"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

31 December 2010

selamat tahun baru

assalamualaikum

so, apakah gambaran awal tentang tajuk ni? diam tak diam, sekarang ni dah nak masuk tahun 2011. kejap je masa yang berlalu sehinggakan aku rasa macam tak puas lagi berada di tahun 2010. sempat lagi menulis entri yer~hi3. haruslah ! sementara menunggu nasi masak, apa kata aku menulis entri sebagai tanda menyambut kedatangan tahun baru plus aku teruja selepas menerima ym dari  Encik Hami Asraf (blogger yang aku kagumi) memaklumkan pasal pengupdatan entri terbaru beliau. so, apa lagi menggedixkan diri lah ! semestinya ! lepas je selongkar blog beliau, aku pon memula kan kerja-kerja menulis entri yang tak seberapa ni.

sememangnya banyak perkara yang sukar untuk aku lupakan sepanjang tahun 2010 ini. mungkin dalam hidup ni, aku banyak menyusahkan orang namun itu semua bukan kehendak aku sendiri. aku mempunyai pendirian dan cara sendiri. mungkin orang tak boleh terima cara aku yang agak menanoyyingkan namun apa aku nak buat..tapi aku akan cuba untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan, InsyaAllah.

okay, bercakap pasal tahun baru ni, tak lain dan tak bukan mesti kita akan kaitkan dengan azam tahun baru kan? so, apa azam anda? bagi aku, tak de azam baru sebab azam lama masih belum di capai. azam aku hampir di capai tapi masih belum sepenuhnya tercapai. namun, akan aku usahakan. tahniah kepada cik shera coz dah capai impian dia last sem dan aku, bila lagi? InsyaAllah..akan ada masanya nanti saya pon akan capai apa yang saya impikan. cukup lah hanya sekali sepanjang saya menjadi PELAJAR sebelum menjadi PEKERJA.

malam ni aku sambut tahun baru dalam bilik sorang-sorang. melayan tugasan terjemahan yang belum selesai plus layan lagu Bollywood plus mengupdate belog. hik3 3 in 1. berbaloi-baloi.

tengah-tengah duk layan hindustan ni, tetiba je aku teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. masa kecik dulu aku memang hantu Bollywood. kalo setiap hari minggu, mesti terpacak depan tv. nak tengok cite nustan. sekarang ni pon still lagi minat cuma tak de masa nak layan minat. bila di kenang-kenang balik, kelakar je.

meh sini aku cite apa yang kelakar. perasan tak korang kalau dalam lagu hindustan dulu-dulu, kalau time dorang nyanyi..mesti baju dorang bertukar-tukar, ada macam-macam kaler. kenapa erk? haaaaaa..itu lah yang menjadi tanda tanya aku masa aku kecik-kecik dulu. nak tahu apa yang ada dalam kepala otak aku dulu? aku pikir mungkin orang hindustan ni ada kelebihan. dengan kata lain "magic" la. magic tu lah yang bolehkan mereka tukar baju. ye lah..kalo nyanyi tempat ni, baju lain..bila nyanyi tempat lain lak, guna baju lain. boleh dikatakan dalam satu lagu tu, berpasang-pasang baju yang diorang pakai. aku selalu angan-angan nak ada magic cam orang nustan ! erm..mesti best kalau ada magic cam dorang. boleh selalu pakai baju cantik-cantik, tak payah shopping dan berhabis duit segala. hi3

hi3..masa kecik-kecik dulu memang la tak tahu apa. kapasiti otak sikit lagi. tak leh nak pikir secara realistik,plastik ada lah ! tapi sekarang ni, semenjak dah kenal dunia dan dah reti makan nasi kerabu..otak aku dah berkembang sepenuhnya. dah boleh berfikir~ape, dulu hang tak leh berfikir ke? *tetiba je soklan cam gitu muncul dalam benak aku. jawapannya : dulu pon dah boleh berfikir cuma apa yang aku fikirkan tu berdasarkan pengetahuan yang CETEK maknanya ILMU TAK CUKUP lagi la ! so, tak leh nilai apa yang baik or yang buruk ! aik..ape kaitannya pulak? ada..ada kaitan okay ! kalo takde jugak nanti kita kaitkan.

so, aku nak ucapkan :-
p/s : aku mintak maaf banyak-banyak kalau ada ada buat salah kat korang.  



30 December 2010

petua berguna dari Imam syafie.

assalamualaikum.

camat pagi ! good morning !  buenos dias !
hari ni awal-awal lagi aku dah mengadap encik lappy aku ni. lepas je solat subuh, aku terus je menjalankan kerja-kerja membuang masa. hi3 (ada gak ke kerja membuang masa?). apa yang aku buat? aku online mukabuku semestinya !

macam biasa lah..bila dah mengonline mukabuku ni, pastinya aku akan menstalker wall friend-friend aku. menstalker adalah satu senaman yang baik di pagi hari. boleh memecahkan lemak anda ! kalau setakat nak turunkan 2 kilo sehari tu tak de masalah. ramai dah cuba, anda bila lagi? hi3..

semasa aku menjalankan senaman menstalker tu, aku ada terjumpa lah satu artikel pasal ni. baca la erk..dan kalo boleh, cuba amalkan.

artikel ni aku copy sepenuhnya ! tak de benda pon yang tertinggal ! so, selamat membaca !

■Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas


■Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam


■Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih


■Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat


■Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama


■4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...