Assalamualaikum.
Kasihan dengan
nasib diri. Baru 3 bulan dikeluarkan, sudah masuk bengkel. Kasihan dengan si
putih. Tak pasal-pasal, bonet dan bumper kemek. Gara-gara dilanggar orang. Tapi tak pe, sekarang si putih dah kembali
macam dulu. Mana taknya, semua tukar
baru. Bonet, bumper dan lain-lain benda yang rosak, sudah berganti.
Terima
kasih encik-encik mekanik perodua kota damansara. Sangat cekap dan efisyen
kerja mereka. Tak lupa juga dekat en. Runner yang uruskan hal claim insurans
dan etc. Perkhidmatan first class!
Hari Khamis
masuk bengkel, hari Sabtu kereta dah siap. Cepat, kan?
Syukur sangat
accident tu tak teruk sangat. Kita dah elok-elok bawa kete, ada pulak orang
langgar. Itulah kata orang, kalau kita berhati-hati, belum tentu lagi orang
lain berhati-hati. Tengok tu la. Elok-elok kita berhenti dekat traffic light,
tetiba je kete kena hempap dari arah belakang. Tapi nak buat macam mana. Dah
takdir. Tuhan dah tetapkan hari tu aku akan accident. Tapi syukurlah aku tak apa-apa,
Cuma gangguan mental sikitlah nak memandu. Rasa serik dah nak lalu area-area
sunway giza sana, jalan persiaran surian. Situ selalu stuck dan time stuck,
accident memang mudah berlaku. So, hati-hatilah.
Bila dah kena
tu, aku cerita dekat kawan aku. Ayat pertama yang keluar dari mulut dia, cuba
fikir, hari ni ada buat salah dengan siapa?
Pikir punya
pikir, mungkin sebab aku tak minta kebenaran mak aku masa nak keluar. Dan aku
juga tak sempat baca ayat Kursi sebelum keluar rumah hati tu. Maklumlah, nak
cepat. Sampai terlupa semua
amalan-amalan tu semua. mungkin itulah pengajarannya. Lain kali,
bagitahu mak dulu kalau nak keluar dan jangan lupa baca Ayat Kursi sebelum
keluar rumah. Insya-Allah, akan dipelihara oleh-Nya. Amin.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment