"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

20 February 2012

Kita semua sama lah ! Tak de bezanya.

Assalamualaikum.

SAMA ? SAME ? MISMO ? Walaupun dalam bahasa yang berbeza, tetap membawa maksud yang sama iaitu SAMA !

kita manusia yang di ciptakan oleh Allah s.w.t dari bahan yang sama iaitu TANAH. Ke ada yang diciptakan dari bahan lain ? Tak de kan ? So, apa hak kita nak membeza-bezakan orang ni ?

Seriously aku tak leh terima la apabila ada pihak yang melenting apabila ada orang cakap semua orang ni sama di sisi Allah tidak kira kita ni berpihak kepada parti politik mana. Yang membezakan kita adalah amal ibadat.  Melampaukan ? Hello..tak yah la nak melenting bagai. Ustaz tu cakap benda yang betul.

Aku tak nak timbulkan isu politik kat sini tapi benda ni betul-betul terjadi dan diceritakan oleh incik ayah. semasa kami pergi ceramah agama minggu lepas, ayah bersembang dengan seorang hamba Allah yang ketandusan ilmu. Sanggup datang dari Pasir Mas ke Bachok semata-mata untuk mendengar ceramah agama dari seorang ustaz.

Sembang punya sembang, hamba Allah tersebut cakap bahawa ustaz tersebut dulu pernah memberi ceramah agama di masjid di daerah pasir Mas tapi disebabkan tidak sebulu dengan ahli jawatankuasa masjid, maka ustaz tersebut tidak lagi memberi ceramah di masjid tersebut. Puncanya ?

Puncanya adalah sebab ajk masjid tu tak suka bila ustaz menyamakan taraf setiap orang di sisi Allah. tidak kira lah orang tu parti pembangkang ataupun kerajaan. Sebab tu pon nak melenting ke ?

Hai..manusia-manusia. Ustaz tu cakap benda yang betul. Kita semua tak ada beza lah. Allah ukur kita berdasarkan amalan, bukannya POLITIK ! Tahu la sekarang ni musim kritikal, PRU semakin hampir. Semua pihak nak meraih undi memasing. Penyokong-penyokong pon dah semakin fanatik. Tak pe lah, semoga orang yang berkaitan tu sedar la ye.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...