Assalamualaikum.
Inilah dunia kita. Dunia yang sementara. Walau setinggi mana pun kita terbang, lambat laun kita tetap akan tersungkur ke tanah. Itulah lumrah kehidupan kita sebagai manusia.
Kalau waktu senang, memang orang akan menyanjungi kita. Tapi bila kita susah?
Betullah kata pepatah. Waktu senang, kawan kenal kita tapi waktu susah, kita yang kenal kawan kita.
Betul tak?
Sebenarnya tak ada idea nak menulis. Ni sekadar menghabiskan masa sementara tunggu nak balik.
Minggu ni kami dah start kerja shift dan minggu ni, aku kena kerja shift petang. Masuk pukul 3 petang dah habis pukul 11 malam. Hehe.
Sebenarnya, agak best la kerja shift ni. Memang rasa cam boring tapi kalau kena shift malam, sangat best. Yang tak bestnya, waktu nak tunggu masuk kerja tu la. Sementara nak tunggu masuk kerja pukul 3, tak tahu nak buat apa. Nasib baiklah setakat ni ada kerja part time. Ada hikmahnya juga la kerja shift ni. Masa terluang tu, boleh la siapkan kerja-kerja part time yang tergendala sudah lama tu. Ye dak?
Papepun, ikhlaskan diri dalam semua kerja.
Sekian, terima kasih.
"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."
04 September 2013
27 August 2013
Girls hang out!
Assalamualaikum.
Di saat kita kesedihan dan tertekan, orang yang bersedia dan sudi menemani kita, itulah sahabat. Bukannya orang yang meninggalkan kita saat kita kesusahan. Itu bukannya sahabat.
Last weekend, aku hang out with GBS. Cik fiza sanggup turun dari Melaka semata-mata memenuhi tuntutan kami di sini.
Hari Sabtu, awal-awal pagi (*tak adalah awal sangat, around 10 pm gitu), aku drive p Batu Caves dan jemput Cik Ajuwah. Kemudian, ambik Cik Fiza di stesen LRT Kelana Jaya. Nasib baik jalan tak jem sangat dan tak sesat. Lepas ambil Cik Fiza, kami menuju ke Shah Alam untuk ambil Cik Becky.
Di saat kita kesedihan dan tertekan, orang yang bersedia dan sudi menemani kita, itulah sahabat. Bukannya orang yang meninggalkan kita saat kita kesusahan. Itu bukannya sahabat.
Last weekend, aku hang out with GBS. Cik fiza sanggup turun dari Melaka semata-mata memenuhi tuntutan kami di sini.
Hari Sabtu, awal-awal pagi (*tak adalah awal sangat, around 10 pm gitu), aku drive p Batu Caves dan jemput Cik Ajuwah. Kemudian, ambik Cik Fiza di stesen LRT Kelana Jaya. Nasib baik jalan tak jem sangat dan tak sesat. Lepas ambil Cik Fiza, kami menuju ke Shah Alam untuk ambil Cik Becky.
Hanya kami berempat dalam GBS yang sempat berkumpul. Yang
lain berada jauh di kampung halaman. So, tak dapatlah nak cukuplah korum GBS
kali ni.
Lepas jemput Si Becky, kami jejalan di KLCC. Konon-konon nak
lepaskan stress. Kami jalan-jalan, makan-makan, jerit-jerit, melompat-lompat di
sana. Boleh katakan kami betul-betul enjoy di sana. Kami tengok movie tajuk The
Conjuring. Hahah! Cerita hantu, beb. Dah la ambil tiket pukul 9.30. Bila dah
keluar, kawasan tu dah tutup dah pun. Sunyi pun ada.
Sebab waktu siang tu kami dah janji nak snap pic di kawasan
air pancut KLCC, so kami gagahkan juga kaki melangkah ke kawasan tu. Nasib baik
orang masih ramai dan kami buat hal kami. Menjerit dan melompat-lompat sambil
snap gambar.
Sangat puas hati dapat lepak dengan mereka. Semuanya satu
kepala dan tak ada yang bermulut longkang. So, puas hati dan memang ngam kawan
dengan mereka. Kesemuanya sangat memahami.
Lebih kurang pukul 11.30, kami balik. Malam tu, kami
menumpang rumah cik aju. Ya la, nak bawa mereka menumpang rumah aku, takut
nanti ada yang dihalau. :-D
Pagi keesokannya, kami melawat kawan kami, si pengantin
baru, Cik Asha. Dia baru 11 hari menjadi isteri orang. So, congrate asha. Disebabkan
kenduri dia dibuat di Kunak, Sabah, tak dapatlah kami nak p serang majlis dia
di sana. So, kami serang rumah dia di sinilah. Kebetulan dia baru je pindah
rumah dan belum betul-betul kemas lagi. Kesian Cik Asha, kan?
Lebih kurang jam 3.40, kami bertolak balik. Drop Fiza di
stesen LRT Sg. Besi, hantar Cik Becky ke Shah Alam dan last sekali, hantar Aju
ke Batu Caves. Barulah aku balik ke rumah di Kota Damansara. Lebih kurang pukul
8 jugak aku sampai rumah. Agak penat tapi puas hati. Love you guys!
Lain kali, kita lepak lagi, ya?
Subscribe to:
Posts (Atom)