"Our greatest glory is never in failure, but in rising every time we fall."

27 August 2013

Girls hang out!

Assalamualaikum.

Di saat kita kesedihan dan tertekan, orang yang bersedia dan sudi menemani kita, itulah sahabat. Bukannya orang yang meninggalkan kita saat kita kesusahan. Itu bukannya sahabat.

Last weekend, aku hang out with GBS. Cik fiza sanggup turun dari Melaka semata-mata memenuhi tuntutan kami di sini.

Hari Sabtu, awal-awal pagi (*tak adalah awal sangat, around 10 pm gitu), aku drive p Batu Caves dan jemput Cik Ajuwah. Kemudian, ambik Cik Fiza di stesen LRT Kelana Jaya. Nasib baik jalan tak jem sangat dan tak sesat. Lepas ambil Cik Fiza, kami menuju ke Shah Alam untuk ambil Cik Becky.

Hanya kami berempat dalam GBS yang sempat berkumpul. Yang lain berada jauh di kampung halaman. So, tak dapatlah nak cukuplah korum GBS kali ni.

Lepas jemput Si Becky, kami jejalan di KLCC. Konon-konon nak lepaskan stress. Kami jalan-jalan, makan-makan, jerit-jerit, melompat-lompat di sana. Boleh katakan kami betul-betul enjoy di sana. Kami tengok movie tajuk The Conjuring. Hahah! Cerita hantu, beb. Dah la ambil tiket pukul 9.30. Bila dah keluar, kawasan tu dah tutup dah pun. Sunyi pun ada.

Sebab waktu siang tu kami dah janji nak snap pic di kawasan air pancut KLCC, so kami gagahkan juga kaki melangkah ke kawasan tu. Nasib baik orang masih ramai dan kami buat hal kami. Menjerit dan melompat-lompat sambil snap gambar.

Sangat puas hati dapat lepak dengan mereka. Semuanya satu kepala dan tak ada yang bermulut longkang. So, puas hati dan memang ngam kawan dengan mereka. Kesemuanya sangat memahami.

Lebih kurang pukul 11.30, kami balik. Malam tu, kami menumpang rumah cik aju. Ya la, nak bawa mereka menumpang rumah aku, takut nanti ada yang dihalau. :-D

Pagi keesokannya, kami melawat kawan kami, si pengantin baru, Cik Asha. Dia baru 11 hari menjadi isteri orang. So, congrate asha. Disebabkan kenduri dia dibuat di Kunak, Sabah, tak dapatlah kami nak p serang majlis dia di sana. So, kami serang rumah dia di sinilah. Kebetulan dia baru je pindah rumah dan belum betul-betul kemas lagi. Kesian Cik Asha, kan?

Lebih kurang jam 3.40, kami bertolak balik. Drop Fiza di stesen LRT Sg. Besi, hantar Cik Becky ke Shah Alam dan last sekali, hantar Aju ke Batu Caves. Barulah aku balik ke rumah di Kota Damansara. Lebih kurang pukul 8 jugak aku sampai rumah. Agak penat tapi puas hati. Love you guys!

Lain kali, kita lepak lagi, ya?

25 August 2013

Si Lidah dan Pedang.

Assalamualaikum.

Pernah dengar ayat "Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang". Tahu maksud lidah? Lidah adalah kumpulan otot rangka pada bahagian lantai mulut yang dapat membantu pencernaan makanan dengan mengunyah dan menelan. Lidah juga menjadi salah satu medium penting dalam pertuturan.

Jadi, lidah organ penting, kan? Tak ramai orang yang tahu nikmat lidah dan tak ramai juga manusia yang tahu menjaga lidah.

Manusia? Kalau nak bercakap, main ikut sedap lidah saja. Maklum sajalah, tak kena bayar pun.

Paling penting, orang tahu apa yang dia rasakan. Dia tak sedar, bagaimana perasaan orang yang mendengarnya.

