Assalamualaikum.
Hai. Agak rajin mengupdate blog lately, right? Walaupun
tak serajin orang lain, tapi okey la. Nak mulakan balik aktiviti yang dah lama
ditinggalkan. Akibat kekangan masa, maka encik blog ni dah tak terurus. Dah
bersawang agaknya. Entah-entah dah jadi sarang ular sawa bertelur dah blog ni.
Actually, entri ni ditulis hari krismas bersamaan dengan
25/12/2012. Saat duk keseorangan di rumah, jari ni terasa ringan pula nak
update blog walaupun tahu kat rumah tak ada internet connection. But nevermind,
esok bolehlah publish. Insya-Allah.
Terasa sunyi plus boring pula seharian di rumah.
Maklumlah, seminggu berada di kampung. Bahagia walaupun kadang-kadang terasa
agak kesunyian sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti harian. Nasib baiklah
mak, adik dan anak buah ada. Bolehlah hilangkan boring. Sekarang ni musim
hujan, nak keluar pun tak de mood.
Dengar-dengar cerita, Pasir Putih dah naik air. Tetiba
je teringat lagu ni. Banjir oh banjir, kampung kita naik air! Banjir oh banjir,
kampung kita naik air!
Hehehe. Errr...tapi kampung aku tak pernah banjir.
Setakat aku hidup ni, rasanya tak pernah lagi rumah aku naik air. Mintak-mintak
dijauhkanlah sebab tak sanggup rasanya. Tak dapat bayangkan kalau naik air,
mesti masak nak punggah barang yang berlambak tu. Mintak dijauhkanlah. Amin.
Entri kali ni memang sangat tak bermutu. Err,ok fine.
Entri aku sebelum ni pun bukannya ada mutu.
Ini entri sekadar untuk hilangkan kesunyian dan
keboringan saat keseorangan di rumah. Semua orang keluar. So, tinggallah aku
tercongok keseorangan dirumah. Macam penunggu tasik dayang bunting pula. Tasik
dayang bunting ada penunggu ke? Bantai sajalah.
Esok dah kerja. Tadi aku baru siapkan cerita pesantren
rock & roll episod 123 yang akan disiarkan di astro esok. Aku tak pasti
pukul berapa akan disiarkan tapi yang pastinya di channel pelangi. Aku tahu tak
ramai yang langgan channel ni. Ikhlas aku nak cakap, aku sendiri pun tak pernah
tengok cerita yang aku buat. Al-maklumlah, rumah aku tak ada astro. HBO jauh
sekali. TV pun tak ada. Sedih kan? Tapi Insya-Allah, bulan depan dah boleh
tengok TV dan beli peti ais.
Bolehlah beli sikit-sikit barang rumah. Lepas ni,
bolehlah tengok TV. Tapi, too much entertainment ni pun masalah jugak. Kat
office, aku dah layan cerita hari-hari. Hari-hari mengadap cerita. Kalau tak
cerita pesantren rock & roll, mesti critical moment. Tak pun cerita-cerita cina daripada
HBO. Sekali sekala layan cerita tagalog kan best? Harap sangat suatu hari nanti
ada cerita tagalog. Cerita spanish dah pernah buat dah. Sekarang ni tengah buat
cerita arab. Critical moment tu cerita arab sebenarnya. Ceritanya not bad lah.
Pasal kehidupan doktor-doktor. Bila dah tengok cerita tu, aku sedar yang bukan
mudah nak jadi doktor. Melibatkan nyawa orang. Kadang-kadang, terpaksa
korbankan life sendiri demi patient. Nak-nak lepas aku menginap beberapa hari
di hospital sg. Buloh. Aku saksikan sendiri betapa dahsyatnya kehidupan seorang
doktor. Makan pun sambil berjalan. Memasing pakat nak cepat. Doktor-doktor tak
sempat nak berlenggang ke sana sini. Memasing terkejar-kejar. Memang aku
respect gegila dekat para doktor dan bakal doktor sekalian. Anda memang hebat.
Harapnya anda ikhlas bekerja dan Allah akan balas jasa anda semua.
Bila bercerita pasal ni, rasa serik gila masuk hospital.
Itu kali pertama aku masuk wad dan harapnya itu kali terakhir. Tapi, mak aku
cakap... kalau wanita tu, mesti kerjanya keluar masuk wad je. Mana tak nya,
masa bersalin nanti mesti kena masuk wad. Lainlah zaman dulu, semua pakat
bersalin dengan bidan. Zaman sekarang, kena bersalin di hospital. Bidan-bidan
dah pupus dah. Tak ada pelapis.
Masa duk hospital tu, rasa terharu gila. Family sanggup
datang dari kampung. Semuanya ad hoc. Tetiba je mak cakap dah on the way nak ke
tempat aku. Hahaha! Agak terkejut. Mulanya mereka tak plan pun nak ke mari tapi
entah tetiba mereka datang. Hambik kau~tapi elok juga. Tak adalah aku sunyi
sangat. Rasa macam nak menangis je masa tu. Bukan rasa nak menangis tapi memang
dah menangis pun. Lepas je mak cakap dia dah on the way, rasa tersentuh gila.
Mereka memang terbaik! Mek, ayah, abang yie, abang yie, adik dan Pok Rie memang
terbaik! Dorang sampai dah waktu malam. Puas minta dengan nurse supaya benarkan
dorang masuk. Nurse dah ok, pengawal pula buat hal. Ya lah, dah lewat dan waktu
melawat dah habis. Memanglah dorang tak bagi masuk. Tapi last-last, nasib baik
dorang dibenarkan masuk juga.
