"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

14 February 2013

Manusia itu adalah kita.


Manusia pelbagai ragam, kan?

Kadang-kadang, kita cuba nak faham gelagat manusia tapi otak ni tak boleh cerna. Nak fahami diri sendiri pun kita tak mampu, apatah lagi nak fahami orang lain a.k.a manusia.

Memang sukar nak meramal manusia. Nak meramal keputusan tindakbalas kimia lagi mudah daripada meramal manusia. Kalau kimia, H2O, jadi air. Kalau CaCI2 pula jadi kalsium klorida. Tapi kalau nak meramal manusia, apa formulanya? Ada tak? Kalau ada, sila kongsikan. Mungkin berguna.

Bila sebut nama manusia, biasanya...

a)    Kita mudah nampak kesalahan orang lain dan kesalahan sendiri, kita memang tak nampak ataupun sengaja pejamkan mata?

b)   Kita akan mengata kalau orang lakukan kesalahan, tapi bila kita sendiri lakukannya? Tepuk dada tanyalah iman.


c)    Kita akan mengeluh kalau hadapi masalah tapi bila kita sedang bahagia? Pernahkan kita mengucapkan syukur kepada Sang Pencipta?

d)   Kita tak pernah menghargai apa yang kita ada tapi pernahkah kita fikir ramai orang di luar sana yang inginkan apa yang kita miliki ini. Pernahkah? Aku tak boleh berikan jawapan. Tepuk dada, tanyalah diri anda sendiri. *saat ni, aku pun sedang mereflect diri sendiri*

e)    Sewaktu kita senang, kita tak pernah mengingati-Nya tapi bila susah, siapa yang kita cari? Kalau aku, biasanya aku akan cari Allah sebab itulah satu-satunya cara aku nak lupakan masalah dan bagi aku, hanya Dia yang mampu selesaikannya.

f)     Walaupun berjuta kali orang lakukan kebaikan, kebaikan itu tak pernah timbul jika dia melakukan sekali kejahatan. *Betul ke ayat aku ni?*

g)   Masing-masing, melepaskan pucuk masing-masing. Tak ada orang yang tak pentingkan diri sendiri. Kalau ada pun, hanya satu dalam seribu. Itupun kalau ada. Sebab walaupun dia cakap dia ni bukan jenis yang pentingkan diri sendiri, pasti perasaan PENTINGKAN DIRI SENDIRI tu ada sedikit terselit dalam diri dia. Tak banyak pun, mesti ada! Kan? Cuba tanya diri sendiri.

h)   Suka menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku. Betul tak? Cubalah belajar untuk cermin diri dulu sebelum mencermin orang lain. *Untuk ingatan diri sendiri dan anda semua*

i)     Bila seseorang ditimpa masalah contohnya kemalangan, tentu kita akan berikan dialog “Tu la, lain kali bawak kereta tu hati-hati” tapi bila diri sendiri terkena, apa dialog yang sesuai? Dialog kedua yang selalu kita berikan kalau seseorang ditimpa masalah adalah “Bersabarlah” tapi bila kita sendiri berada di tempat orang tu, agak-agak kata-kata “bersabarlah” tu boleh pulihkan semula semangat kita?

Hah, tu dia aih! Manusia macam tu ke? Harapnya tanggapan aku ni salah. Aku buat entri ni berdasarkan pemerhatian aku dan bila aku nilai diri aku sendiri. Kadang-kadang, kita perlu nilai diri kita sendiri, barulah kita nilai orang.

Kadang-kadang... bukan kadang-kadang but most of the time, kita perlu tengok gelagat manusia. Barulah kita boleh kenal siapa diri kita. Sebab kemungkinan gelagat orang lain tu adalah reflect diri kita... macam cermin. Kita perlu tengok cermin untuk tengok diri kita. Diibaratkan macam tulah.

Bila kita tengok seseorang lakukan sesuatu dan kita tak suka, kita berusahalah untuk tak melakukan apa yang dia lakukan. Tapi hati kita ni keras, kan? Mesti sedikit sebanyak kita ni menyimpan dendam.  Macam mana ya nak jadi seorang pemaaf? Sila berikan tips sikit.

Tak nak merepek panjang-panjang. Aku rasa entri kali ni agak serius. Tak tahu puncanya! Bila duk sorang-sorang dan mengadap kerja-kerja yang tak pernah selesai, otak pun bercelaru. Kerja banyak tak siap, otak dah hilang fokus bila terdapat gangguan-gangguan daripada persekitaran.

Okeylah, nak teruskan menaip minit mesyuarat. Bos dah tanya. Kalau tak siap-siap juga, tak tahulah macam mana. Entah-entah, bos terus pecat aku. Suruh buat minit mesyuarat pun, tak boleh! So, kuatkan semangat. Lupakan masalah. Letak headphone di telinga, bukak radio kuat-kuat dan lupakan semuanya! Fokus kepada kerja.

p/s: Nasib baik hot fm malam ni putarkan lagu-lagu yang kena dengan jiwa aku. Kalau tak, bertambah kacau jiwa aku.

 Sekian.


1 comment:

  1. haaa memang manusia mcm tu. nak tak nak, kita kena terima sebab kita pun tanpa sedar macam tu jugak kadang2 kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...