Contohnya kisah Si A dan Si B yang sudah lama tidak bertegur sapa itupun kerana kes mulut Si A. Rumah Si A sememangnya kotor dan bersepah. Lepas tu pada suatu hari yang hening, Si A konon-kononnya jemputlah Si B datang beraya. Si B pon datanglah dengan berbesar hati dan gembira kerana Si A sudi menjemputnya.

Bila Si B datang rumah Si A, dia terkejut dan berkata dalam hati "Eh, dia ni tak reti nak kemas rumah ke?". Dalam hati saja dan Si A tak tahu pasal tu. Mungkin itu tidak menyakitkan hati Si A sebab dia tak tahu.

Nak dijadikan cerita, bila Si B ni nak balik, dia terdengar Si A membebel. Bebelan tu seolah-olah ditujukan kepada Si B. Ayatnya lebih kurang macam ni la, "Kenapa bersepah sangat ni? Rasanya tadi dah kemas.". Agak-agak, Si B terasa hati tak? Ya lah, kata-kata Si A tu seolah-olah cakap Si B yang buat rumah dia tersepah. Si B baru saja nak berfikiran positif tapi bila Si A tu sudah cakap macam tu, terus down sebab Si A seolah-olah salahkan dia.

Okey, itulah kisahnya. Jadi, jagalah mulut kita. Kalau orang sudah menjauhkan diri daripada kita, cuba selidik dan nilai sejauh manakah ketajaman lidah kita. Tak guna kalau minta maaf berkali-kali kalau sudahnya lidah kita tetap sama. Memang kita tak boleh bersifat hipokrit tapi sekurang-kurangnya, sebelum bercakap tu, fikir perasaan orang lain. Mungkin hati orang lain tidak secekal anda dan ada sesuatu perkara yang menyebabkan orang terasa hati. Jadi, think before you speak.

Sekadar nukilan dan tidak ada kaitan antara yang hidup dengan yang sudah mati. Ini adalah peringatan untuk diri sendiri. Kalau ada yang terasa tu, maaflah. Tak tuju kepada sesiapa pun. General.

Sekian, terima kasih.


17 August 2013

Kematian itu pasti.

Assalamualaikum.

Sesungguhnya kematian itu sesuatu yang pasti.

Bila sampai ajal kita, tak ada sesiapa yang dapat menunda. Tak kiralah siapa kita. Hartawankah? Jutawankah? Menterikah? Semuanya perlu akur dengan kuasa Tuhan. Tidak ada duit yang dapat menebus nyawa kita.

Semalam, aku agak terkejut. Seorang lagi hamba Allah kembali kepada-Nya. Adik ipar kakak aku, cik pen.

Umurnya muda lagi tapi memang benarlah kata orang, mati itu tidak mengenal usia. Budak kecil pun akan mati bila sudah tiba ajalnya.

Arwah meninggal kerana heart attack. Arwah seorang perokok tegar. So, perokok-perokok out there, please berhati-hati dan berhenti merokok. Pleaselah.

Memanglah itu hanyalah penyebab. Kalau Allah cakap ajalnya sudah sampai, orang yang tak merokok pon boleh mati. Memang tapi sebagai manusia, kita dilarang melakukan sesuatu yang memudaratkan diri, kan?

So, fikir-fikirkanlah.

Bila duduk sorang-sorang, aku terfikir. Masa dia sudah tiba. Bilakah pula masa aku? Mungkin esok, lusa atau mungkin juga hari ini. Mungkin! Sudah cukupkah bekalan dalam dada untuk menghadapi soalan-soalan dalam kubur?

Terima kasih.

15 August 2013

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang.

Assalamualaikum.

Sedang-sedang asyik buat translation, tetiba teringat lagu yang kakak aku pernah sebut masa cuti raya hari tu. TEGAR? Bila teringat tu, terus aku mencari-cari dalam youtube. Rasanya budak ni tengah famous sekarang. Man taknya, dalam utube, banyak lagu-lagu dia.

Rasanya aku tak pernah dengar lagu ni sebelum ini. Baru hari ni aku dengar. Mula-mula dengar, tak rasa lagu ni special tapi bila hayati lirik lagu ni, memang sangat special lagu ni.

