la kan..apa guna janji sehidup semati kalo dah sah-sah sukar untuk kita tunaikan janji kita tu. lebih baik janji macam tu.

Kematian ini merupakan salah satu dari perkara yang dirahsiakan oleh Allah swt kepada hambanya, dan alamat atau tanda kematian. 
 
Hadith al-Bukhaari (no:4627) dibawah ini menceritakan bahawa “kematian seseorang itu” adalah Rahsia Allah swt :

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( مفاتح الغيب خمس :
( إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الأرْحَامِ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ بِأَىّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلَيمٌ خَبِيرٌ )
Dari Abdullah ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda :
Kunci lima yang ghaib/rahsia adalah : Sesungguhnya Allah mempunyai pengetahun mengenai waktu Kiamat, dia yang menghantarkan hujan, dia mengetahui apa yang didalam rahim [wanita], tiada siapa tahu apakan nasibnya esok, dan tiada siapa tahu dibumi mana ia akan mati” -
Tarikh kematian seseorang itu dirahsiakan oleh Allah swt adalah sebagaimana Allah merahsiakan HARI atau WAKTU (al-saa’ah) berlakunya kiamat. Sheikh Al-Alusi (Tafsirr al-Manaar) didalam komentarnya terhadap waktu Kiamat dan juga kematian, katanya :

وإنما أخفي سبحانه أمر الساعة لاقتضاء الحكمة التشريعية ذلك ؛ فإنه أدعى إلى الطاعة ، وأزجر عن المعصية ، كما أن إخفاء الأجل الخاص للإنسان كذلك . . . وتدل الآيات على أنه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لم يعلم وقت قيامها ، نعم علم صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قربها على الإجمال ، وأخبر صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ به
Allah telah merahsiakan Al-Saa’ah (hari Kiamat) kerana hikmah shar’i dan sebab kenapa ia begitu, kerana ia lebih berkesan didalam menyeru orang mentaatinya dan menjauhkan mereka dari melakukan maksiat, sebagaimana dia merahsiakam ajal seseorang itu…
..dan petikan kenyataan ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak mengetahui bila Al-Saa’ah bermula. BENAR, baginda mengetahui ia agak dekat didalam ertikata yang umum, dan baginda saw memberitahu kita yang itu”

Allah s.w.t merahsiakan tarikh kematian kita supaya kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi kematian. cuba lah kita tahu bila kita akan mati..let say lah kita tahu 3 minggu lagi kita akan mati. mesti kita akan lakukan amal ibadat siang malam. makan pon dah tak dak selera kot coz dah nak mati. kalo lah dari kecik lagi kita tahu kita bila kita nak mati..mesti kita enjoy dulu. dah dekat-dekat tarikh kematian, baru lah kita pulun habis-habisan buat ibadat. betul tak?

so, bagi cik pakwe dan cik awek kat luar sana..jangan lah janji untuk sehidup semati okay..sebab kita tak tak tahu pon bila kita akan mati dan yang paling penting adalah kematian kita tu tak boleh nak postpone. walaupun sesaat kematian kita tu tak boleh nak postpone. ngerti kamo?

rasanya cukuplah setakat ni entri kali ni. harap dapat memberi manfaat kepada kita semua.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...