Yang tu satu hal, bab penjaga pula satu hal. Mulanya mek
dan adik aku plan nak jaga aku kat hospital. Maklumlah, takut aku susah
sorang-sorang duk hospital. Dah lah tangan dua-dua kena cucuk dengan jarum.
Satu untuk masukkan air dan satu lagi untuk sedut darah. Macam drakula pula,
kan? Sedih kan? Rasa macam memang tak
berdaya. Nak masukkan charger telefon di plug pun tak mampu, terpaksa minta
nurse yang baik hati tolong. Nasib baik nurse dan doktor-doktor kat situ
baik-baik.
Berbalik pada masalah penjaga tu. Satu masalah pula
timbul. Hanya seorang penjaga dibenarkan jaga pesakit dan mestilah saudara
pesakit. Tapi masalahnya adik dan mek aku nak jaga aku. Lepas kelentong punya
kelentong, akhirnya berjaya jugalah. Satu lagi masalah timbul, adik pulak tak
bawak dia punya IC. Macam minah bangla pulak budak tu. Macam mana dia boleh
terlupa bawa IC? Eh kata orang. Aku pun pernah terlupa bawa IC masa mai KL
dulu. Hahah. Gila takut. Risau gak kalau-kalau ada polis tahan tengah jalan dan
mintak IC. Nak cakap apa? Buatnya polis cakap aku ni pendatang asing. Tak ke
haru biru?
Tapi bertenang, semua masalah boleh diselesaikan.
Akhirnya misi berjaya. Mek dan adik boleh jaga aku. Rasa bahagia sat sebab mek
tersayang ada di sisi saat aku dalam kesusahan. Itulah keluarga. Seteruk
manapun kita, dia tetap di sisi kita. Ada ke kawan macam tu? Harapnya ada tapi
so far, susah nak cari, Kan? Kawan ramai tapi nak cari sahabat, memang susah. Masa
tu, memang perangai mengada-ngada aku mai lah. Time tu lah nak bermanja. Siap
suruh adik suapkan lagi. Tapi segan pulak sebab bukannya sakit teruk sangat.
Adik aku pulak, otai gila. nampak sangat dia sayang aku. Hahah! Apa yang aku
suruh, dia buat. Kalau sebelum ni, jangan harap dia nak ikut cakap aku. *Maaf
dik, terbocorkan rahsia*. Time sakit ni lah, kita nak tengok orang sayang kita
tak.
Mek aku, tak payah diragui kasih sayang dia. Memang aku
dah tahu dia sayangkan semua anak-anak dia. Kalau tak, masakan tiap-tiap malam
dia call anak-anak dia yang duk jauh. Terbalik pulak kan? Sepatutnya anak yang
call mak tapi ni mak yang call anak-anak. Err...tapi ada juga aku yang call
dia. Sehari tak dengar suara mek tercinta, rasa hidup ni tak lengkap. Macam ada
je yang tak sempurna. Sebab tulah, aku selalu call mek. Kalau time tak ada
prepaid, aku dah cakap awal-awal dekat mek. So, dia akan call aku.
Kadang-kadang, kalau aku tak angkat phone. Dia akan call housemate aku, tanya
keadaan aku. Memang dah kecoh dah kat rumah tu. Mesti dia akan call akak dan
abang-abang aku suruh try call aku. Risau katanya. Sweet kan mek aku?
Sangat-sangat sweet! Thats why lah aku
sayang gila-gila kat dia plus dia yang lahirkan dan besarkan aku. Dia yang sempurnakan
hidup aku. Kalau nak cakap pasal mek aku, memang tak cukup ni. Nanti kalau ada
masa dan kesempatan, aku akan buat satu entri khas buat beliau, insan yang
teramat aku cintai. Tapi, disebalik kekalutan mek aku time aku tak angkat call,
sebenarnya ayah lagi kalut. Dia yang suruh. Dalam diam, ayah sangat ambil berat
dengan anak-anaknya. Bagi aku, mereka berdua insan yang paling hebat di dunia!
Semoga Allah balas jasa mereka! Memang sampai mati pun aku takkan mampu balas
jasa mereka. Terlampau besar ihsan mereka kepada aku.
Terpanjang pula entri kali ni, kan? Bila dah boring tu,
semuanya boleh jadi. Padahal kerja banyak tapi tak ada mood nak buat kerja.
Hold je dulu kerja tu. Time cuti, kita cutilah. Tak gitu?
Okeylah, rasanya tak naklah merepek pepanjang. Nanti
boring pulak nak baca. *macamlah ada yang akan baca, kan?*.
Aku anggap blog ni kenangan aku. Ya lah, banyak perkara
yang aku ceritakn dalam blog ni. Blog ni jadi medan aku luahkan perasaan,
bercerita etc. banyak benda aku zahirkan dalam blog. Walaupun kadang-kadang,
entri aku ni merepek dan tak ada faedahnya. *bukan kadang-kadang tapi memang
semua entri aku ni dikategorikan dalam kategori merepek”. Oke, aku dah mula
merepek. Sebelum berlanjutan, aku nak stop dululah. Risau nanti encik google
block aku sebab tulis entri panjang plus merepek dan tak ada point. Heheh!
Okey, sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment