Assalamualaikum.
Dah lama tak update, kan? Malas bercampur dengan tak ada idea nak mencarut.
With all sort of thing happened, memanglah tak ada mood nak update.
Seriously, everything out of control but now, i'm getting better.
See, masa telah menentukannya. So, whatever situation is, let time flies and Insya-Allah, everything will be fine.
Sekarang, sudah hampir lapan bulan aku kerja. Erm, agak lama kan?
Memanglah agak lama dan jujur aku nak cakap, aku suka kerja ni walaupun kadang-kadang, rasa seperti tang tang tu juga nak hantar resign letter kat bos. Tapi, kena pikir panjang. Bak kata orang tua-tua, kalau ikutkan hati mati. Kalau ikutkan rasa, binasa. So, aku bertahanlah. Bertahan punya bertahan, sampailah sekarang. Sudah hampir lapan bulan jadi kulikutif.
Hari ni, aku tak ada mood nak buat kerja. Since tak ada kerja urgent, aku buatlah kerja main-main. Pekerja yang tak cukup amanah, kan? Ya lah, dengan CD yang lambat sampai, terpaksalah main-main. Kalau siap awal nanti, tak ada kerja pula. Sebab CD lambat sampai, so tak bolehlah nak cue subtitle tu.. hanya boleh siapkan translation sajalah.
Hari ni, aku layan youtube dari pagi sampai ke petang. Haha! Rilex, sambil layan youtube, sambil buat kerja okey. Sebab tak kena cue, so bolehlah dengar lagu-lagu dari youtube.
Sekarang ni, kami sedang work on cerita Philippine. Memang quite annoying bila kena buat cerita dari negara ni since current issue di Lahad Datu tapi apa boleh buat, sudah namanya tugas. Buat je lah.
Bila baca isu di Lahad Datu, seriously persepsi aku dekat abang-abang polis dan tentera sekalian terus berubah. Dulu kita tak nampak jasa mereka tapi bila berlaku benda-benda macam ni, barulah kita tahu betapa besarnya jasa mereka.
Tiap kali aku baca benda-benda berkaitan dengan isu ni, aku rasa sedih dan sebak. Benda yang aku terfikir, kenapa orang Islam pun sanggup serang negara Islam? Setakat yang aku tahu, orang yang serang kita juga Islam. Mereka tak terfikir kesannya? Tengoklah sekarang, sudah berapa ramai nyawa yang melayang?
Bagaimana dengan ahli keluarga yang ditinggalkan?
Aku harap, masalah ini cepat diselesaikan dan tak ada lagi nyawa yang terkorban. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
p/s: Tak ada idea sebenarnya. Saja nak menconteng sesuatu dan habiskan masa.
No comments:
Post a Comment