so, apakah gambaran awal tentang tajuk ni? diam tak diam, sekarang ni dah nak masuk tahun 2011. kejap je masa yang berlalu sehinggakan aku rasa macam tak puas lagi berada di tahun 2010. sempat lagi menulis entri yer~hi3. haruslah ! sementara menunggu nasi masak, apa kata aku menulis entri sebagai tanda menyambut kedatangan tahun baru plus aku teruja selepas menerima ym dari Encik Hami Asraf (blogger yang aku kagumi) memaklumkan pasal pengupdatan entri terbaru beliau. so, apa lagi menggedixkan diri lah ! semestinya ! lepas je selongkar blog beliau, aku pon memula kan kerja-kerja menulis entri yang tak seberapa ni.
sememangnya banyak perkara yang sukar untuk aku lupakan sepanjang tahun 2010 ini. mungkin dalam hidup ni, aku banyak menyusahkan orang namun itu semua bukan kehendak aku sendiri. aku mempunyai pendirian dan cara sendiri. mungkin orang tak boleh terima cara aku yang agak menanoyyingkan namun apa aku nak buat..tapi aku akan cuba untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan, InsyaAllah.
okay, bercakap pasal tahun baru ni, tak lain dan tak bukan mesti kita akan kaitkan dengan azam tahun baru kan? so, apa azam anda? bagi aku, tak de azam baru sebab azam lama masih belum di capai. azam aku hampir di capai tapi masih belum sepenuhnya tercapai. namun, akan aku usahakan. tahniah kepada cik shera coz dah capai impian dia last sem dan aku, bila lagi? InsyaAllah..akan ada masanya nanti saya pon akan capai apa yang saya impikan. cukup lah hanya sekali sepanjang saya menjadi PELAJAR sebelum menjadi PEKERJA.
malam ni aku sambut tahun baru dalam bilik sorang-sorang. melayan tugasan terjemahan yang belum selesai plus layan lagu Bollywood plus mengupdate belog. hik3 3 in 1. berbaloi-baloi.
tengah-tengah duk layan hindustan ni, tetiba je aku teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. masa kecik dulu aku memang hantu Bollywood. kalo setiap hari minggu, mesti terpacak depan tv. nak tengok cite nustan. sekarang ni pon still lagi minat cuma tak de masa nak layan minat. bila di kenang-kenang balik, kelakar je.
meh sini aku cite apa yang kelakar. perasan tak korang kalau dalam lagu hindustan dulu-dulu, kalau time dorang nyanyi..mesti baju dorang bertukar-tukar, ada macam-macam kaler. kenapa erk? haaaaaa..itu lah yang menjadi tanda tanya aku masa aku kecik-kecik dulu. nak tahu apa yang ada dalam kepala otak aku dulu? aku pikir mungkin orang hindustan ni ada kelebihan. dengan kata lain "magic" la. magic tu lah yang bolehkan mereka tukar baju. ye lah..kalo nyanyi tempat ni, baju lain..bila nyanyi tempat lain lak, guna baju lain. boleh dikatakan dalam satu lagu tu, berpasang-pasang baju yang diorang pakai. aku selalu angan-angan nak ada magic cam orang nustan ! erm..mesti best kalau ada magic cam dorang. boleh selalu pakai baju cantik-cantik, tak payah shopping dan berhabis duit segala. hi3
hi3..masa kecik-kecik dulu memang la tak tahu apa. kapasiti otak sikit lagi. tak leh nak pikir secara realistik,plastik ada lah ! tapi sekarang ni, semenjak dah kenal dunia dan dah reti makan nasi kerabu..otak aku dah berkembang sepenuhnya. dah boleh berfikir~ape, dulu hang tak leh berfikir ke? *tetiba je soklan cam gitu muncul dalam benak aku. jawapannya : dulu pon dah boleh berfikir cuma apa yang aku fikirkan tu berdasarkan pengetahuan yang CETEK maknanya ILMU TAK CUKUP lagi la ! so, tak leh nilai apa yang baik or yang buruk ! aik..ape kaitannya pulak? ada..ada kaitan okay ! kalo takde jugak nanti kita kaitkan.
so, aku nak ucapkan :-
p/s : aku mintak maaf banyak-banyak kalau ada ada buat salah kat korang. |