"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

10 November 2010

Pengenalan ! Permulaan !

hek3...tora datang lagi ! hola amigos~(ces..bajet cakap Sepanyol). macam la terer sangat. sekali ada mamat sepanyol cakap dengan aku..ternganga beb ! cop..cop..cop ! lupa nak bagi salam...ASSALAMUALAIKUM. kan orang ISLAM..harus la bagi salam. ye dak? 

ni adalah PENGENALAN A.K.A PERMULAAN. macam korang buat karangan la kan..masa sekolah dolu..sejak daripada darjah tiga la kot cikgu ajar buat karangan ! ces..ingat lagi tu. masa aku dulu..MR Omar yang ajar buat karangan. Omar mana? mesti ada orang tertanya kan. (macam la ada orang yang nak baca coretan niey) hek3...aku pon jawab la dengan konpidem nya. ala..Omar...Omar tu la,anak si polan tu. ala..ayah Fizo pelakon tu la. cettt...(tipu semata-mata okey dengan memek muka yang bajet cun TAK bersalah)..kalau dalam buat karangan..pengenalan benda paling penting kan? betul anak-anak? BETUL... pandai pun ! kalau dah namanya paling penting..HARUS LAH kiranya ada pengenalan kan? ye dak? because dalam pengenalan la kita akan bagi gambaran keseluruhan apa yang akan kite setori dan goreng dalam karangan tu. GORENG? hi3..harus lah kena goreng. kanz ? ke ada dalam kalangan korunk-korunk yang tak pernah MENGGORENG masa nak buat esei ? tak de kan ?? ye la...sebab rata-rata akan menggoreng masa buat karangan. ke ada yang tak tahu makna menggoreng disini? kalau ada yang tak tahu makna MENGGORENG disini, saya sangat bersimpati dengan beliau. bak kata senior saya...tiga kali JUMAAT, go la tu..hek3 ! tak pa2..biaq ceq habaq mai (ces..betul ka ayat aku guna nie?~wahai orang-orang warganegara UTARA,jangan gelak kan ye kalo ayat ni tak betoi) Menggoreng di sini adalah bahasa PERLAMBANGAN. dengar sini adik-adik,kakak-kakak, makcik-makcik dan orang-orang yang sewaktu dengan nya. kalau dalam konteks ini, Menggoreng bukan bermaksud goreng benda yang memerlukan kuali, minyak seperti goreng ikan,goreng nasik ke dan goreng cucuq badak. cucur badak? lapar sih.. dah la pagi-pagi ni. kalau ada cucuq badak barang sebijik dua,pekena pulak tea panas. mak ai..sedap tu. okey2..bukan cucuq badak yang aku nak cita kat sini dan bukan jugak nak cita pasal bahasa perlambangan apa bagai tu..kalau nak tahu pasal bahasa perlambangan tu, tanya la cikgu-cikgu angpa semua, dak pon tanya lecturer . jangan pulak korunk tanya lecturer farmasi dan lecturer medic..dah sah-sah mereka-mereka tak taw (ces..aku perasan ada unsur lewah kat situ) MEREKA-MEREKA? mereka dah melambangkan RAMAI or jamak. kalau buat gandaan penuh maka jadinya...? tak tau..pikir la sendiri ye. (kalau la cikgu BM aku baca benda nie..maunya bunuh diri cikgu tu..mesti nyesal dia ajar aku dulu) YA AMPUN..SORI CIKGU. KESILAPAN TEKNIKAL ! maksud menggoreng kat sini adalah....menggoreng la ! ala..kalau dalam bahasa kelantan seerti dengan "Ngarut" means reka-reka sendiri la. selebihnya korunk research sendiri la ye. Okey2..dah banyak aku tersasar dari landasan yang benar nie (ces ayat..bajet insaf la kan). tak de la.. kita jump into conclusion main point yang aku nak cita kat sini la yer.

        orang kata tak kenal maka tak cinta la kan? hek3...wei2..aku bukan nya nak promote diri okey. mek kata..fokus kepada study dulu, pasni baru la cari benda alah tu.. SINGLE IS SIMPLE, DOUBLE IS TROUBLE. 
firstly, aku nak perkenalkan lah diri aku ni. ye la..tak de orang nak perkenalkan diri aku ni. ces..aku pacar yang hina. (ayat merendah diri). sila baca sambil membayangkan aku sedang mengesat air mata yang jatuh di pipi. 

