Sangat susah bila
berhadapan dengan manusia, kan?
Kadang-kadang, manusia yang muncul dalam hidup kita ni pelbagai ragam.
Namun, itulah keindahan yang Tuhan nak tunjukkan kepada kita.
Kadang-kadang, manusia yang muncul dalam hidup kita ni pelbagai ragam.
Namun, itulah keindahan yang Tuhan nak tunjukkan kepada kita.
Memang sifat manusia,
tak pernah jemu dengan mengata.
Dalam hidup ni, kita
cuba nak puaskan hati orang lain. Rasanya, sebelum buat sesuatu keputusan, kita
sudah cuba untuk fikirkan tentang orang lain. Kalau boleh, kita tak nak le ada
orang yang tak puas hati dan mengata bukan-bukan di belakang.
Tapi, dalam berhati-hati macam tu pun, kita tak lepas dari kena kutuk.
Memang lumrah alam.
Tapi, dalam berhati-hati macam tu pun, kita tak lepas dari kena kutuk.
Memang lumrah alam.
Memang sebelum ni, kita
bermula daripada bawah. Bermula daripada ZERO! Nothing! Memang tak tahu apa-apa
tentang kehidupan.
Mungkin Allah nak uji
hamba-Nya, kan? Perlu berfikiran positif agar diri tak menyalahkan takdir.
Kadang-kadang, tetap terdetik kenapa Allah uji macam ni?
Kita buat tu, orang
mengata. Kita buat ni, tetap ada orang mengata.
Kenapa, orang tak ada kerja ke selain daripada mengata hal orang?
Kenapa, orang tak ada kerja ke selain daripada mengata hal orang?
Tak cukup-cukup lagi
ke dengan dosa yang dah ada?
Bila fikir dari sudut
positif, sepatutnya kita berterima kasih sebab dia mengata.
Bukankah pahala dia akan jadi milik kita?
Bukankah pahala dia akan jadi milik kita?
Memang cuba untuk
positifkan diri dan jadi lebih sabar tapi kadang-kadang, rasa terkilan pun ada.
Sebelum ni, kita
banyak menyusahkan orang. Kemudian, bila kita sedar yang kita dah banyak
menyusahkan orang dan mungkin orang dah jemu disusahkan kita, kita cuba elakkan
diri daripada menyusahkan orang. Kita cari alternatif lain agar tak menyusahkan
orang.
Tapi, macam tu pun tetap ada orang mengata.
Tapi, macam tu pun tetap ada orang mengata.
Dulu kita tak ada En.
M tapi bila dah ada, tetap ada orang mengata.
Kadang-kadang, nak je sound direct. Rasanya kita tak minta duit daripada orang nak beli benda tu. Bulan-bulan, kita yang bayar. So, susah sangat ke kalau just abaikan apa yang berlaku? Sudah muak dengan semua ni. Muak dengan muka-muka yang suka mengambil tahu.

Tahu kenapa aku tak
suka bercerita tentang apa yang berlaku?
Sebab aku tak nak
orang lain tahu. Jadi, tolonglah jangan beritahu sesiapa tentang apa yang
berlaku kepada aku. Kalau memang aku nak orang tahu, awal-awal lagi aku sudah
buat PENGUMUMAN. Biar semua orang tahu. Jadi, aku tak perlukan perkhidmatan
percuma orang-orang yang bermurah hati untuk sebarkan berita ni.
Manusia-manusia.
*Rasa penat dengan persekitaran macam ni*
No comments:
Post a Comment