Assalamualaikum.
Maka dengan rasminya saya mengumumkan bahawa telah berakhirnya kesengsaraan dan seksaan saya untuk semester ini !
Hati excited giler sebab beberapa jam lagi, aku akan bertolak balik kampung ! *sila jeles
Tadi last paper. LHP 453-Creative Writing. Lepas je ketua pengawas umumkan masa sudah tamat, otak dan fikiran rasa lega sangat-sangat. Mana tak nya, akhirnya habis jugak exam dan saat-saat yang di nantikan sudah sekian lama akan menjelma iaitu saat menjejakkan kaki ke sungai nibong untuk kembali ke kampung halaman.
Apa yang best dekat kampung ?
For sure banyak ! Sampai tak terkira. Yang paling best, dapat makan masakan yang best-best ! *oke fine. makan je yang aku ingat*.
Banyak benda yang aku plan nak buat dalam masa cuti sebulan lebih ni. Antaranya adalah :
1- Makan makanan yang best-best yang aku tak jumpa di penang
2- Tolong mek ngan ayah
3- Menguruskan badan yang semakin mengembang
4- Cuba praktis simultaneous interpreting
5- Khatam drama-drama korea
6- Cuba khatam novel-novel yang terbengkalai di rumah
Sekarang musim durian kan ? Ceh, ada peluang la aku nak makan durian. Kat sini mahal giler. Tak mampu nak beli walaupun teringin sangat-sangat mengalahkan orang mengandung anak sulung.
Sekian, Terima kasih.
p/s : Tak sabar menunggu pukul 9 malam.
No comments:
Post a Comment