Lagu ni dia cite pasal pengamen jalanan. Setakat yang aku tahu, pengamen jalanan ni budak-budak peminta sedekah di jalanan, di Indonesia. Biasanya dia akan menyanyi-nyanyi di tepi jalan dan orang akan bagi sedekah. Kalau kat sini, penyanyi jalanan la lebih kurang.

Bila dengar lagu ni dan hayati liriknya, hati rasa sebak. Memang itulah hakikatnya kehidupan. Bukan selamanya kita susah dan bukan selamanya kita senang.

Saat kita susah, bersabarlah. Susah itu adalah ujian dan Senang itu juga adalah ujian daripada-Nya.

Saat kita susah, ingatlah Tuhan. Saat kita senang, kita tetap ingat Tuhan.

Hanya Allah yang berhak ke atas kita. Tak kiralah sekaya manapun kita, sebesar mana rumah banglo kita, semewah mana kereta kita, akhir sekali kita tetap akan tinggal di dalam tanah yang gelap dan hanya kereta jenazah juga yang kita akan naik bila sudah mati kelak.

Kita semua bakal menjadi jenazah cuma cepat atau lambat saja.

Sekadar nak ingatkan diri sendiri kerana kadang-kadang, diri ini tetap khilaf dan terlupa bahawa semua ini bersifat sementara. Semoga selepas ini, kita boleh berusaha menjadi lebih baik.

Sekian, terima kasih.

14 August 2013

Luahkan apa yang dirasa.

Assalamualaikum.

Yeay, sangat rajin semenjak dua menjak ni. Semalam dah update, hari ni pun update lagi. Pecah rekod. Kelas kau Jah!

Hidup ini macam kincir angin. Sekejap di atas dan terkena cahaya matahari, sekejap lagi berada di bawah, menyedok air. Itulah kehidupan. Bukan selamanya kita berada di atas. Kadang-kadang, semasa kita berada di atas, kita tak sedar sampai satu saat nanti, kita akan berada di bawah. Masa berada di atas, kita mengutuk dan mengata orang yang berada di bawah. Kononnya malas berusaha, kononnya tak reti bergaul. Tapi bila kita sendiri yang berada di bawah, barulah kita tahu betapa tingginya menara Burj Khalifa di India.

So, bila kita berada di atas tu, cuba-cubalah ingat orang di bawah.

Kalau kita naik kereta, ingatlah orang yang naik motor. Kalau kita ada rumah besar, ingatlah orang yang duduk di pondok-pondok buruk. Jangan terlalu meninggi diri kerana bila-bila masa saja Allah akan tarik semua itu.

Entri ni takde nak tuju kepada sesiapa. Ia sekadar peringatan kepada diri sendiri kerana kadang-kadang, diri ini terlalai dan terlupa bahawa semua ini hanyalah pinjaman-Nya.

Sekian, terima kasih.

13 August 2013

Kisah si Ketam.

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tidak mengupdate, akhirnya ada kelapangan juga.

Banyak benda yang nak ditulis tapi otak ketandusan kata-kata. Kalau boleh, semua perkara ingin diluahkan tapi apabila menimbal baik buruknya, kita lupakan saya. Lagipun, tak baik membuka aib orang.

Kisah si ketam mengajar anak berjalan lurus?

Itulah hakikatnya si ketam. Ia memang dilahirkan berjalan mengiring dan memang mustahil untuk ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Sama juga dengan manusia. Manusia cuba menegur manusia lain yang buat kesalahan tapi manusia itu sendiri yang lakukannya. Adakah situasi ini boleh disamakan dengan ibu ketam tadi? Boleh, kan?

Contohnya kalau kita pernah sound orang daripada buat bising, harapnya kita sendiri juga tidak buat bisinglah. Itu saja nak cakap. Sekian.

p/s : harap ibu ketam sedar bahawa dia sendiri berjalan mengiring.

Sekurang-kurangnya, ketam ni bila dimasak rasanya sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...