assalamualaikum..
KEHILANGAN? antara rela dan paksa aku menerima ketentuan ALLAH S.W.T. biasa la kan..dah memang ketentuan Dia..apa nak buat. hanya Dia yang berkuasa dan mungkin setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Pada mulanya memang aku tidak dapat menerima kehilangan itu namun aku terpaksa menerimanya. nasi dah jadi bubur (apa kaitannya?). sukar untuk aku melelapkan mata pada malam itu..kotak fikiranku menerewang ke seluruh pelusuk alam dan seakan-akan memainkan wayang gambar tentang kenangan ku bersama "si dia". hari-hari yang kami lalui bersama seakan sukar untuk aku lupakan. YES !! memang sukar untuk aku lupakan..adakah "si dia" juga sedang mengingatiku pada masa ini? adakah? kalau si dia berada di sisi ku pada masa ini..alangkah bahagianya ku rasa. detik-detik yang telah kami lalui bersama amat berharga dan sukar untuk aku lupakan. memanglah kata orang..patah tumbuh hilang berganti tapi yang mengantikannya..tak kan pernah sama dengan yang lama ! itu lah masalahnya..aku KECEWA ! sampai hati dia mengecewakan aku. dalam sekelip mata sahaja dia pergi meninggalkan aku ! tanpa pesan dan tanpa berita. sekurang-kurangnya ucapkan lah selamat tinggal ataupun take care. ini tidak..terus menghilangkan diri. aku seperti orang gila mencarimu..seluruh alam aku mengintai-intai. habis semua rak-rak aku sepahkan semata-mata untuk mencarimu. see..betapa aku menyintaimu. tidak kah kau fahami perasaan aku padamu? tidak kah kau sedari pengorbanan dan kesetiaanku? betapa kejamnya dirimu meninggalkan aku saat aku memerlukanmu. aku perlukanmu ! aku perlu menerokai dirimu untuk menhadapi final examku nanti. kemanakah engkau menghilangkan diri?
siapakah "si dia" ???
Robert pattinson kah?
atau Edward de Bono?
ataupun Justin Bieber?
SEMUANYA SALAH !! SALAH !
ni dia orangnya..ops silap bukan orang tapi benda !
inilah kekasih hati aku yang curang dan tak setia dengan aku..NOTA HBT103.
hanya muka depan je yang tinggal untuk aku buat kenangan..ni pon sebab muka depan dia tercabut. kalo tak..memang tak dak kenangan la aku dengan buku ni.
(mode penulisan berubah)
hik3..adei..penatnya aku mencari semalam ! semalaman mood aku spoil ! mana tak nya..nota yang amat aku perlukan hilang tanpa jejak. kemanakah dia menghilangkan diri? adakah dia diculik? dibawa lari ? ataupun dia pergi dengan rela hati sebab tak tahan dengan penderaan mental yang aku lakukan? PENDERAAN MENTAL ?? apakah yang aku lakukan sampai dia terdera? adakah aku melakukan penderaan? NO ! mesti dia kesedihan dan kekurangan kasih sayang..dah lama aku tidak membelainya. kali terakhir aku membelainya adalah semasa midterm hbt103 iaitu sebulan yang lalu. adei..no wonder la dia membawa diri dan mencari ketenangan. mungkin dia perlukan masa untuk menenangkan diri.
nota hbt103 ! takpa takpa..aku tak kisah la. aku dah ada pengganti malah lebih baik daripada kamu. ambik ko..kan dah kena. aku dah tak perlukan ko lagi dah. usahlah kau kembali kepadaku lagi. tidak mungkin aku berpaling tadah dan melukakan nota hbt103 yang baru. hik3..disebabkan exam yang tinggal 3 hari lagi, aku terpaksa memfotostat kembali nota itu. ya la..penting wo...! dah la paper hbt103 iaitu Bahasa Undang-Undang dan Penterjemahan SUSAH ! susah tahap tak boleh blah...! kalo la takde nota..aku rasa memang aku hantar kertas kosong je la jawabnya ! yang study pon belom tentu boleh jawab..inikan pulak tak study !
disebabkan exam punya pasal...maka aku mengambil keputusan untuk memfotocopy nota yang baru. bangun je dari tidor pagi tadi..aku dah berkira-kira untuk meminjam nota daripada kawan aku..shera ! nasib baek ada shera ! Oh my Gucci ! lepas je membasuh kain yang bertimbun hampir satu baldi ( ya la..seminggu tak basuh baju) aku terus mengesend mesej kat cik shera.
aku: salam. shera, japgi orang nak p bilik shera. nak pinjam note hbt103. nak fotostat.note orang hilang la.
shera: ok.
maka lepas je mendapat mesej green light dari shera..aku terus bergegas ke bilik beliau. tok..tok..tok. aku mengetuk pintu. hik3..kedengaran "kreeeeeik" bunyi pintu dibuka dari dalam (eh eh macam tu ke bunyi pintu? ). aku pon mula la buat drama sebabak dan menceritakan semua yang berlaku semalam. dari saat-saat aku mencari dan menyelongkar bilik aku semata-mata untuk mencari nota yang hilang tu sampailah ke saat-saat aku masukkan semua buku-buku yang aku tak nak guna kedalam kotak. YES !! matlamat ku berjaya..shera bersimpati dengan aku. hik3. maka officially, aku pinjam nota shera dan kuar p sungai 2..untuk fotostat nota tersebut. itu je la kot kisah KEHILANGAN yang amat menyakitkan. hampir satu malam mood aku terganggu disebabkan mencari nota yang tak jumpa-jumpa. dah la 2 hari lagi ni exam...adei..apa nak baca kalo tak de note tu.
P/S ~aku sekarang menghadapi kecelaruan mental. exam ada 2 paper lagi tapi otak dan pikiran dah ada kat kampung ! yeeeehaaaaaaa..ho ho ho balik kampung.
salam..hahahah,aku tahu lah mu kehilangan gapo nyoh
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekehilangan gapo yang?
hik3...PULANGKAN ! (sila baca dengan nada maya karim dalam cite pontianak harum sundal malam)