       nak dimulakan cerita la kan..nama aku ni simple dan ringkas je. tak de la panjang mana banding dengan budak-budak zaman sekarang nie. nama kalau tak sampai 3 atau 4 perkataan tak sah..tu belum masuk nama bapak lagi. buatnya nama bapak pon 4 perkataan..tak ke haru jadinya. mesti tak cukup space masa nak tulis nama kat surat beranak kan? kalau masa exam pulak, orang lain dah jawab sampai 2 soalan, dia masih lagi terkial-kial duk tulis nama. bagi budak-budak baru nak kenal ABC pulak..mesti susah dorang nak eja nama dorang. pastu mak bapak mula la duk risau.."anak aku ni apa la nak jadi..eja nama sendiri pon tak tahu". mana tak nya mak cik oi..nama anak tu dah sekar tanah. kesian budak tu..mesti berselirat saraf-saraf di otak budak tu masa nak tulis nama.simpati betul..lain kali kasi la nama-nama yang pendek sikit. senang..nak akad nikah nanti pon senang. buat macam orang zaman dolu-dolu. nama punya la pendek..Liza bin Razak. kan senang? frankly speaking..aku sangat-sangat bersimpati dengan bebudak yang dianugerahkan dengan nama yang panjang. mendera mental betul kan kalau ada nama yang panjang. pendarahan otak..uish..apa hang melalut ni che ha oit..cepat la straight to the point ! okey2..kita straight to the point. nama aku Nor Aziha binti Ibrahim. see...simple kan? sambil-sambil duk makan kacang pon boleh ingat nama aku nie. 
(p/s :macam la pemes sangat sampaikan orang perlu ingat nama). mula la terdengar suara-suara sumbang kat belakang. Ooooo..anak Pak Brahim rupanya. patut lah..." hello..apa yang patutnya pulak? korunk kenal ke ayah aku? tolong sikit okey..kalau kat kampung orang panggil ayah aku Pok Yih bukannya Pak Brahim. kalau korunk nak pi umah aku then kalau la dijadikan cerita korunk sesat 2 batu nautika dari umah aku. buatnya korunk tanya sesape kat tepi jejalan tu.."tolong tunjukkan saya mana rumah Pak Brahim". alamaknya sampai kesudah la korunk ni tak jumpa rumah aku. menangis la korunk sampai keluaq ayaq mata darah sekalipon unless la kalau korunk ni bertanya kepada orang yang pakar dan pernah mengalami situasi macam hangpa jugak suatu ketika dolu-dolu. boleh la dia memahami situasi hangpa..hek3. aku ni dilahirkan dan dibesarkan di negeri Cik Siti Wan Kembang. apakah? pikir-pikir sendiri la noh negeri apakah itu. cuba google search kalau hang ni betul-betul tak tahu. aku ni anak PETANI..and I proud to be the "ANAK PETANI". Acece...lepas ni boleh la buat page "I BANGGA TAU JADI ANAK PETANI" dalam fesbuk. mesti ramai yang LIKE kan? harus lah rasa BANGGA. B.A.N.G.G.A bukannya bangang okey. tolong eja dan fahami betul-betul okey. petani tu hebat kan? kalau tak dak petani, alamak kebuluq la manusia-manusia. kenapa? uish..ya la, sapa yang nak tanam padi, sayur, buah-buah dan gandum semua tu. ye dak? tak kan lah pensyarah nak tanam sayur? tak kan la pulak encik-encik doktor yang nak tanam padi? mana sempat kan? 
haaaa...sebab tu la aku bangga ya amat ! kepada Ayah dan Mek, memang aku SOLUTE sangat-sangat. walaupun penat dan lelah, mereka tak pernah mengeluh. bukan tak pernah mengeluh tapi keluhan mereka tu bukannya keluhan berputus asa cuma keluhan untuk melepaskan beban yang terbuku di dada. ye la..anak-anak ramai,tanaman pulak tak menjadi. mana tak mengeluh tapi mereka tetap berusaha untuk membesarkan kami-kami adik beradik yang sememangnya nakal-nakal belaka especially abang aku yang nombor 2 tu. nakalnya tok sah duk cita..nakal ya amat. sampai naik pening Mek ngan Ayah dok pikiaq pasal dia tu. nak diringkaskan cite la..aku ni anak ke4 daripada 5 adik beradik. actually, kitorang 6 orang kesemuanya tapi disebabkan ALLAH S.W.T lebih menyayangi arwah adik aku, dia pergi dulu mengadap ILLAHI. dolu..masa aku kecik-kecik selalu jugak aku tanya Mek kenapa ALLAH S.W.T ambik adik. itu lah jawapan yang selalu aku dapat..ALLAH S.W.T lebih sayangkan dia. nanti InsyaALLAH dia akan tunggu kita di pintu syurga kalau kita semua ada amalan banyak. jadi, sekarang ni tinggal lah kami berlima menempuh liku-liku kehidupan yang penuh cabaran nie. (hak3..skema giler ayat tu, ayat sasterawan negara beb).Kak Long, Abe Yie, Abe Jiey dan Adik..itu lah adik beradik aku. ramai kan? ramai ke ? tak lah..sekarang ni mesti Mek tengah sunyi sepi. ya la..Kak Long dan Abe Yie dah kerja dan stay di Johor. Abe Jiey pulak, walaupon dapat kerja kat umah..selalu sibuk. pergi kerja pukul 8 balik pukul 5. pastu malam keluar lagi..adik aku yang bongsu pulak duk asrama. aku pulak merantau di negeri orang mencari sesuap ilmu. aik..betul ke ayat tu? aku rasa ada something wrong somewhere je dengan ayat tu. tak pe la..abaikan. Kak Long aku dah kawin dan sekarang ni dah ada seorang anak dah. umur anak dia lebih kurang dalam setahun 3 bulan la sekarang nama Nurul Ainul Izzati binti Ilyas. means..aku dah tua la kan sebab dah ada anak..ops silap. bukan anak tapi anak sedara. isk..tak lah. tak tua mana pon. sedang meningkat REMAJA lagi ni..baru nak kenal dunia. hek3..Abe Yie pon dah kawin jugak. dia pon sama macam Kak Long..dah ada anak sorang nama Muhammad Aqeef Darwisy bin Mohd Azri. see..nama budak-budak sekarang punya la panjang dan susah sangat nak sebut. berbelit-belit lidah nak sebut. maunya kena ulser kalau tersalah sebut sebab terketip lidah. kan? so..sekali lagi aku nak ingatkan kat sapa-sapa yang di luar sana tu. pikir la masak-masak kalau nak letak nama anak. kesian budak tu nanti.. 

