"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

27 December 2012

Kasih sayang si suami.


Assalamualaikum.

Selamat malam wahai bakal-bakal jenazah sekalian. Semoga kita sentiasa memperoleh keberkatan daripada-Nya dan diampunkan dosa-dosa kita.

Tak lama lagi, nak masuk tahun baru. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sekejap saja masuk tahun 2012. Dalam tahun 2012 ni, banyak tarikh-tarikh yang cantik. Semua orang berlumba-lumba dan abadikan kenangan pada tarikh-tarikh yang cantik ni. Ramai orang yang bertunang ataupun melangsungkan perkahwinan pada tarikh-tarikh tu. Contoh tarikh cantik tahun ni adalah 1.2.12 dan 12.12.12. Seronok jugak kalau dapat abadikan kenangan pada tarikh-tarikh cantik macam ni. Memang menarik. Tapi, kebahagiaan bukannya bergantung pada tarikh. Semuanya bergantung kepada keikhlasan hati kita dan ketentuan-Nya.

Entri kali ni, aku nak ceritakan tentang seorang suami yang sangat menakjubkan. Ini kisah benar dan bukannya rekaan. Memang aku tersangat kagum dengan kasih sayang seorang suami walaupun isterinya terlantar sakit bagaikan mayat hidup.

Semasa aku terkandas di wad beberapa hari, ada seorang patient. Menurut nurse, dia mengalami ketumbuhan di otak dan baru je lepas operation buang ketumbuhan tu. Tapi malangnya, ketumbuhan tu tak boleh dibuang sepenuhnya.

Sudah setahun dia menderita sakit itu dan sudah beberapa bulan dia terlantar di hospital. Masa aku masuk, sudah dua minggu dia berada di wad tu. Selama ni, dia duk dalam ICU selama berbulan-bulan. Kalau tak silap, sudah dua bulan dia menjadi penghuni hospital.

Sepanjang dia berada di situ, dia dijaga oleh suaminya. Aku sangat tersentuh melihat keikhlasan seorang suami. Memang aku impikan suami macam tu. Dia sangat sabar melayan kerenah isterinya.

Setiap hari, dia akan bacakan yasin buat isterinya. Dia suapkan susu kepada isterinya. Dia juga yang bersihkan badan isterinya. Dia yang mengurut isterinya. Dia yang tidurkan isterinya. Dia yang bersembang dengan isterinya. Pendek kata, dia yang uruskan isterinya.

Bila aku dengar cara dia bercakap dengan isterinya, aku sangat tersentuh. Lembut sangat cara dia bercakap dengan isterinya. Sebab operation tu, isterinya tak boleh bercakap sangat. Bicaranya memang sukar difahami. Dia hanya mampu sebut “abang” dan “sakit”. Selama aku ada kat situ, cuma dua perkataan itu yang aku selalu dengar. Dia baru mula nak bercakap sikit-sikit. Badannya kurus kering, hanya tulang yang ada.

Aku bukannya nak ceritakan hal tu, aku nak fokuskan kepada kasih sayang suaminya. Aku tak pasti, ada lagi tak suami macam tu sekarang ni. Dia sangat sabar melayan kerenah isterinya. Walaupun kadang-kadang isterinya agak melampau, tapi dia tetap bersabar. Isterinya selalu panggil dia. Pernah sekali tu, dia baru saja terlelap di lantai hospital. Dia terus bangun bila isterinya panggil. Bagaikan terkena renjatan elektrik. Kasihan sangat aku tengok.

Bila aku tengok pasangan tu, aku terbayangkan bagaimana nasib aku kalau aku berada di tempat isteri dia tu. Adakah bakal suami aku akan melakukan perkara yang sama ataupun lepas tangan? Harapnya bakal suami aku akan melakukan perkara yang sama.

Isterinya sangat beruntung. Walaupun dia diduga oleh Allah dengan kesakitan, tapi Allah kurniakan dia seorang suami yang baik. Suami dia tu seorang yang alim. Dari segi dia berpakaian dan perlakuannya, aku simpulkan dia orang yang alim. Dia selalu mengaji dan berzikir.

Pada hari ketiga aku di wad, dia dipindahkan ke wad lain. Aku tak pasti ke wad mana. Disebabkan katil dia tu perlu dikosongkan untuk masukkan pesakit lain, jadi dia terpaksa dipindahkan. Maklumlah, waktu tu semua katil penuh. Ramai betul orang yang sakit.

Aku tak mampu nak lakukan apa-apa tapi marilah kita berdoa semoga isterinya sembuh walaupun harapan untuk dia kembali sembuh sangat tipis. Doktor minta untuk lakukan sekali lagi operation, tapi suami dia enggan. Dia tak nak isterinya jadi makin teruk. Sekarang, isterinya baru mula bercakap. Jadi, dia tak nak isterinya kembali teruk. Biasalah lepas operation, semuanya boleh berlaku.

Kesedihan jelas terpancar di wajah suaminya. Dia sentiasa murung dan aku tahu, dia tak sanggup tengok isterinya menderita. Hari tu, isterinya buang air besar banyak kali dalam sehari. Nurse marah-marah kepada isterinya. Actually bukannya marah cuma membebel sebab nurse yang kena tukarkan lampin. Bila nurse dah macam tu, dia tukarkan sendiri lampin isterinya. Dia tak nak menyusahkan nurse. Padahal, biarlah nurse yang lakukan. Memang dah tugas mereka, so mereka kena ikhlas. Orang tu dah lah sakit, tak perlulah nak marah-marah atau membebel. Aku tahu, si suami sangat terluka bila dengar nurse bebelkan isterinya.

Kawan-kawan, marilah kita sama-sama berdoa semoga isterinya cepat sihat dan dapat jalani kehidupan macam kita. Semoga isterinya boleh kembali menjaga anak-anak mereka. Nurse cakap, anak mereka masih kecil. Anak mereka sekarang duduk dengan nenek mereka di Pahang. Kesiannya. Kecil-kecil lagi sudah berjauhan daripada mak ayah. Dia pula menumpang rumah kawan yang duduk berdekatan dengan hospital sg. Buloh supaya senang dia nak berulang-alik ke hospital. Dia tinggal di seksyen 8, kota damansara. Area-area rumah aku jugalah. Kota damansara ni agak jauh dengan sg. Buloh.

Kita tak mampu nak tolong dari segi wang ringgit, jadi kita hanya mampu berdoa semoga si isteri cepat sembuh dan terus menjadi isteri solehah. Aku juga berharap mendapat suami macam si suami itu. Cintakan isterinya tak kira apa keadaan sekalipun. Dia tetap cintakan isterinya waktu isterinya sihat dan sakit. Itulah suami yang sebenar!

Sekian sajalah entri kali ni. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca. Terima kasih! Muchas gracias!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...