         aku ni student Universiti Sains Malaysia atau akronimnya USM. Universiti dalam taman..dalam taman ke? harus lah dalam taman dan mesra alam okey ! mana tak nya..macam-macam menatang ada kat sini kecuali denosoros je tak de. 
p/s: denosoros tu denasour. adik aku masa kecik-kecik dolu sebut denosoros dan buaya sebagai yobo (boyo). hek3...adik2..sekarang ni dah besar panjang budak tu. nak tau menatang yang paling pemes di USM..taraaaaaa.. ni dia.  


tu dia..ni la binatang kesayangan warga-warga USM. siap jadi nama tasik lagi. TASIK BIAWAK. melalui nama tu pon korunk dah dapat bayangkan betapa sinonimnya USM dengan biawak. biawak-biawak kat sini sihat-sihat wei..cukup makan dan minum. mana tak nya..tiap-tiap petang mesti ada orang yang budiman datang tasik ni bagi makan kat biawak-biawak, ikan-ikan dan kura-kura. biasanya ada bagi makan roti, ada jugak yang bagi makan biskut. tak kurang jugak yang datang tasik ni untuk bermadu asmara. isk..mencemarkan kesucian tasik betul kan? bawak-bawak insaf la sape-sape yang pernah buat kerja niey. kesian biawak-biawak tu terpalit dosa sama sebab tengok maksiat depan mata depa. kan? okey2...berbalik pada cite kita tadi. aku ni student of "TRANSLATION AND INTERPRETATION" atau akronimnya BATI (Bachelor of Art in Translation and Interpretation). ngerti dong? ha3..aku dapat baca apa yang bermain-main dalam otak korunk sume sebab aku jugak pikirkan benda yang sama masa di tawarkan kos ni dolu-dolu. mesti korunk pikir macam ni kan.."hebat la korunk sebab boleh belajar banyak bahasa dan mesti korunk terer bi kan". ehem ehem..bangganya kalau ada orang-orang  (bukan orang-orang yang di sawah padi tu okey) khalifah ALLAH S.W.T yang pikir yang aku ni terer bi. sebab semua ni BOHONG la..aku tak de la terer mana pon. kalau setakat I U I U tu, pandai la..hek3 (merendah diri kan? so kepada mak cik-mak cik kat luar tu cepat la pinang saya untuk anak mak cik..saya ni humble orangnya). adoyai..TERpromote diri la pulaks. okey2..tak nak buat dah. sekian terima kasih.

       nie nak cerita la sikit pasal apa yang budak-budak BATI belajar. kami budak-budak BATI ni belajar teori-teori penterjemahan. ada banyak teori yang kami kena hafal. tak pa2...benda ni nanti aku cite lain kali okey. nak cite pasal benda ni mungkin makan masa seharian kot. (kelentong je tu). aku jelaskan secara general la ye. kami bukan belajar banyak bahasa..bukan ! tidak sama sekali ! nehi babuji ! sebab kalaupun kami belajar bahasa asing pun..kami tetap tidak mampu menterjemahkan teks tersebut kedalam bahasa Melayu unless kami-kami semua master bahasa tersebut dan pernah tinggal di negara tersebut serta tahu budaya dan semua perkara berkaitan masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. kami semua cuma belajar bahasa Melayu dan bahasa Ingerris je la. so, mesti korunk pandai bi kan? aduyai..nak kata pandai tu tak da la sangat. apa la sangat kalau setakat pandai tulis tapi tak pandai cakap.  dah3...cukup2 la tu che ha wei. dah tak yah duk ngarut. menyimpang dari ajaran yang benar...

rasanya tu je la kot yang perlu aku jelaskan tentang diri aku yang comel tak berpengalaman niey. rasanya blog aku ni akan memuatkan macam-macam benda. tak kan TERfokus kepada sesuatu perkara saja. dah namanya CORETAN kan..aku coret je apa yang aku rasa. okey..SEKIAN, SELAMAT MENTERJEMAH. ops silap2..SELAMAT PAGI ! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...